Pop Prenz
Episod 5
Penafian
Di sebuah majlis pelancaran fesyen dalam bulan Ramadhan
di Pavillion, Mika dan rakan-rakan sibuk menghiburkan para tetamu yang ramai.
Pedro kerap kali memerhatikan Mika dari jauh. Mika tak mengendahkannya
langsung. Semakin Pedro mendekati Mika, Mika akan berganjak lebih jauh.
“Sejak Pedro bagitau dia suka Mika, Mika menafikan
dalam kepala otak dia yang dia dengar apa Pedro cakap tu...”
Mika
menjauhkan dirinya daripada Pedro dalam sebuah majlis buka puasa di Hotel JW
Marriott Bukit Bintang. Sambil mengunyah sebiji kurma, Pedro makan hati melihat
Mika disuap oleh Harry Si Tomboi.
“Sayang, makan lebih sikit! You kurus sangatlah...” ujar Harry.
“I
model, duit I berdasarkan betapa fitnya body I. You laa makan, you comel kalau berisi.” Balas Mika.
“Bila you nak teman I cari baju
raya?” tanya Harry.
“Jom! Kat M&S...” usik Mika.
“Teruklah... Seriuslah... Jackel ke, First Lady ke, i-Kartini ke?” manja
Harry.
“Okey, okey! Bila-bila je untuk you...” mengalah Mika.
Pedro
dan Tatiana, pengurusnya yang juga bekas teman wanita Mika, sering bergaduh
kebelakangan ini di tempat kerja. Biarpun Mika menyedari keadaan itu, dia masih
buat tak tahu.
“Sampai bila kau boleh tahan?” perli
Ariz.
Ketika
itu mereka berbuka puasa di Saloma Bistro.
“Gila kau! Aku bukan gay...” tegas Mika.
“Tapi kau ada kualiti yang baik tau...” usik Ariz.
“Bodoh! Aku solat hari-hari!” geram
Mika.
“Cakap pasal solat, kau gi yang lepas Isyak tu?” tanya Ariz.
“Apa?” pelik Mika.
“Sebelum Witir, solat Aidilfitri ke?” tanya Ariz lagi.
“Tarawih! Sekarang aku tau berapa hari je kau puasa...” perli Mika.
Ariz
malu.
“Aku risaulah...” ujar Mika.
“Apa yang kau risau?” tanya Ariz.
“Nama aku dah masuk dalam senarai supermodel Asia...” umum Mika.
“Bravo, Mika! Bravo...” ucap Ariz.
“Sekarang satu dunia tahu nama penuh
aku...” risau Mika.
“Nama penuh
Mika... Dulu ni isu kontroversi kat sekolah! Disebabkan dia wakil dalam
semua benda, nama dia terpampang kat
serata papan notis and majalah
sekolah.”
Ariz
mengaktifkan talian Internet pada E72. Kemudian dia menggunakan Google untuk
menyiasat isu Mika tadi. Ariz terjumpa Mika dalam Models.com Top 50 Male Model.
“Tu dia – Mikael
Sokolov; supermodel lelaki Asia dari Malaysia berdarah kacukan Arab-Kelantan.
Dari zaman sekolah lagi, semua orang tertanya-tanya macam mana kacukan
Arab-Kelantan ada nama Rusia?”
“Laa...
Apa kau nak kisah? Dulu kau gemuk and budak-budak
tak tau apa itu glamour, apa itu
kaya... Sekarang kau hot, popular and
kaya-raya!” tegas Ariz.
“Kau tau, Pukifa esok final exam.
Dia boleh bantai tak study apa...”
ujar Mika.
“U apa yang amik dumb blonde sekolah?” perli Ariz.
“Aimi Academy...” jelas Mika.
“Aimi tu U dumb blonde apa?”
perli Ariz lagi.
“Aimi budak Taman Keramat kelas 5A
yang ada salon kat 7-e tu laa...” jelas
Mika.
Sudunya terjatuh, “Dia ada U sendiri?”
bengang Ariz tiba-tiba.
Pondan-pondan
yang datang berbuka puasa di situ memandang Ariz. Mika malu.
“Aimi, seorang
budak perempuan cantik pastu pandai!
Terlalu pandai, sampai dia mampu bukak
salon seawal umur 12 tahun! 12 tahun kemudian dia ada U sendiri kat Setiawangsa bersaing dengan
Politeknik and UiTM. Aku? Menafikan
yang aku ada kerjaya yang terancam!”
“Bukan U laa... Akademi! Untuk orang yang tak amik SPM...” perbetul Mika sambil tergelak.
Malangnya,
penjelasan itu masih tak melegakan Ariz.
“Haagen-Dazs dah bukak depan KFC... RHB pun!” ujar Mika.
“Nape
nama akademi tu bukan Haagen-Dazs...”
geram Ariz.
“Ataupun Sokolov University...” celah
Mika.
Ariz
tergelak besar.
“Aku ada 9 hari nak hidup miskin...”
sedih Ariz semula.
“Aku - ekstra 3 hari! Buku cek aku pun
dah kena tendang sebab banyak habis
duit kat baju raya Harry...” celah
Mika.
Ariz tergelak besar lagi, “Aku start
puasa dua minggu lebih awal daripada Ramadhan, kau buat aku rasa macam nak
puasa 24 jam semata-mata nak jimat duit!” sinis Ariz.
Mika tersengih.
“Adeb!” ujar Nordin.
Ketika
itu mereka di tangga naik ke loker. Ariz terkeliru.
“Siapa Adeb?” ujar Ariz.
“Klon... Nama sebenar dia, Adeb!”
jelas Nordin.
“Tulah dia Nordin! Dia nafi yang dia gila
kat orang tu sampai dia tak perlu cakap dengan orang tu kalau dia nak tau pasal orang tu.”
“Kuatnya kita cakap...” takut Ariz.
Saat
mereka berdua masuk ke loker, Adeb berada di sebalik pintu membetulkan tali
seluar tukang masaknya. Ariz terkejut. Adakah Adeb mendengar perbincangan
mereka tadi? Nordin pula fokus pada abdomen jejaka itu. Berdasarkan fizikal
Nordin yang kurus kering itu, dapat dibandingkan dengan mangsa kebuluran
Afrika, Nordin kebulur melihat ketulan otot dan garisan V di sekeliling pusat
Chef Klon atau nama sebenarnya Adeb. Otot-ototnya bergerak pada setiap
pergerakannya mengikat tali seluar berkotak-kotak itu.
“Bulan puasalah
paling menguji keinginan kita...”
“Nord!” amar Ariz.
Nordin
memegang zipnya sambil ditarik oleh Ariz ke belakang loker.
“Aku rasa puasa aku baru je batal...” ujar Nordin.
Sambil memandang bahagian yang ditutup
oleh Nordin, “Cepatnya?” kagum Ariz.
“Ruginya... Lagi berapa jam je nak buka...” sesal Nordin.
“Aku tak rasa apa-apa pun...” sinis
Ariz.
Nordin
bengang dengan kenyataan Ariz.
“Bukan Nordin je yang tak puasa... Sebenarnya ramai
orang cuma Islam dalam I/C je!
Penafian tentang kewajipan berpuasa punca semua orang endah tak endah je... Poyonya aku!”
Beberapa orang staf curi-curi hisap
rokok dan makan di kandang perokok. Ketika itu Ariz berjalan keluar dari hotel
untuk berbuka puasa di rumah neneknya. Terbaring di atas selimut tebal di depan
pintu masuk, Nenek masih sakit dan suasana berbukanya tak semeriah ketika
mereka berbuka beramai-ramai pada hari-hari minggu dalam tahun-tahun yang
lepas.
“Jagalah makannya, Nek...” risau Ariz.
“Kan puasa...” geram Nenek.
“Kalau tak larat, tak payah...” cadang
Ariz.
“Merepeklah!” marah Nenek.
“Tulah dia Nenek! Kalau nak nasihat
orang, macam Ustazah Bahyah atas skateboard!
Tapi bila tertembak hidung sendiri, dia nafikan apa yang dia nasihat tu!”
Ariz
berputus asa. Ketika menghampiri kaunter tiket LRT Damai, Ariz disapa oleh bapa
saudara bongsunya.
“Ariz!”
“Mamang Mahat?”
“Kerja ke?”
“Ha’ah...
Mamang dah buka?”
“Dah! Nak tengok Nenek jap alang-alang Mamang ada majlis buka
puasa kat DoubleTree tadi!”
“Oh, jumpa lagi!”
Ariz pun
beredar.
“Sebab Ramadhan,
aku nafikan jelah aku bengang anak
lelaki kesayangan Nenek tu pindah
keluar tinggalkan Nenek sakit sorang-sorang
kat rumah...”
“Why
tomorrow you and Redda not off, naa?” bising Sunan, Penolong Kanan, di
pejabat.
Sunan
baru pulang daripada bersenam. Dia memegang sebotol air.
“Why?”
tanya Abdullah, Penolong Awam.
“Friday
buzy naa!” jelas Sunan.
“Lucky
me...” sinis Abdullah.
Sunan
berdiri di belakang Abdullah yang menghadap komputer. Kemudian dia membuat pestur
mahu memukul Abdullah dengan botol air. Ariz tergelak melihat aksi Sunan.
Abdullah langsung tak menyedarinya.
Berehat
di sofa panjang, Efi sedang menyelak katalog perabot bersama dengan anak-anak
perempuan Alfi. Sambil memegang botol susu yang dihisap oleh bayi berumur lapan
bulan itu, Efi memerhatikan semua gambar yang diselak oleh Kakak. Alfi yang baru
pulang dari Tarawih mendatangi mereka.
“Apa awak tengok tu?” tanya Alfi.
“Saya ingat saya nak beli almari untuk
bilik saya tu. Duit taska saya tak
usik langsung tau...” ujar Efi.
“Saya mampu lagi laa... Pilih jelah!” ujar
Alfi.
“Saya tau awak gaji besar! Saya cuma nak ada satu barang yang saya punya
dalam rumah ni...” ujar Efi.
Alfi
mengangkat Kakak. Alfi duduk serapat-rapatnya dengan Efi sambil meribakan Kakak
pada pahanya.
“Sayang, semua barang dalam rumah ni awak punya...” lembut Alfi.
“Tapi semua pakai duit awak...” ujar
Efi.
“Duit saya duit awak jugak...” usik Alfi.
“Kita tak kahwin lagi, kan?” usik Efi
pula.
“Jom kahwin?” gurau Alfi.
Sambil
tersengih, Efi menitiskan susu botol pada wajah Alfi yang suci itu. Alfi
menahan geram.
“Saya serius ni!” ujar Alfi.
“Saya pun serius bila saya kata saya
nak pakai duit poket saya beli almari untuk bilik saya...” sinis Efi.
Alfi
merajuk lalu menghiraukan Efi untuk bergurau dengan Kakak. Efi geram dengan
perilaku kurang matang Alfi itu.
“Alfi, macam mana saya nak kahwin
dengan awak kalau saya tak boleh beli almari sendiri?” ugut Efi.
Buat-buat
tak dengar, Alfi tersengih.
“Efi rasa macam dah terikat lepas cakap camtu! Nak menafikan ikatan tu, Efi cuba taktik lain...”
“Baru nampak bulu perut pun dah bising, camne dah kahwin nanti? Usik Efi.
Alfi
menoleh dan memandang Efi dengan wajah geram. Efi tergelak besar.
“Alfi, bangun sahur!” ajak Efi.
Efi
masuk ke bilik tidur Alfi di tingkat atas. Alfi masih nyenyak tidur tanpa baju
dan hanya berseluar pendek. Kertas kerjanya bersepah di atas katil. Setelah
mengemaskan baranga-barang itu, Efi menyentuh bahu Alfi untuk mengejutkannya.
Efi kini tahu yang Alfi mempunyai bahu yang kuat dan kulit yang licin. Efi
memutuskan untuk menggerakkan tangannya lebih bawah lagi.
“Biarpun masih
boleh makan selagi belum azan Subuh, Efi tahu dia tak boleh lebih-lebih dengan
Alfi selagi diorang belum kahwin.”
Geli
dengan sentuhan itu membuatkan Alfi terjaga, Efi menarik tangannya dengan penuh
penyesalan. Efi ternampak sesuatu yang panjang dan keras di sebalik seluar
pendek itu di antara pusat dan paha Alfi. Alfi memandang ke tempat yang
diperhatikan Efi.
Sambil menutup tubuh dengan selimut,
“Eh! Jangan tengok! Malu saya!” ujar Alfi.
Sambil tersengih, “Jom sahur!” ajak
Efi.
Efi pun
turun terlebih dahulu meninggalkan lelaki itu menggaru kepalanya dalam rasa
malu.
“Bulan Ramadhan korang masih lagi serumah?” usik Ariz.
Ketika itu, pada waktu tengah hari,
Efi sedang mengangkat kain jemuran manakala Ariz dalam perjalanan ke hotel.
“Hei! Bukannya kitorang sekatil! Lagipun, aku kan nanny dia – mestilah tinggal serumah!” tegas Efi.
“Berapa lama je kau boleh tahan?” usik Ariz.
“Woi, kau jangan ah!” tegah Efi
malu-malu.
“Ceh!”
“Kau nak tau?” tanya Efi.
“Apa dia?”
“Aku kan tak suka barang-barang free yang sponsor bagi...” ujar Efi.
“Takkan baju M&S pun kau tak
suka?” keliru Ariz.
“Jangan bagitau Mika – tak! Baju dia terlalu girly, geli aku...” ujar Efi.
“Aku lupa – kau Gothic Mommy...” perli Ariz.
“Mommy?”
pelik Efi.
“Kan dah dua anak?” usik Ariz.
“Bodoh!” geram Efi.
“Nape
kau susah sangat nak kahwin?” pelik Ariz.
Efi
hampir tersentap. Dia tak tahu akan jawapan kepada soalan itu.
“Bila Efi fikir
balik, orang yang dah lama couple takkan kahwin sama ada sebab
belum ada duit atau sebenarnya tak cinta...”
Efi
teringat semua detik indah bersama Alfi sejak arwah isterinya meninggal Tahun
Baru itu.
“I
love you...” ujar Alfi.
“Alfi cakap I Love You lebih banyak daripada
mana-mana lelaki kat dunia. Dalam
SMS, habis call, setiap kali hantar
anak, setiap kali amik anak.”
“I
love you too!” balas Efi.
“Pastu Efi pun balas everytime... Biarpun dah
kenal sejak sekolah menengah, biarpun Alfi pernah ajak Efi kahwin bulan Jun
lepas, Efi dengan Alfi cuma officially
couple start bulan Julai lepas...”
“Efi, aku dah lama kawan kau! So
aku tau bukan fizikal kau yang jadi
masalah...” cuba Ariz.
Efi
masih terdiam.
“Dulu Efi lari
rumah sebab jiran-jiran taska kata dia perampas and pisau cukur. Michelle Melodi pun kata benda yang sama waktu kes
tendang menendang hari tu. Efi menafikan dalam hatinya yang dia terasa seperti
merampas Alfi daripada arwah. Alfi dengan arwah hanya terpisah oleh ajal,
lagipun diorang dah dapat dua orang
anak.”
“Kau takut bulu perut dia eh?” usik
Ariz.
Daripada serius, Efi tergelak besar.
Kemudian Ariz memutuskan panggilan hampa tak mengetahui jawapan tetapi
sebaliknya dia menerima SMS daripada Syara.
“Syara ni budak
Endon first batch training kat Sheraton. Dia dengan Zikri trained dengan aku.
Kitorang selalu contact - lebih dari aku contact orang kat Malaysia. Tengah
hari tu Syara bagitau aku yang Sinta, seorang lagi trainee yang rapat dengan
aku, punya bapak meninggal...”
Ariz
segera mengkhabarkannya kepada Essence, restoran yang Sinta praktikal dulu.
Kemudian Ariz tergerak untuk mendail Concierge. Walau bagaimanapun, tiba-tiba
dia hilang kata-kata.
“Kenapa, Ariz?” tanya Siti G.
“Kak Siti H dah berhenti, eh?” tanya Ariz.
“Hari tu lagi...” ujar Siti G.
“Siti kenal Sinta?” tanya Ariz.
“Kenal! Yang Essence tu, kan?” pasti Siti G.
“Bapak
dia meninggal tadi tau...” ujar Ariz.
“Oh, terima kasih bagitau! Kesian dia...”
ujar Siti G.
“Nanti bagitau Zaidiana, eh!” ujar Ariz.
“Kenapa tak bagitau sendiri?” keliru Siti G.
“Saat tu, aku pun tertanya-tanya nape aku takleh bagitau sendiri.
Agaknya aku still menafikan yang aku terasa
bila aku kena blocked kat Facebook
dulu lepas gaduh dengan Hanim. Sebab nak menafikan tu gaklah aku tutup Facebook and
delete semua contact kat FO so aku tak perlu lagi rasa sakit hati.
Aku nak menafikan yang aku jadi apa yang diorang
nak aku jadi – antisosial!”
“Handphone
hilanglah! Semua nombor takde...
Tolong tau!” tipu Ariz.
“Okeylah...” setuju Siti G.
Malam
itu, Ariz melepak dengan Chef Klon di perhentian bas Dang Wangi. Ariz
mengeluarkan rokok yang diberikan oleh Arill siang tadi.
“Nah, rokok Jepun!” tawar Ariz.
Chef
Klon menerimanya.
“Jepun? Mana korang dapat ni?” tanya
Klon.
“Kerja Houskeeping ni macam-macam
dapat free – kondom, rokok, duit...” ujar Ariz.
Terbeliak
mata kuyu Klon mendengar kondom keluar dari mulut Ariz. Kemudian dia teringat
yang Ariz pernah menunjukkannya beberapa keping kondom pada hari pertama mereka
bertegur dulu.
“Kenapa kau tak balik lagi?” tanya
Klon.
“Aku ingat nak lepak dulu. Dulu waktu aku first
first kerja, aku selalu lepak sini tengok KL Tower. Kadang-kadang aku lepak
KLCC.” Ujar Ariz.
“Kau kata susah nak balik malam?”
tanya Klon.
“Esok aku cuti dua hari. So aku boleh balik lambat. Tapi aku
jalan kakilah dari sini.” Ujar Ariz.
“Jalan kaki?” pelik Klon.
“Ada satu malam kitorang karaoke ramai-ramai kat
SoGo, bas dah takde, so aku jalan kaki sampai rumah...”
selamba Ariz.
“Dari SoGo?” kagum Klon.
“Aku ingat aku nak lepak Ampang...”
ujar Ariz.
“Ampang katne?” tanya Klon.
“Shit! Aku lupa aku pokai and aku tak mampu nak lepak lebih dari sorang dalam tempoh 9 hari! Dan-dan dia tinggal kat Ampang! Dia tanya aku macam dia nak join sekali! Apa aku kena
buat nak menafikan soalan dia tadi? Aku kena tukar tempat! Mana yang dia tak boleh
pergi? Mana? Mana?!”
“Aku nak lepak KLCC laa... Dah lama aku tak lepak sana malam-malam...” ujar Ariz.
Klon
terkeliru dengan perubahan fikiran Ariz yang mendadak. Kebetulan pula bas
sampai.
“Hei, bas kau dah sampai!” umum Ariz.
Klon
panik. Dia memadamkan rokok Jepun itu lalu menahan bas itu. Ariz menarik nafas
lega. Setelah mengucapkan selamat tinggal, Ariz mula berjalan kaki sambil
melihat bas itu berlalu pergi.
“Malam tu aku migrain dalam miskin. Nasib baik
esoknya aku cuti dua hari. Aku cuma larat jalan kaki sampai KLCC pastu aku terpaksa keluarkan duit emergency dalam poket rahsia ni nak naik tren. Sampai Jelatek, aku
panggil sorang kawan lama ni hantar aku balik.”
Pada
suatu tengah hari yang panas, Mak mendapati duit RM100 dan RM50 sudah memenuhi
bantal-bantalnya. Bantalnya jadi terlalu keras untuk dia dan Abah tidur lena di
bilik. Jadi, Mak dan Abah membuat satu keputusan terbijak.
“Jom beli TV?”
“Jom...” setuju Abah.
“Atuk dengan
Nenek, belah Abah dengan Mak, dua-dua hidup dalam era yang mana kemiskinan
adalah satu trend yang popular. Diorang
boleh hidup tanpa TV sebab duit tu jimat untuk tengok wayang P.Ramlee
hujung bulan. Keturunan diorang pulak,
tak kira pandai ke tak, kaya-raya jadi diorang
mampu untuk selalu tukar rumah, kereta, perabot and TV! Dalam keluarga ni,
aku sorang je yang dari masa depan
jatuh ke era Atuk Nenek - miskin.”
“Jom...” ujar Ariz tak rela.
Ariz
memandu kereta dalam cuaca terik dengan Mak dan Abah teruja mengira kepingan
duit daripada bantal-bantal yang dikoyakkan.
“Jangan salah kira, bang!” amar Mak.
“Tingkap jangan bukak, Riz!” amar
Abah.
Ariz
hanya diam dan menumpukan pada pemanduannya.
“Kitorang ada private vendor untuk setiap benda – mineral water vendor, electrical and electronical vendor, realtor,
wedding planner, caterer, hairstylist, facialist, plumber, bra supplier dengan
penjual beras pulut hitam kitorang
sendiri. Keluarga aku sangat power
sampai kitorang ada family club.
Waktu ni, kitorang on the way nak jumpa Rased, electrical and electronical vendor selama lima keturunan.”
“Sana, sana tu!” geram Abah.
“Mana?” keliru Ariz.
“Abah kau ni! Siti, situ, sana, sini! Tak sampai gak! Nak gi Rased pun
boleh sesat kalau dengan Abah kau ni!”
amuk Mak.
“Mak kau ni, bisinglah! Kitorang tau laa...” balas Abah.
“Tak kira apa pun, saya nak TV tu hari ni!” ugut Mak.
“Belilah!” geram Abah.
“Korang
ni bisinglah!” geram Ariz.
Ariz,
Mak dan Abah tiba di kedai itu setelah sesat berpusing-pusing di Sime Darby
Business Park Melawati. Mak dan Abah disambut oleh seorang lelaki tua yang
beruban putih dan menggigil.
“Tengok! Biarpun
Rased ni jalan pun macam kura-kura
gergasi kat Galapagos Island tapi nak
raya ni je, dia dah berjaya jual 7 LCD 40 inci, 4 mesin basuh, 2 peti ais, 8 aircond and 112 biji blender kat family club aku aje. Aku? Menafikan yang kerjaya aku
terancam.”
“Riz, yang mana nak amik?” tanya Mak.
“Pilih yang besar, Riz!” cadang Abah.
Ariz
hampir pitam melihat harga yang di luar kemampuannya sekarang.
“Pilih harga yang terbaik!” ujar Ariz.
Setelah
bergaduh selama beberapa minit untuk merebut televisyen, mereka bertiga
mencapai kata sepakat apabila sebuah kotak kosong terjatuh dan mendedahkan
sebuah televisyen Sony Bravia 40 inci.
“The End! Malangnya, happy ending jauh lagi!”
Tiba di
rumah, mereka bertiga sambung pergaduhan kerana pembekal masih belum tiba
dengan hadiah raya mereka.
“Jumpa traffic light, belok kiri turun bawah kat garaj panjang tu!”
jerit Abah dalam telefon.
“Abah, tak
pernah kerja Concierge macam aku!
Macam mana dia tunjuk jalan dalam kereta tadi, macam tulah dia tunjuk jalan dalam telefon. Vendor tu sebenarnya dah sampai
flat aku tapi dia gi rumah yang salah
pastu floor yang salah.”
Pembekal
dan rakannya mengangkat televisyen itu berjalan ke semua tingkat dan mengetuk
setiap rumah.
“Budak bodoh!” jerit Abah dalam
telefon.
Mak dan
Ariz tercengang mendengar Abah maki hamun. Keadaan terlalu serius sehinggakan
Mak menarik Abah duduk dan membiarkan Ariz mengambil alih. Dengan tunjuk arah
Ariz, mereka berjaya sampai ke rumah No.10 di tepi tangga itu.
“Lepas maki
hamun, Abah terpaksa carik jalan
menafikan apa yang dia dah buat!”
Abah
membodek mereka dengan air oren yang dibancuhnya sendiri sedangkan lama lagi
masa berbuka puasa. Malu, Abah berborak-borak kosong tentang asal-usul, hari
raya dan dirinya sebagai pelanggan setia untuk lima keturunan. Ariz mengalah
tetapi tidak Mak.
“Diamlah, Abah kau ni! Memekak je. Orang tu nak pasang
TV pun tak senang!” amuk Mak.
“In the end, aku takleh nak nafi lagi dah
- inilah hidup aku!”
No comments:
Post a Comment