Tuesday, January 7, 2014

ep2 curang sebab kurang

Pop Prenz
Episod 2
Curang Sebab Kurang
Ariz baru sahaja mengeluarkan RM150 daripada ATM. Dia mengenakan pakaian kasual daripada Topman dan bersiar-siar di Suria KLCC.
“Aku ingat hari ni aku nak deposit duit ni kat ASB! Aku nak pastikan interest aku banyak tahun depan!”
            Tiba-tiba apabila dia tiba di hadapan sebuah kedai barangan Arab, dia ternampak sehelai jubah berwarna emas gelap. Ariz tak tahan melihatnya. Ariz membelek-belek jubah itu. Dia berkenan dengannya. Jurujual mendatanginya.
“Boleh saya bantu?”
“Berapa?”
After 30%?”
“Apa? 30?” terkejut Ariz.
“RM75...”
            Ariz melihat jumlah wang yang ada dalam genggamannya. Kemudian dia melihat baju itu.
“Aku rasa bulan depanlah aku ASB...”
“Kau dah tipu duit ASB kau dah tu...” perli Efi.
            Ketika itu Ariz menjawab panggilan Efi di dalam tren ke Dang Wangi. Efi pula baru selesai solat Subuh.
I know... Kau buat aku rasa macam aku curang je...” sinis Ariz.
“Aku patut suruh Alfi consult kau! Invest properly, nanti kau pokai, kau nak membebel pasal gap kitalah, level kitalah, class kitalah...”
“Alfi tidur situ ke?” keliru Ariz.
“Taklah! Dalam siri ni pun, dia boyfriend aku je so dia tidur umah dialah...”
“Kau sure ke tak nak kahwin dengan dia?”
“Nantilah aku fikir...” ujar Efi.
“Jangan sampai kena kebas...”
“Maksud?”
Handsome, kaya, pastu famoussape tak nak hijack?” usik Ariz.
Dah lah kau ni... Jaga diri baik-baik! Hari ni rusuhan kan?”
“Tak sabar aku nak tengok! Macam perarakan merdeka, kan?” sinis Ariz.
“Bodoh...” bengang Efi.
            Siang itu, Efi kerunsingan di taman sambil dirakam oleh kamera tersembunyi.
Nilah Sabtu pertama Alfi langsung tak call, langsung tak datang! Efi mula termakan cakap aku...”
            Tiba di KFC KLCC, Ariz menyedari yang duitnya cuma tinggal RM50. Ariz membuat keputusan yang paling sukar dalam hidupnya.
Nak beli ke tak Pocketful ni? Nanti dah takde lagi dah...”
Ariz melihat lagi sekali dompetnya itu dan kemudian dia membuat keputusan berani mati. Ariz keluar dari KFC itu dengan muka sombong. Nyah-nyah di situ aneh melihatnya tak jadi membeli.
“Servis lembab! Baik aku beli Hot & Roll lagi cepat!” alas Ariz.
Ternganga nyah-nyah itu mendengarnya.
“Nyah tu kekwat betul! Ingat aku nak serve dia kalau bukan sebab Mika tu gorgeous?” geram seorang nyah di kaunter.
Di dalam tren, Ariz mengunyah Hot & Roll seperti menelan makanan penjara.
Sambil masuk ke pejabat, “Sorry laa abang MC dah tiga hari dah ni baru kerja balik...”
Takpe, bang! Janji abang datang biarpun jalan tutup! Aidil, Natasha, Zafrina, Wirda, Fitri dengan Hamimah semua absent tau! Sengsara saya pagi ni...”
“Riz, abang pun sengsara, Riz! Bini abang bawak lari sebab dia kantoi abang dengan perempuan lain...” ujar Barjim kesedihan.
Tergamam Ariz mendengarnya. Keadaan gusar di serata Kuala Lumpur dengan semua jalan utama ditutup dan pemberontak mula berarak seawal jam 9 pagi. Di loker, Ariz berborak dengan Reen dan Nordin.
“Jom keluar Bersih?” ajak Ariz.
“Kalau dia ikut, aku ikut...” ujar Nordin.
            Reen terpaksa menolak.
“Orang rumah aku sorang-sorang kat umah! Aku nak baliklah...” kata Reen.
“Malam tak cukup ke?” usik Nordin.
“Tanggungjawab suami bukan waktu malam je...” ujar Reen.
“Tapi hari ni hari besar KL! Hari bersejarah tau...” maklum Ariz.
“Hari bersejarah aku pun kau tak datang, kau sibuk hari bersejarah orang lain!” geram Reen.
“Alah... Sorry! Aku kerja laa...” helah Ariz.
“Tak pergi, tak pergilah... Aku nak tanya ni – aku dah tak nampak budak tu!” celah Nordin.
“Malam tu tak keluar ke dengan dia?”
“Siapa ni?” celah Reen.
Trainee yang datang balik tu!” jawab Nordin.
“Apa nama dia?” tanya Nordin.
“Entah!” ujar Ariz.
“Tengok tu!” geram Nordin.
“Hei! Jangan salahkan aku! Aku cuma tegur sahaja – nama dia aku tak tanya!” ujar Ariz.
            Kemudian Ariz memandang kedua-dua mereka dalam kekeliruan.
“Reen maybe experienced dalam dunia drag queen satu masa dulu tapi Nordin lebih experienced dalam perkahwinan! Diorang sekarang dah terbalik! Reen curang kat hubby dia dengan bini baru, Nordin curang kat isteri dengan budak laki yang dia tak pernah tegur...”
            Dengan tertutupnya semua laluan utama dan tren awam, Ariz ke Pavilion untuk melepak dengan Suzanne GSC di La Bodega. Ketika membuat pesanan, Ariz tersentap melihat wajah pelayan itu.
Waiter ni mirip Chef Hotlist tu! – laki yang aku rasa dialah soulmate ketiga aku...”
            Sepanjang masa Suzanne membebel tentang pengalamannya di Oman dan Dubai, tumpuan Ariz hanya kepada pelayan itu yang menjaga kawasan teres itu. Mereka melepak di situ dari jam 4 petang hingga 8 malam. Ariz sentiasa mencari jalan untuk bercakap dengan pelayan itu – memesan menu yang sama berulang-ulang kali.
“Tiba-tiba aku teringat saat-saat Chef Hotlist meninggalkan hotel dulu.”
Good Luck...” ujar Chef Hotlist itu.
            Ariz tersentap. Suzanne terkejut melihat reaksi mengejut Ariz. Tiba-tiba Ariz ternampak seseorang yang dikenali melintas di hadapan kawasan lepak mereka.
Tu Janice – hostess Essence, aku couple dengan dia, dah beberapa bulan gak dah!”
            Janice, seorang gadis yang sangat cantik dengan kulit sawo matang dan berambut pendek.
“Hei! Tu Janice! Dia jalan dengan laki mana tu?” ujar Suzanne.
            Ariz terkejut mendengar Suzanne lalu dia memutuskan untuk memastikan keadaan. Ariz tersentap melihat Janice begitu mesra dengan seorang lelaki yang kacak dan tegap. Janice akhirnya menyedari kewujudan Ariz. Rasa tertangkap, Janice membawa teman lelaki barunya ke tempat lain.
Dah lewat! Jom balik!” geram Ariz.
“Alah...”
Bill please...” tinggi suara Ariz.
            Bil dibawakan oleh pelayan lain. Jumlahnya RM120. Ariz terkejut.
Takpelah, aku bayar!” ujar Suzanne.
No, half-half!” tegah Ariz.
“Aku suka perangai kau!” ujar Suzanne.
Nape?”
“Aku selalu keluar dengan orang yang tak nak bayar apa-apa – harap makan free...” jelas Suzanne.
“Bila aku fikir balik cakap Suzanne tu, aku pun keluar dengan orang camtu – Mika dengan Efi selalu dapat makan free sebab ada sponsor!”
            Ariz dan Suzanne mula bangun untuk beredar apabila pelayan yang mirip Chef Hotlist itu sampai.
Dah bayar kat budak tu, bye!” segera Ariz yang malu.
“Datang lagi!” ucap pelayan itu.
            Segan tak bertempat, Ariz dan Suzanne berjalan berpisah arah. Berjalan kaki memakai selipar merah Crocs, Ariz kesakitan akibat melecet tetapi dia menahannya. Ariz tertanya-tanya akan nasib buruknya.
Maybe Janice ada hak nak curang kat aku... Aku takde apa nak offer dia! Aku lelaki lembut and laki tu keras gila!”
            Ariz tiba-tiba teringat saat Chef Hotlist itu beredar.
Good luck...”
            Sakit kakinya yang bertambah membuatkan Ariz terjaga dari angan-angannya. Ariz berhenti berjalan sebelum menghantar SMS perpisahan kepada Janice.
“Sakit kaki aku ni tak sesakit hati aku tadi! Tapi aku lega sebab kali ni aku yang tinggalkan orang lain!”
            Tiba di KLCC, Ariz menepuk dahinya kuat.
“Gila dah aku ni agaknya!”
            Keesokannya Ariz berbincang dengan Janice di koridor loker. Muka mereka agak serius.
I’m sorry...”
Takpe!”
I...”
No reasoning please! Tapi nak tanya satu je...”
“Apa?”
“Apa yang I kurang?”
“Kurang?”
You curang sebab I kurang some features yang you desire, kan?”
            Janice tak terkata apa-apa. Ariz mengangguk tanda memahami.
“Tak perlu jawab! Bye!”
            Janice hanya mampu melihat Ariz pergi dari situ.
Sambil beredar, “Sebenarnya aku tak ready nak dengar...”
Di Shah Alam, Efi dan Alfi baru selesai penggambaran buat hari itu. Alfi ketara keletihan lalu terus baring di atas lantai ruang tamu di hadapan televisyen. Efi duduk di sebelah Alfi.
“Jom keluar makan! Laparlah...” ujar Efi.
“Penatlah...” jelas Alfi.
At least makanlah dulu...” pujuk Efi.
“Awak pergilah dengan diorang tu...” cadang Alfi.
Tapi saya nak makan dengan awak...” pujuk Efi lagi.
Sambil menarik Efi, “Baring dulu!” ajak Alfi.
            Efi yang geram terus menarik semula tangannya. Alfi tersentap dengan perilaku Efi. Kebetulan pula anak-anak Efi menangis kuat dari dalam bilik tidur Efi di atas. Efi segera bangun dan berjalan ke arah tangga.
“Mana nak pergi tu?” tanya Alfi.
“Anak awak nangis tu awak tak dengar ke?” geram Efi.
            Efi naik meninggalkan Alfi terus tersentap dan terbaring di depan televisyen itu.
“Belum kahwin lagi dah hilang romantik!” ujar Efi melalui telefon.
            Ketika itu Ariz sudah mengantuk dan berbaring di atas tilamnya di ruang tamu.
“Oh! So kau dah ready nak kahwin?” perli Ariz.
“Kalau camnilah gamaknya, tak nak aku kahwin!” sinis Efi.
Well, honey, all men memang macam tu! Bagi jelah dia rehat, bila dia energized, nanti kau dapatlah apa kau nak...” positif Ariz.
“Ahah, bila dia energized, aku dah nyenyak tidur!” geram Efi.
Nilah masalahnya orang perempuan! Y’all dah jumpa laki yang branded dalam hidup, still korang nak dia custom-made...” perli Ariz.
“Ingatkan lelaki lembut lebih memahami perempuan tapi kau ni memang laki luar dalam! Tertekan aku cakap dengan kau! Bye!” geram Efi.
            Efi memutuskan panggilan. Ariz tak tersentap sebab dia sudah tertidur saat panggilan terputus. Dengan anak-anak perempuan Alfi nyenyak tidur di sebelahnya, Efi duduk diam sambil memandang langit terang di tingkapnya. Pada waktu tengah malam Efi turun ke bawah dan Alfi pula baru pulang dari luar.
“Kata tadi penat tapi awak keluar ni?” geram Efi.
“Sebab saya dah rehat, sekarang saya okey dah!” ujar Alfi.
Sambil mengangkat tangan yang penuh dengan makanan bungkus, “Jom makan...”
            Efi memandang Alfi dengan penuh geram. Alfi masih keliru.
“Saya nak makan kat luar, saya cakap tadi, kan...” geram Efi.
“Jom...” ajak Alfi.
“Tapi awak dah beli tu?” tanya Efi.
            Alfi tak mahu terus berdialog dan hanya menarik Efi keluar. Mereka berdua makan di taman permainan taska. Suasana sangat romantik, langit terang dihiasi jutaan bintang, duduk di atas kain piknik kotak merah putih, Alfi menghidangkan makanan dan air untuk Efi.
“Tengok! Aku betul, kan? Tapi Efi takkan ngaku punya... Tapi aku ngaku yang dia betul – aku laki luar dalam!”
“Saya geram kat awak sebenarnya...” ujar Alfi tiba-tiba.
Tersedak char kuey tiow, “Awak geram? Saya yang patut geram!”
“Yalah! Saya rasa macam awak curang kat saya sebab awak asyik sibuk dengan anak-anak je...” ujar Alfi.
“Habis? Awak penat! Sayalah yang jaga – siang malam!” geram Efi.
“Tapi awak sibuk nak saya jaga awak...” perli Alfi.
            Efi tersentap.
“Efi geram sebab aku betul lagi! Tapi Alfi tak habis cakap lagi...”
“Bila awak nak jaga saya?” tanya Alfi.
            Efi minum dulu sebab dia tiada idea untuk menjawab.
“Maksud saya, bukan setakat dalam drama kita ni je – saya nak awak jaga saya for real!” tambah Alfi.
            Efi tersengih tetapi tidak berkata apa-apa sepanjang malam itu.
            Keesokannya di Mark & Spencer, keadaan amat meriah. Mika baru sahaja menerima kontrak pengiklanan peringkat Asia untuk jenama itu. Pemegang saham utama jenama itu sendiri berada di situ untuk mengucapkan tahniah. Sebagai kawan baik, Pedro mengucapkan tahniah.
“Kau memang layak, Mika!”
“Terima kasih...”
            Geram melihat kekukuhan persahabatan dua orang lelaki yang memberikan impak besar dalam hidupnya, bekas teman wanita Mika yang juga pengurus Pedro memutuskan sudah tiba masanya untuk bersemuka.
“Buat masa ni, enjoy! Sebab I akan dapatkan kontrak tu untuk Pedro nanti!”
            Mika dan Pedro keliru dengan wanita itu.
“Tatiana, rileks... Dah rezeki Mika!” ujar Pedro.
“Hei! Don’t you cheat on me – with him!” geram Tatiana.
            Tatiana pun beredar dan meninggalkan Mika serta Pedro terus kekeliruan.
Wow! Kalau aku, aku pun sentap – laki dia back up laki yang dumped dia! Tu consider curang gak tau...” ujar Ariz melalui telefon.
            Ketika itu, Ariz sedang makan di Jom Makan manakala Mika makan di Santini.
“Kalau camtu, consider kaulah yang curang kat Janice dulu sebab kau sibuk pasal Hotlist lebih daripada dia!” perli Mika.
“Hei! Ni yang aku geram cakap dengan laki yang memang laki – terlalu direct!”
“Betullah apa kau kata tu! Sebab tulah aku yang break up dulu!” ujar Ariz.
“Nak sedapkan hati kau, aku pun pernah curang...” ujar Mika.
            Ariz tergamam sebentar.
“Aku curang kat mak aku...” ujar Mika.
            Ariz tergelak besar mendengarnya.
“Aku selalu makan kat luar sekarang sebab promotion punya pasal! Balik nak kena jaga hati mak aku, aku makan lagi! Pastu aku masuk bilik air aku muntahkan balik semua...” jelas Mika.
            Ariz hampir termuntah. Dia segera hilang selera selepas itu.
“Lepas Mika buat aku hilang selera, aku join Chef Daddy lepak kat Staff Lounge!”
            Chef pastri yang sangat kacak itu duduk di atas sofa manakala Ariz di lantai dengan meja dan suratkhabar sebagai pengantara mereka.
“Chef Daddy baru je sambut harijadi dia 8 Julai hari tu – dia buat kek dia sendiri!”
“Hari tu saya bawak orang umah saya – awak tau laa, my wife gi LV...” ujar Chef Daddy.
            Ariz tercengang sebentar.
“Bukan LV tu yang shock aku tapi the fact that seorang laki yang memang laki other than Mika actually opening up about personal life kat aku! Aku...”
            Ariz pun fokus pada kisah jejaka kacak itu.
“Dia nak sling so saya tanya kat security tu – awak tau laa LV kan ada security – ada sling tak... Dia datang balik dengan satu bundle sling! My wife suka dua tapi saya bagi pilih satu je – untuk harijadi dia akan datang ni...” ujar Chef Daddy.
Sweet – hubby and wifey sama bulan birthday!” celah Ariz.
“Satu RM2,800 and satu lagi RM3,800 – my wife nak yang mahal tu tapi saya suruh dia amik yang murah tu! Dia tak nak! My wife tak tau bersyukurlah... Last last kitorang tak jadi beli! Tapi banyak je cina yang masuk tak beli apa-apa!”
“Cina – mana ada sale, kat situ ada dia! But women are easydiorang bebel yang bukan-bukan biarpun bukan benda tu yang problem tapi apa yang awak kena buat cuma dengar, pandang dia, respons dengan ahah-ye ke-kesian pastu pegang tangan dia, peluk dia – and that’s it!” sinis Ariz.
Wow! Banyaknya pengalaman...” perli Chef Daddy.
“Sugar Daddy, it’s me – Ariz! Of course – saya banyak habiskan masa dengan perempuan compare dengan laki...” sinis Ariz.
            Chef Daddy tergelak. Sambil menyelak suratkhabar dan mendengar cerita Chef Daddy, Ariz terperasan sesuatu. Chef itu terganggu oleh sesuatu yang berada di sudut dewan itu. Ariz mendapati sudut itu mempunyai sebuah sofa dengan seorang wanita terbaring dan tertidur.
“Biarpun dah ada wife and wife’s birthday coming up, Chef Daddy macam mana-mana lelaki curang mata dengan body mana-mana perempuan yang ada!”
            Kemudian ada benda lain yang terpapar dalam suratkhabar itu yang menarik perhatian Ariz.
“Walk-in Interview Grand Millenium Hotel 11-15 Julai 2011!”
            Di pejabatnya, Ariz mengaktifkan Facetime untuk berhubung secara konferens video bersama Efi dan Mika. Efi berada di depan komputer riba adiknya di bilik tidur manakala Mika sedang berlari di taman KLCC.
Good for you, mate!” ucap Mika.
“Tak sabar betul!” ujar Ariz.
“Habis, macam mana Transformers?” tanya Mika.
Tu last punya last aku akan keluar dengan kau bulan ni!” kata Ariz.
“Hei! Kau tak pernah keluar dengan aku lagi...” geram Efi.
“Bila kau carik baju kahwin nanti?” perli Ariz.
“Royal Selangor camne?” tanya Mika.
“Yang tu pun aku akan tanya - nanti...” ujar Ariz.
“Aku nak kena mandikan anak-anak! Keep me posted...” ujar Efi sebelum terputus.
“Aku dah basah ni! Aku nak mandi, bye!” ucap Mika kemudian terputus.
            Ariz tersenyum sendirian. Ariz terserempak dengan dua orang staf Sheraton yang baru masuk kerja – Jed Banquet dan Izza Pavillion Lounge – pasangan suami isteri.
“Jed dengan Ieza dah kahwin tujuh tahun tapi takde anak! Tapi diorang behave macam baru dua tiga hari je couple – mesra setiap saat diorang together! Dulu aku ingatkan diorang ni belum kahwin! Aku jealouscamne diorang avoid curang, takkan pernah rasa kurang? Jadi, aku rasa aku patut tanya!”
            Ketika itu Ariz berbual dengan Ieza di depan lif servis tingkat M.
“Apa rahsia?” soal Ariz.
Kitorang at first stres sebab always fight! Plus cuma ada kitorang dua jetakde anak! Almost filed for a divorce tau...”
No...”
Yeah! Tapi kitorang sayang and cinta and rindu!”
“Jumpa shrink tak?” soal Ariz.
“Tak!”
“Ada orang bagi advice?” soal Ariz.
Advice oranglah yang hampir jadikan I janda...”
No...”
Actually, Jed ajak I discuss what’s best and right and suit for us!”
“Apa yang you discuss tu?” soal Ariz.
“Apa yang buat I marah hari-hari and apa yang buat dia tak nak cakap hari-hari!”
“Apa dia?” soal Ariz.
I marah pasal everything bila ada satu benda je yang buat I marah! Jed diam bila dia ada problem...”
“Nampak macam easy je...”
“Bila dah tau!”
“Maksud?” soal Ariz.
“Sebelum ni I tak tau nape dia diam! I ingat dia malas nak layan I... Dia tak faham nape I bebel pasal small small matters!”
Still don’t get it!”
“Bila I bebel, I just nak attention dia, compassion dia, affection dia... Bila dia dah tau, I bebel less often and boleh cerita hal yang sebenarnya! Bila dia diam, dia nak masa, nak solve problem dia or release stres... Bila I tau, I respect dia punya line tu! Happy ending...”
I’m jealous of you two!”
Relationship ni sampai bila-bila pun kita kena belajar pasal couple kita untuk faham couple kita and terima seadanya!”
Ariz lega mengetahuinya. Di rumahnya, Ariz berdepan satu lagi masalah.
“Mak dengan Abah bergaduh tu perkara biasa tapi bila Abah asyik sibuk dengan handphone dia yang mula rosak tu pastu Mak pulak dengan TV dia yang hilang colour tu, aku rasa macam couple counselor untuk pasangan yang curang dengan barangan elektronik!”
            Walau bagaimanapun, satu kejadian aneh mencetuskan idea dalam kepala Ariz. Ariz mempunyai tiga ekor kucing; dua ekor jantan – Kiko dan Sopack, seekor kucing betina – Chomel. Setelah puas bergaduh, Kiko menang dan mula mengawan dengan Chomel. Kemudian setelah Kiko ke dapur untuk makan, Chomel curang pada Kiko bersama Sopack di depan rumah.
“Kalau kucing yang takde akal pun curang, inikan manusia...”
“Meh sini Ariz hantar handphone tu untuk repair! Sebelum puasa, kita kena beli TV baru - LCD!” tegas Ariz.
            Ariz berjaya menenangkan ibu bapanya.

“Aku admit aku memang happy aku at last dapat masuk Housekeeping tapi reputation aku damaged and future aku nak naik level lebur! Aku dah decide – aku nak walk in ke Grand Millenium esok! Aku nak curang kat Sheraton sebab aku rasa kurang...”

No comments:

Post a Comment