Pop Prenz
Episod 7
Ketat lwn Longgar
Pada suatu Subuh, selepas solat berjemaah bersama Alfi
dan kru penggambaran, Efi tersedar sesuatu.
“Takde benda
selain bertunang yang buat Efi lebih happy buat masa ni. Tapi ada benda yang
buat Efi tak happy...”
Efi terasa
sakit pada jari manisnya. Dia cuba menanggalkan cincin permata itu. Walau
bagaimanapun, cincin itu tak mahu meninggalkan jarinya.
“Nape, Fi?” tanya Alfi.
“Cincin ni ketat sangatlah!” geram
Efi.
“Nanti kita tukar...” ujar Alfi.
Di
Tiffany’s & Co. KLCC, Efi dan Alfi sedang menanti cincin yang bersesuaian
saiznya. Tiba-tiba mereka ditegur oleh seorang wanita kaya.
“Alfi...”
Efi dan
Alfi menoleh. Wanita kaya itu cantik dan tinggi dalam lingkungan 40-an.
“Buat apa sini?”
“Nak tukar cincin...” ujar Alfi.
“Nape dengan cincin?”
“Ketat...” ujar Efi.
“Cincin apa yang ketat tu?”
“Tunang...” ujar Alfi.
“Tunang? Maknya tak kata apa-apa
pun...” pelik wanita itu.
“Mak tak tahu lagi.” Ujar Alfi.
Bukan
wanita itu sahaja yang terkejut, Efi rasa macam jantungnya hendak gugur
bagaikan durian di dahan yang tinggi.
“Oh...”
“Awak tak bagitau Mak awak?” teriak
Efi di rumah.
“Janganlah menjerit depan
anak-anak...” larang Alfi.
“Okey! Tapi nape tak bagitau Mak
awak?” keliru Efi.
“Awak pun tak bagitau Mak awak kan?”
sinis Alfi.
“Tu lain...” ujar Efi.
“Sama je!” sinis Alfi.
“Tak yah tunanglah camni! Tak yah
kahwin pun!” geram Efi.
Ketika Efi merajuk dan cuba lari
naik ke atas, Alfi sempat menahan tangan kirinya. Alfi menarik Efi lalu
memeluknya dari depan. Malu, Efi bergelut untuk melepaskan diri. Kakak dan Adik
tergelak melihat telatah ibu bapa mereka.
“Awak marah saya sebab kita tunang
curi-curi tapi bila fikir balik, dulu saya ajak awak kahwin terang-terang pun
awak tak nak...” ujar Alfi.
“Efi tak dapat
nak debat apa-apa lagi dah! Satu, sebab Alfi tu betul. Dua, sebab layan gila
kena peluk macam tu...”
“Kalau awak betul-betul nak buat
officially, saya lagi suka! Sekarang jugak saya telefon umah saya dengan umah
awak...” ujar Alfi.
“Ikut suka awaklah... Saya setuju
aje.” Manja Efi.
Dalam
suatu acara pertunjukan fesyen, Mika sedang bersiap-siap di belakang tabir.
Terdapat ramai lagi model lelaki kacak dan tegap berbaris di belakang Mika. Seorang
mak andam sedang mengenakan wajah Mika bedak asas, seorang lagi menguruskan
rambut dan seorang lagi mak andam sedang membetulkan pakaian yang disarung oleh
Mika. Jelas ketara, Mika tak selesa dihimpit sebegitu.
“Ni kali pertama buat runway luar
M&S, kan?” tanya seorang mak andam.
Mika
hanya mengangguk.
“Dengar kata awak refuse tayang badan
ye?” usik mak andam itu.
Mika
terkejut yang mak andam itu tahu tetapi dia menjawabnya.
“Nervous tak?” tanya mak andam yang
menguruskan rambut.
Mika
mengangguk lagi.
“Takpe, kitorang kan ada...” ujar mak
andam itu.
Mata
Mika terus terbeliak kerana takut dengan mak andam itu. Penolong pengurus
pentas mendatangi Mika. Dia kelihatan kelam-kabut.
“Mika, awak first to go! Cepat,
berdiri kat starting line!” arah penolong itu.
Penolong
itu menggenggam otot keras tangan Mika lalu menariknya ke garisan permulaan.
Mika bengang dilayan seperti kambing. Tiba-tiba Mika terasa sesuatu yang tak
kena.
“Baju ni memang macam ni ke?” tanya
Mika.
“Nape dengan baju ni?” pelik penolong.
Baju
kemeja krim lengan panjang dengan sentuhan gaya baju kelawar labuh itu begitu lembut
dan juga begitu jarang sehingga badan Mika dapat dilihat dengan jelas. Mika
mengenakan seluar khakis paras pinggul yang mendedahkan abdomen tegap, garis V
dan pusatnya serta ia singkat atas buku lali dan berwarna putih.
“Macam nak tercabut je...” risau Mika.
“Takdelah! Okey je...” ujar penolong.
Lagu
Pitbull dan Marc Anthony yang bertajuk Rain Over Me mula berkumandang. Pengarah
memberikan signal kepada penolongnya. Penolong mengangguk.
Sambil menolak Mika, “Cepat jalan!”
Mika pun
melangkah. Sebaik Mika muncul di pentas, para penonton diserang histeria. Bunyi
tepukan gemuruh dan jeritan para wanita hampir menenggelamkan lagu rancak itu.
Mika terus melangkah.
“Setiap orang
ada first time experience untuk semua benda. Tapi Mika bukan jenis first timer...”
Sebelum
tiba di pertengahan pentas, baju yang Mika sarung itu tertanggal dan jatuh ke
atas lantai pentas.
“Alamak!” gamam penolong.
Semua yang menonton tergamam. Malu
yang teramat sangat, Mika sedikit pun tak panik atau melarikan diri.
Sebaliknya, dia terus tersenyum dan terus melangkah. Para penonton bangun
memberikan Mika tepukan gemuruh dan jeritan sokongan. Mika berjalan dengan
bangga sehingga satu meter sebelum penghujung. Di hadapan ratusan kelipan
cahaya putih kamera yang menangkap saat itu, Mika tahu dia telah berjaya.
“Ni first and last show aku
buat kat luar M&S!” umum Ariz pada penolong.
Penolong itu malu sangat di hadapan
kakitangannya. Keesokannya gambar kontroversi Mika terpampang pada muka surat
depan The Star, Sin Chew Daily, Berita Harian dan Kosmo.
“Ini kawan aku ke?” keliru
Rizi.
“Whoah! Seksinya!” terkejut
Daniel.
Di markas TLDM, bukan mereka berdua
sahaja yang membaca suratkhabar, malahan bos besar Mika sendiri.
“Cuti empat bulan semata-mata
nak jadi supermodel?” perli bos.
Pada pertunjukan fesyen M&S
sempena Tahun Baru, Mika sekali lagi menjadi model pertama yang berjalan. Kali
ini, pakaiannya kekal pada badannya tetapi Mika membuat kejutan dengan
melemparkan topi yang dipakainya apabila dia tiba di hujung pentas.
“Mak ai! Kawan aku ni
seksinya!” ujar Ariz.
Pada suatu pagi buta, sambil membaca
The Star, Ariz masuk ke Linen untuk mengambil uniformnya. Che Su merupakan
petugas Linen pagi itu.
“Supermodel tu kawan kau?
Betul ke?” perli Che Su.
“Best friend ya...” lagak
Ariz.
“Handsome eh...” puji Che Su.
“Aku tak kawan dengan orang
yang tak!” gurau Ariz.
Mereka tergelak besar. Setelah
memberikan beberapa orang staf uniform mereka, Che Su masih belum menjumpai
unform Ariz. Tiba-tiba satu wajah yang dikenali muncul di tirai.
“Kapten Adi...”
Kapten yang kacak itu membuatkan
Ariz rasa seperti halimunan. Ariz cuba memikirkan cara untuk berinteraksi
dengan pemuda itu.
“Kak, ada yang kecik lagi tak? Yang ni besar
sangatlah...” ujar Adi.
“Tak cukup ketat
ke?”
Che Su
mengambil semula baju itu dan mencarikan Adi yang lebih kecil. Ariz masih tak
menjumpai ayat yang sesuai dan Adi masih menghiraukan kewujudannya. Beberapa
saat kemudian, Che Su mendatanginya dengan baju yang lebih kecil. Adi
mengambilnya dan beredar.
“Daripada tadi
aku kat sini, dia buat derk jer...”
Geram
dan hampa, Ariz berputus asa. Walau bagaimanapun, Adi muncul semula. Ariz
merasakan peluang masih belum terlepas.
“Kak, ada lagi yang kecik daripada ni?” tanya Adi.
“Yang tu punya kecik pun
longgar lagi ke?” keliru Che Su.
“Badan slim sangat...” celah Ariz tersengih.
“Tulah,
tak cukup makan...” ujar Adi malu-malu.
“Hah! Berjaya!”
Ariz
dengan Che Su tergelak besar.
“Ke
terlebih kerja?” usik Che Su.
Ariz
mengenakan uniform yang ekstra besar itu. Biarpun dia gemuk, baju itu jauh lebih
longgar dan merimaskan dirinya. Ariz tetap berjalan dengan gembira. Walau
bagaimanapun, muka Ariz kembali ketat sewaktu terserempak dengan Adi di Jom
Makan. Biarpun berselisih, Adi tidak nampak kewujudan Ariz.
“Dah jadi balik... Dia sombong balik!”
“Apa yang kau nak kat dia?” perli Mika.
Ketika
itu, mereka berdua sedang membazir duit di Zara KLCC. Ariz berada dalam
kekeliruan untuk mencari penerangan kepada persoalan ringkas itu.
“Nak kawan! Nak kawan dengan orang
yang baru kerja!” jelas Ariz.
“Betul bukan sebab lain?” usik Mika.
Mika
pelik melihat reaksi Ariz yang seperti di atas pentas teater itu.
“Betapa senangnya nak kawan dengan
perempuan tapi susah sangat nak kawan dengan lelaki – biarpun aku lelaki...”
ujar Ariz.
Walaupun
tak begitu logik, Mika masih mampu untuk memahami. Tiba-tiba Ariz berubah riak.
Mika pelik melihat Ariz seperti kerasukan setelah melihat sesuatu.
“Ah, cantiknya kasut tu!” teriak Ariz.
Semua
orang di dalam Zara memerhatikan mereka berdua. Mika menutup mukanya kerana
malu. Ariz memeluk sepasang kasut baldu coklat yang merupakan pasangan terakhir
untuk siri itu.
“Kalau aku duduk lama lagi dalam Zara,
buku cek aku boleh jadi cek tendang!” ujar Mika.
Mereka
berdua keluar dengan tangan dipenuhi beg plastik hitam Zara. Biarpun memegang
resit ATM yang tertera baki RM50, Ariz tetap gembira.
“Aku happy sebab Mika temankan aku kosongkan
ATM aku kat Zara... Kasut ni bermakna sangat!”
Ketika
di hotel, Ariz mendengar beberapa siri berita tak baik ketika melepak dengan
kumpulan yang berlainan.
“Lepas Siti H dengan Khairil berhenti,
sekarang Farah pulak!” ujar Fadil.
“Hari tu dia kata nak transfer
Housekeeping...” aneh Ariz.
“Entah!” ujar Fadil.
“Kurang dah sorang awek nak lepak...” ujar Zaki.
Ketika
itu, Ariz dan geng kejuruteraan melepak di Staff Lounge. Kemudian, ketika dia
beratur mengambil makanan bersama dengan geng operator di Jom Makan, Suzanne
membuka cerita.
“Hanim dah berhenti! Dia sekarang
kerja kat Istana Hotel...” ujar Suzanne.
“Oh!” ujar Ariz.
“Sebenarnya aku
tak tahu aku sebenarnya happy ke sedih dengar dia berhenti. Tapi aku tak tanya
pun kenapa... Maybe memang aku dah tak kisah dah agaknya.”
Kisah
terakhir hari itu didengari Ariz semasa bersiap untuk pulang di bilik loker. Di
lorong sebelah Sara sedang bergosip bersama geng Bellman.
“Shakti dah berhenti!” ujar Sara.
“Takkanlah! Nape?” keliru Ariz bertambah.
“Main duit!” ujar Sara.
“Nape
sekarang baru kantoi?” keliru Ariz.
“What
do you mean?”
“Front Desk dah lama main duit. Vijay
yang ganti Leeonis tu dah lama detect kes ni tapi diorang kan let go je. Nape sekarang diorang
kantoikan pulak? Ada yang tak
kena ni!” ujar Ariz.
“Sejak Union
masuk, HR macam dah longgar sikit kalau kira gaji. Poin memang masyuk tapi
Management makin agresif nak kenakan staf! Sekarang diorang dah tak kisah kalau
staf itu favourite ke tak, semua akan dikorbankan kalau nak selamatkan jawatan
sendiri!”
Ariz
semakin risau dengan situasi ketat-longgar ini. Dia segera berbincang dengan
rakan-rakannya ketika berbuka.
“Akak dah lama dah Che Ku nak hantar cross-exposure ke Room tapi diorang buat fitnah kata Akak ke Room
sebab Zaineyy kena tendang masuk Laundry.” Ujar Natrah.
“Zaineyy
dikatakan kantoi tidur kat floor, kat Staff Lounge, datang lambat and
gaduh dengan staf lain. So Ong
Shao Wei, HR Regional, campak dia kat
Laundry.”
Terkejut, “Hari tu kata takde apa-apa
nak buat tapi nape campak-campak pulak ni?”
“Akak cakap kau terus-terang, adik
Akak buat hal tu dia punya pasallah! Tapi kalau diorang nak main-main dengan
Akak, diorang belum kenal siapa Natrah lagi!” ujar Natrah.
“Jangan tahan-tahan, kak! Kenakan je!”
hasut Ariz.
Tergelak Natrah dengan telatah Ariz itu.
“Akak bukannya apa, Riz! Auntie Lim tu
bodoh!”
“Mana pulak datang Auntie Lim ni?”
keliru Ariz.
“Takdelah... Hari tu Akak inform Zura
bilik 2524 tu bau babi! Zura kata nanti dia hantar blower dengan ironizer...”
ujar Narah.
“Pastu? Apa kena mengena dengan Lim?”
keliru Ariz.
“Si bodoh tu kenalah hantar benda tu!
Pastu dia datang membebel-bebel kata Akak ni demand dengan mengada-ngada!” ujar
Natrah.
“Dia tu kan tak pernahnya ada masa nak
buat apa-apa...” sinis Ariz.
Ariz dan
Nordin bergosip di bilik loker.
“My
pren kat Bellman tu dah tak ngam
dengan saya laa... Apa patut saya
buat?” tanya Nordin.
“Your
pren tu memanglah jantan tipikal – kejap okey kejap period...” ujar Ariz.
“Nordin, macam
biasa, minat kat terlalu banyak
jantan kat Sheraton. Reen dengan aku
dah lama suspect yang Nordin ni dah masuk tahap stalker...”
“Betul cakap awak...” ujar Nordin.
“Apa yang saya cakap?” keliru Ariz.
“Jangan terlalu layan sangat laki
ni... Biar dia!” geram Nordin.
Syamsul
Kejuruteraan membuka pintu lokernya. Kedudukan lokernya dan loker Ariz hanya
terpisah oleh sebatang tiang besar.
“Bang, petang ke?” sibuk Ariz.
Nordin bengang kerana Ariz
menghiraukannya setelah datangnya jejaka kacak itu.
“Nampaknya macam tulah...”
jawab Syamsul.
Syamsul mengenakan uniform merah
terangnya itu. Nordin memerhatikan jejaka itu.
“Alah, dia tak nak tanggal ke
baju dalam dia tu?!” geram Nordin.
Ariz tersengih melihat Nordin.
“Abang ada berapa orang anak?”
sibuk Ariz lagi.
“Mana adalah!” ujar Syamsul
malu.
“Oh, takde...!” suka Ariz.
Nordin ternganga melihat skil Ariz
yang lancar itu. Syamsul pun berjalan pergi. Tatkala Ariz tersenyum bangga yang
ada juga nasihatnya diterima pakai oleh Nordin, Nordin memulakan hidupnya
dengan drastik.
“Cari jantan baru!” cita Nordin.
Hampir
pengsan Ariz mendengar alternatif Nordin itu. Di luar hotel, Ariz dan Reen yang
sedang melepak tergelak besar.
“Nordin, tak berubah!” ujar Reen.
Tiba-tiba
seorang pelatih baru melepasi pandangan mereka.
“Pancing dah bergoyang...” ujar Reen.
“Mana?” cari Ariz.
Pelatih lelaki itu mempunyai rupa yang
biasa dan berkulit hitam manis.
“Biasa je...” ujar Ariz.
“Tengok betul-betul...”
nasihat Reen.
Kelebihan jejaka itu ialah dia
mempunyai tubuh yang digilai semua wanita dan homoseksual – tegap dan
berpunggung bulat. Tambahan pula dia sangat bergaya.
“Pak
Lah selalu pesan, bulan puasa syaitan kena ikat tapi nafsu manusia tak!”
Biarpun Ariz tak rasa apa-apa tetapi
Reen seperti merindui kehidupan silamnya. Kemudian ketika tiba di pintu Jom
Makan, Ariz terserempak dengan Kapten Adi. Dia kelihatan segak dalam baju
Melayu kelabu yang direka khas untuk bulan Ramadhan itu. Mereka berbalas
senyuman.
“Kerja petang ke?” tanya Ariz.
“Taklah... Malamlah!” sinis
Adi.
Ariz tersengih sebelum masuk ke dalam
kafeteria. Di sebuah sesi penggambaran majalah Vogue versi Jepun, beraksi di
depan sebuah kamera yang berkelipan, Mika menunjukkan bakat semulajadinya.
“Tak! Tak cukup ketat! Tukar
baju lain!” arah jurugambar.
“Ah, okey!” setuju Mika.
Baju lengan panjang yang lembut dan
mengikut bentuk badan itu mempamerkan bentuk otot Mika.
“Tak cukup bagus! Boleh
tanggal tak baju tu?” tanya jurugambar.
Hampir tergamam dengan permintaan
jurugambar itu, jauh sekali untuk Mika bersetuju bergambar separa bogel. Jadi
Mika memutuskan untuk berjalan keluar dari set itu. Seluruh kru penggambaran
terkejut.
“Nak gi mana tu?”
“Ketatlah! Longgarlah! Nak aku
jual baju ke badan?” geram Mika.
Jurugambar tak terkata apa-apa. Mereka
hanya mampu melihat Mika berjalan keluar sambil tersenyum.
“Sekarang,
bukan setakat runway je Mika takkan buat luar M&S, photo shoot pun dia
takkan buat luar M&S! Dari sini, Mika terpaksa putuskan sama ada lepas raya
nanti dia nak balik ke TLDM ke atau terus modelling...”