Tuesday, January 7, 2014

ep6 kayangan

Pop Prenz
Episod 6
Kayangan
Ariz kelihatan begitu gembira. Ketika itu, dia berada di KLCC. Musim jualan mega merupakan lubuk orang yang tak berduit seperti Ariz. Keadaan ini memberikan Ariz peluang untuk berbelanja seperti orang kaya. Tangan kanannya memegang kepingan baucer diskaun manakala tangan kirinya memegang beberapa helai beg kertas.
“Sesetengah orang percaya kayangan ialah syurga. Aku pulak rasa shopping macam masuk kayangan...”
            Efi dan Alfi sedang sibuk bersiap untuk hari raya. Mereka membakar kuih raya, mengenakan langsir dan menggosok baju baru.
“Efi, patut tukar ke tak cadar katil saya?” tanya Alfi.
“Awak ada nak masukkan siapa-siapa ke kat bilik awak?” sinis Efi.
Takde...” jawab Alfi malu.
            Efi tersengih. Kemudian mereka menidurkan anak-anak perempuan mereka – Adik di dalam katil bayi dan Kakak bersama Efi di katil besar.
“Pada kebanyakan orang, waktu tidur macam waktu nak masuk kayangan...”
Sebelum menutup lampu dan beredar, “Assalamualaikum, sayang...” ucap Alfi.
“Waalaikumussalam...” jawab Efi.
“...sebab bila terucapnya salam sayang, mimpi pun rasa real!”
            Malam yang indah itu disunting oleh Sheila Rusly dan kru produksi di studio.
Rating drama Sempurna makin tinggi. Kalah Nur Kasih. Belum masuk pun tahun baru, Efi dah dapat banyak offer – dua endorsement, lima drama, satu talk show and satu movie.”
            Lain pula kisahnya dengan Mika. Dia, seperti dahulu, senantiasa mencari kebebasan untuk meneroka hidup.
“Harry, kita cuma boleh sampai kat sini je...” ujar Mika serius.
            Ketika itu, mereka berdua beristirehat pada waktu tengah hari di taman KLCC. Berhampiran mereka, ada satu pasangan bukan Islam sedang makan.
“Apa maksud?” keliru Harry.
“Saya... dah tak boleh nak jadi boyfriend awak lagi!” serius Mika.
            Tersentap, kelihatan genangan air mata pada wajah tomboi itu. Harry, atau nama sebenarnya Nurul Harryana itu, bangkit dan mendatangi pasangan yang tak berpuasa tadi. Harry mengambil cawan plastik yang berisi Caramel Macchiato itu lalu menyimbahkan airnya pada muka Mika. Tersentap pasangan tadi melihat Mika kuyup. Harry meninggalkan Mika malu di situ. Mika membiarkan air sejuk itu membasuh wajah penyesalannya.
“Bila bercinta, orang perempuan berangan yang diorang dah jumpa kayangan – segala-galanya indah. Sebab tulah bila break up, tekanan lebih kat orang perempuan...”
            Ketika masa berbuka di Jom Makan, suasana sangat meriah. Televisyen memaparkan beberapa siri zikir dan selawat. Masih lama lagi sebelum masuk waktu berbuka dan Ariz duduk bersama rakan-rakan di meja biasanya. Ada yang asyik melihat jam, ada yang bersedia untuk berdoa, ada yang tidur dan ada yang membelek-belek makanan.
“Teringat zaman budak-budak dulu... Biarpun diorang ni lagi tua daripada aku, tapi diorang lagi tak sabar-sabar nak makan... Comel sangat!”
            Pada salah satu acara berbuka puasa di Jom Makan, Ariz berbuka bersama pasukan Kejuruteraan Sheraton. Rakan baru Ariz, Syamsul, duduk di kanannya. Mereka menghabiskan masa menanti waktu berbuka dengan bercerita tentang kekalahan bola sepak Malaysia ketika menentang Singapura untuk kelayakan Piala Dunia.
“Taklah, Fadil! Singapura main kotorlah!” ujar Syamsul.
“Syamsul, kau tengok penjaga gol kita waktu lawan kat Singapore dulu, dia tak gerak langsung nak tahan bola!” ujar Fadil.
“Saya suka Khairul Fahmi Che Mat!” ujar Ariz tiba-tiba.
            Rakan-rakan kejuruteraan terkeliru dengan kenyataan Ariz itu.
“Eh! Dia tu putus tunang sebab apa eh?” tanya Rais.
            Mendengar Rais yang pendiam itu bergosip, rakan-rakan lain melupakan kenyataan aneh Ariz tadi.
“Susah betul nak masuk cerita orang lelaki ni! Nasib baik ada yang pandai gosip...”
“Rais, sejak bila kau pandai gosip ni?” keliru Fadil.
            Mereka semua bantai gelak. Semua orang di Jom Makan memerhatikan mereka. Ariz menyertai rakan-rakannya hisap rokok di luar.
“Ah! Macam dapat Ice...” ujar Fadil.
Ariz dan Syamsul hanya tersengih. Selesai dengan aktiviti tak berfaedah itu, Ariz masuk semula ke dalam. Tiba-tiba dia disapa dari belakang. Ariz menoleh.
“Adeb!”
“Camne buka puasa tadi? Okey?” tanya Adeb, yang juga digelar Chef Klon.
Ariz tersentuh kerana Adeb mampu mengambil berat tentang orang sepertinya.
“Okey!” gembira Ariz.
Ariz didatangi Nordin di pejabatnya.
“Nanti balik awak ajaklah dia balik sekali dengan awak.” Pinta Nordin.
“Apa?” pelik Ariz.
“Bolehlah saya ajak dia naik kereta saya pastu saya boleh hantar dia balik!” suka Nordin.
Nordin sempat berangan mereka bertiga di dalam MyVi. Kemudian Nordin menendang Ariz keluar dari kereta. Akhirnya cuma ada dia dan Adeb di dalam kereta itu.
“Si pemalu sorang ni kalau berangan bagilah kat dia! Tapi sampai sekarang pun dia tak berani tegur si Chef Klon tu! Camne aku nak ajak Klon naik kereta dia pastu biarkan dia dua je?”
“Lain kali jelah, Nord-nord...” tolak Ariz.
Nordin berasa begitu bengang dengan Ariz. Kemudian dia hampa dan kecewa. Terlalu sedih, Nordin berlari keluar dari pejabat itu. Ariz hanya melihat dengan selamba. Kemudian Ariz menyambung kerjanya.
“Macam Nordin, tak semua boleh kawal nafsu biarpun syaitan takde bulan puasa ni. Tapi Mika boleh katakan boleh laa...”
Malam itu, Ariz habis kerja dan sedang berjalan keluar dari pintu sekuriti. Dia mendapati KK sedang merokok bersama seorang staf bankuet.
“KK!” teriak Ariz.
KK menoleh kemudian dia melepaskan satu senyuman yang manis.
“Malam ke?” tanya Ariz.
KK hanya terus tersenyum. Kemudian KK menggunakan tapak tangan kirinya menepuk lantai bersebelahannya. Itu tandanya KK mengajak Ariz duduk.
“Sebenarnya, disebabkan KK ni selalu tukar-tukar mood, aku dah give up nak kawan dia. Tapi...”
Kemudian Ariz tertarik untuk memandang pergerakan bibir tebal jejaka jambu itu. Bibir merah jambunya mula memuncung dan asap rokok keluar. Seperti masa diperlahankan, Ariz tak tahan melihat tingkahlaku kawannya.
“... takpelah! Malam ni je...”
Ariz pun duduk betul-betul bersebelahan KK. Setelah lama berbual, mereka disertai oleh beberapa orang Chef lain. Antaranya, Chef Roti dan Adeb.
“Kau bila nak berhenti?” tanya KK kepada Roti.
“Entahlah... Macam nak cuba Furama...” ujar Roti.
“Ramai gi situ!” ujar KK.
“Hotel baru...” celah Adeb.
“Eh! Nama kau Aliff ke Hazri?” tanya KK kepada Adeb.
“Hazri tu budak kaulah!” celah Roti.
Ariz tersengih melihat KK malu. KK kelihatan sangat comel ketika malu. Rakan-rakan dapur lain rasa kekok melihat Ariz bersama dengan KK. Mereka tak pernah melihat Ariz menyertai kumpulan mereka sebelum ini.
“Apalah dia ni! Budak sendiri pun tak kenal...” usik Adeb.
“Kau tak nak kerja Bangsar? Boleh jumpa Amir...” ujar KK kepada Roti untuk ubah topik.
Ariz tersentap.
“Dia jadi lecturer, kan? Kau tak nak jadi lecturer?” usik KK kepada Roti.
Ariz tiba-tiba rasa tak selesa.
“Kenapa KK kena ungkit isu Chef tu waktu-waktu camni? Macam nak kenakan aku pulak!”
“Aku tak pandailah! Nak ajar budak training pun tak betul, ni kan nak jadi lecturer...” ujar Roti.
Adeb memandang Ariz yang hilang daya. Ariz cuba tersenyum apabila menyedari dirinya diperhatikan.
“Jom balik...” ajak Adeb.
Adeb atau Chef Klon itu mengajak Ariz pulang bersama di hadapan rakan-rakan dapur lain. Melihat keberanian Adeb, Ariz pun meninggalkan KK yang khusyuk berbual dengan rakan-rakan lain.
“Bukan nak amik kesempatan, tapi Klon memang on-time nak save aku. Aku hanya mampu berdoa Nordin tak nampak... Biarpun aku tak ada niat macam Nordin, tapi bila ada kawan yang ajak buat apa-apa sama-sama, aku rasa macam dalam kayangan...”
Pada suatu petang yang sibuk, semua bekerja kelam-kabut kecuali Ariz.
“Tempat I/D asyik rosak je...” geram Thana.
Beberapa orang pekerja kontrak berbangsa Cina sedang memperbaikpulih mesin kedatangan di depan pintu masuk staf.
Camne ni?” tanya Tito.
Amik payslip dulu!” ujar Ariz.
Ternyata, jabatan Sumber Manusia jauh lebih bermasalah lagi.
“Nazirah! Berapa banyak orang dah berhenti?” jerit Chengyi.
“Tiga belas, Chengyi!” jerit Nazirah.
“Mana interviewee, PeiChing?” jerit Chengyi lagi.
Takde!” jerit PeiChing.
“Apa?” terkejut Chengyi.
“Siapa berhenti ramai-ramai tu?” tanya Tito.
“Kitchen dengan Front Office!” ujar Nazirah.
Sorry! Payslip amik kat Accounts!” ujar PeiChing.
“Okey!” ujar Ariz tak kisah.
Setibanya mereka di jabatan Perakaunan, mereka terpaksa beratur panjang. Ariz mencuit Nurul Pavilion Lounge.
“Dari jam berapa dah beratur sini, Nurul?” tanya Ariz.
“1.30 petang...” ujar Nurul Pavilion Lounge.
“Bila fikir balik, aku dah tahu pun gaji aku kena potong jadi RM300...” ujar Ariz.
“Please! Tak yah laa cakap pasal nasib malang kau tu banyak-banyak kali!” perli Nurul.
“Aku rasa terlalu happy sampai aku boleh selamba cakap lagi...” selamba Ariz.
Mereka berdua tergelak.
I tak tahulah you punya katne, Riz...” ujar Choong.
Dalam timbunan slip gaji itu, Choong mengorek untuk mencari harta karunnya.
Nape pulak tak tau?” celah Nurul pula yang tak puas hati.
Try Housekeeping – Room Attendant...” selamba Ariz.
“Oh, ada!” ujar Choong.
“Muka handsome tapi otak macam apa entah!” bisik Nurul kepada Ariz.
Ariz hanya tersengih.
“Dulu cuma perlukan dua orang Coordinator HR nak handle payslip. Accounts, kali pertama handle payslip! Sampai lima orang handle pun jammed jugak...”
Setelah mendapatkan slip gajinya, Ariz segera ke pejabat.
“Majalah ni bukan Housekeeping punya!” marah Zura.
Pintu masuk pejabat Ariz dipenuhi dengan timbunan majalah Esquire versi mandarin.
“Tapi ni bukan PR punya!” teriak seorang wanita yang berpakaian formal.
Tiba-tiba suatu jeritan datang dari dalam pejabat bos.
“Redda! Abdullah! Tengoklah meja saya! Banyaknya paperwork! Macam mana nak bagi habis?” jerit Mei Ling.
Ariz menyertai Redda dan Abdullah yang kelam-kabut masuk ke dalam pejabat bos. Ternyata, meja panjang itu beralaskan puluhan kertas kerja yang perlu dihabiskan sebelum bos berhenti Oktober nanti.
“Essence banjir sebab toilet! Villa pulak banjir sebab hujan masuk! Ni 3824 granite tak settle lagi esok Yum Group nak masuk! Camne, Mei Ling?” risau Abdullah.
Telefon bimbit dan walkie-talkie Abdullah tak berhenti berbunyi. Redda tak terkata-kata pun melihat mereka berdua.
“Anak aku sakitlah! Ariz, ganti aku! Aku nak balik!” jerit Zura.
“Okey! Okey!” ujar Ariz.
Sebaik sahaja Ariz duduk dan menghadap komputer, telefon mula berdering tanpa henti. Walau bagaimanapun, Ariz masih tenang.
Defects? Okey! Mana passed? Okey, Thank you! Floor 26 banyak VCNI...” ujar Ariz.
Due out ada tujuh lagi?” terkejut Redda.
Nape?” tanya Ariz.
“Saya nak balik awal ni!” ujar Redda.
“Balik jelah...” selamba Ariz.
“Awak pastikan takde VD and VCNI malam ni tau!” arah Redda sambil berkemas.
“Kacang je tu!” selamba Ariz lagi.
Redda tak begitu yakin tetapi dia tetap perlu melarikan diri.
“Abu, DND tu tinggalkan! Buat 3106...” ujar Ariz melalui telefon.
Ariz meneliti laporan petangnya. Dengan lima buah bilik dijangka hanya akan beredar setelah jam enam petang dan hanya dua buah bilik kotor, Ariz mendapati pasukannya terlebih orang – lima orang Bangladeshi yang akan bekerja sehingga jam lapan malam, dua orang peralihan, tiga orang khidmat malam dan dua orang simpanan.
“Baik! Aku boleh buat!”
“Ariz! I ada meeting! Lagi dua minit supplier nak masuk sini! Meja I masih bersepah ni!” teriak Mei Ling.
“Ariz, 3510 is V4 guest... Has someone made up that room?” pelat Sunan.
“Syuhada and Zabir...” ujar Ariz.
Where’s Zurina?” tanya Sunan.
I have her to pass the balance of VCNI...” jawab Ariz.
She’s so slowly...” pelat Sunan lagi.
Ariz hanya tersengih. Di dalam pejabat bos, Mei Ling sedang berdebat dengan para pembekal. Keadaan jadi semakin serius secara tiba-tiba. Sunan yang takut menjadikan bilik 3510 sebagai alasan untuk keluar dari situ. Ariz masih terus tenang.
“Dik, why got no rooms? What are we to do now?” marah Mary yang tiba-tiba masuk.
Carol menyertainya di pejabat.
Can we go home ah?” perli Carol.
Five due-outs, you just wait on the floor first – relax...” ujar Ariz selamba.
“Okey... Thank you, Adik...” suka Mary.
“He’s a good boy, ah...” puji Carol.
Kemudian mereka bertiga bergelak ketawa. Tiba-tiba terdengar bunyi kaca pecah dari dalam pejabat. Ariz dan dua orang wanita cina tua itu terdiam. Para pembekal keluar dengan muka marah. Ariz dan Mary serta Carol bertukar ekspresi muka.
“Haiyo... Peninglah kepala!” teriak Meiling.
Mika menghadiri solat Terawih di Masjid Al-Ansar Taman Keramat hampir setiap malam. Dia juga tidak ketinggalan dalam aktiviti Tadarus sehingga lewat malam. Suaranya yang merdu dan bacaannya yang lancar membuatkan ramai yang hadir ingin menyertai kumpulan bacaannya. Setiap kali Mika tiba di rak kasut, sekumpulan gadis sunti bertelekung mengintai jejaka kacak itu sambil tersengih.
“Kalau ramai sangat, lambatlah aku balik nak tengok America’s Next Top Model...” ujar Mika sendirian.
“Sebab tu aku kata dia setakat boleh jelah kawal nafsu ni...”
“Apa?” tanya seorang pak cik di sebelahnya.
Takde apa-apa...” ujar Mika.
Pak cik itu membaca Al-Quran seperti kanak-kanak membuatkan pasukannya memandangnya sinis. Biarpun terkeliru dengan bentuk bacaan itu, Mika sangat menghargai usaha pak cik itu. Dia menjeling ahli-ahli lain. Tersedar dengan jelingan Mika, ahli-ahli lain menundukkan muka.
“Nasib baik Astro ada ulangan. Malam ni saya stayback ajar Pakcik...” ujar Mika.
“Terima kasih, nak...”
“Well, kita manusia, bukan Malaikat! Kita tak tinggal kat Kayangan, tak perfect and kita buat dosa tapi kita tak pernah lupa nak buat baik!”
“Efi, saya ada benda nak bincang dengan awak...” ujar Alfi.
Ketika itu, mereka di rumah baru sedang bersedia untuk berbuka. Kru penggambaran sedang merakam aksi pasangan realiti televisyen itu.
“Bulan Ramadhan ni bulan baik...” ujar Alfi.
Efi tiba-tiba berdebar-debar. Sesuatu yang menakutkan timbul pada wajah serius tetapi selamba putera hatina itu. Kakak dan Adik tersenyum biarpun mereka masih terlalu muda untuk faham.
“Saya nak kita bertunang!” ujar Alfi selamba.
Efi mengembangkan matanya. Alfi mengeluarkan sebentuk cincin permata. Kakak dan Adik ketawa comel. Efi tak mampu nak berkata apa-apa. Dia juga tak mampu untuk menolak Alfi lagi. Alfi mencuri tangan kanan Efi. Efi mengalirkan air mata apabila terasa kesejukan logam perak memeluk jari manisnya.

“Di hadapan jutaan penonton yang tengok live broadcast tu, Efi akhirnya setuju! Efi tak fikir apa lagi dah sebab dia sekarang dalam Kayangan.”

No comments:

Post a Comment