Pop Prenz
Episod 8
Suatu Hari Nanti
Pada suatu pagi, Ariz sedang duduk di atas sebuah bangku
kayu dan melihat orang sekelilingnya yang keriuhan di dalam studio serba putih
itu. Ada yang memperbetulkan set penggambaran, ada yang mengandam Ariz dan ada
yang sedang berbincang mengenai butiran minit akhir.
“Hari ni aku
bukan datang tengok Efi atau Mika kena interviu. Hari ni giliran aku dengan VJ
Dom kat E! News Asia!”
Hampir
setinggi dua meter dalam pakaian berjenama Armani, VJ Dom yang kacak baru
sahaja keluar daripada bilik mekap dan sedang meneliti dialognya buat kali
terakhir.
“Aku pun
mula-mula tertanya-tanya kenapa diorang nak interviu aku. Aku nervous tapi
excited!”
Ariz
tersengih dan kakinya tak berhenti bergoyang-goyang. VJ Dom bersalaman
dengannya sebelum dia juga duduk di atas bangku kayu di depan Ariz.
“1,2...” kira pengarah.
Ariz
menggenggam tangannya. Ketara, dia semakin gugup.
“3, action!”
“Welcome to E! News Asia! I’m Dom and
today I’m gonna interview the luckiest person on Earth because he happens to be
the dearest friend to Malaysia’s two world ranking celebrities!”
“Ada tak aku
bagitau yang benda ni air live kat channel 712 kat Astro?”
“Ariz, tell our multimillion viewers
across Asia, how’s it like to be the BFF to Efi, the TV reality queen, and
Mika, the world’s new number one supermodel?” tanya Dom.
Tiba-tiba
Ariz tidak faham sepatah pun yang keluar dari mulut VJ Dom. Setelah selesai
bahagian pertama, produksi memainkan montaj Mika dan Efi. Paparan klip yang
memaparkan Efi sedang menayangkan cincin tunangnya yang baru manakala Mika
dalam gambar kontroversi ketika bajunya tertanggal hari itu. Ariz menarik nafas
dalam.
“Can you comment a bit on Efi’s sudden
engagement?” tanya Dom.
“Well, eventhough I’m her best friend,
I don’t exactly know why she is always afraid of it and weddings too. But I’m
so glad she said yes to Alfi. No one could be more perfect for her.”
“Perfect? The title of their reality
is Sempurna that means perfect. But all of us are curious about her physical
perfection.” Tanya Dom lagi.
Sedikit
klip memainkan gambar penuh Efi. Kebanyakan gambar fokus pada rupa bentuk
tangan Efi. Ariz tenang kerana situasi ini terlalu lazim untuknya.
“Like Lady Gaga always sang, God makes
no mistakes! She’s perfect in every way. Most of the time, I can be less
perfect than her.”
Komen
Ariz mengejutkan VJ Dom.
“No wonder you’re best of friends. Is
their love true or is it just an act for the drama?” tanya Dom lagi.
Tayangan
gambar Efi bersama Alfi dan anak-anak disaksikan oleh Sheila Rusly dan kru
penggambaran di taska. Saluran 712 itu juga turut disaksikan oleh mak kandung
Alfi. Mak kandung Alfi menitiskan air mata kerana terharu.
“It’s up to all of you to judge, but
they’ve had known each other even before she met me. But they’re best of friends
before and the love just sparked recently.”
“Exactly before the drama went for
production?” keliru Dom.
“Exactly! It ain’t fake ‘cus he chased
her all the way to KL.”
“Like the Runaway Bride.” Gurau Dom.
Semakin
selesa dengan suasana interviu, Ariz gelak besar mengejutkan kru produksi.
“Sorry...”
“How about Mika?” tanya Dom.
Facebook
Mika dibanjiri komen peminat.
“We’re friends since seven years old.”
Sekali
lagi, video Mika yang mendedahkan tubuh tegapnya dan helaian baju yang jatuh ke
atas lantai pentas itu dimainkan.
“What do you think about his attitude?
Truth be told that he always fought with other models, the runway production
and even demanded not to reveal much of his perfect body yet he’s paid as much
as Gisele Bundchen.” Ujar Dom.
“I think he is the X factor of the
modelling world.”
“X factor?” keliru Dom.
“Sexy by not revealling at all. I mean
he is selling the attire - not his body.”
“But in the modelling world, I mean,
I’m a model too...” ujar Dom tak puas hati.
“Yeah, I know. Paid to reveal as much
as possible. And that’s why he’s more efficient at selling out whatever he had
on him while most models are selling themselves. That’s why catalogues and
runways are crazy for him.”
Geram
melihat Mika diagung-agungkan dalam saluran antarabangsa, Pedro mematikan set
televisyennya di rumah.
“And yet both of your best friends
reach their stardom in the blink of an eye. Fastfood-like celebs in less than
half a year.” Perli Dom.
“It’s normal for celebs to face
ups-and-downs. I just wish one day I can be in the same row. But I’ll always be
there for them – celebs or celebs-no-longer. As they’re always there for me and
I for them.”
“The best answers for a non-celeb
interview I’ve ever had. Thanks for dropping by, Ariz.”
Ariz
tersenyum dan kamera pun berhenti merakam.
“Ikhlas kata,
aku cuma boleh berangan yang satu hari nanti aku merasa jadi macam diorang.
Tapi satu hari nanti, kalau ditakdirkan diorang terjatuh ke tempat aku
sekarang, aku tetap kawan diorang – susah atau senang.”
Selain
interviu itu, Ariz turut terlibat dengan sebuah program lagi tetapi kali ini
bersama Sheraton atau lebih spesifik lagi, bersama Chuck Abbott – CEO Sheraton.
Ariz tidak keseorangan kerana seluruh divisyen Rooms ada bersamanya di dalam
bilik latihan jabatan Sumber Manusia. Begitu juga Chuck Abbott yang ditemani
Ong Shao Wei.
“Chuck Abbott,
lelaki paling kacak dan paling berkuasa dalam hotel ni. Hari ni, dia nak dengar
sendiri luahan hati kitorang semua.”
“So tell me...” ujar Chuck.
“Boleh cakap Melayu?” tanya Fitri.
“Boleh...” jawab Shao Wei.
“Camne dengan gaji?” tanya Fitri.
“Ya?”
“Struktur gaji patut berbeza untuk
tempoh khidmat seseorang pastu kenaikan gaji patut seragam berdasarkan itu
jugak.” Terang Fitri.
“Too Melayu, I myself don’t understand
‘cus I don’t speak Melayu that much. Can you use simple words?” malu Shao Wei.
Tergamam
seluruh ahli mesyuarat dengan kelemahan Pengarah Bahagian Sumber Manusia Rantau
Tenggara itu.
“Sementara Fitri
dengan yang lain cakap pasal hal gaji, bonus dengan OT kat Shao Wei, aku pulak
cakap pasal kedudukan aku yang tertendang kat Housekeeping kat Chuck Abbott...”
“Aku nak balik masak buka puasa...
Korang ni sambung esok jelah!” geram Yati.
“Yeah! Quit talkin’...” gurau Chuck.
Sibuk
dengan luahan hati masing-masing, semua orang teringat semula yang mereka masih
berpuasa dan masa semakin singkat. Semua bangun dan berjabat dengan Chuck
sebelum pulang.
“Yati poyo! Sebelum ni sibuk sangat
nak luah ini itulah tapi dah masuk, nak balik pulak!” geram Ariz.
Sambil mengejar Ariz, “Kau diam, Ariz!
Kau diam!” malu Yati.
Selesai
berbuka dan solat Maghrib, Ariz ke tandas. Kemudian dia terserempak seseorang
yang dikenali. Badan yang kurus dan tinggi lampai, dipandang dari belakang,
jejaka itu mengingatkan Ariz akan Chef yang kini bergelar pensyarah itu. Walau
bagaimanapun, dia sedar jejaka itu orang lain tetapi tetap dikenalinya.
“Kapten Adi!”
“Tak balik lagi?” tanya Ariz.
Jejaka
lampai itu yang sedang mengeringkan rambut perangnya dengan tuala berwarna biru
menoleh ke arah Ariz.
“Aku belum buka pun tau! Ni baru dapat
keluar....” jelas Adi.
“Nape?” pelik Ariz.
“Buzy gila Essence. Takde orang
standby...” ujar Adi.
“Ya ke? Ada group ke?” keliru Ariz.
“Tak! Walk-in semua 250 pax...” terang
Adi.
“Wow!” kagum Ariz.
Ariz
membiarkan Adi menyambung kerjanya. Di Jom Makan, Ariz melihat Adeb sedang
berbuka.
“Babe, lambat turun?” tegur Ariz.
“Ah, tulah...” ujar Adeb.
Perilaku
Adeb menunjukkan dia seperti malas mahu melayan Ariz. Jadi, Ariz pun beredar
dan menyertai Zurina mencuri tulang. Keesokannya juga Ariz berdepan situasi
sama. Ketika berbuka semeja dengan Adeb, Asmak Essence, Ewan Trainee dan
pelatih lain, Ariz tidak pasti akan sebab berubahnya perilaku jejaka muda itu.
Adeb tidak menghabiskan makanannya. Dia turun ke loker setelah membasuh tangan meninggalkan
kawan-kawan dan pinggannya yang masih penuh itu.
“Adeb tu tak reti nak clear pinggan
ke? Takkan aku yang tak makan kena kot?” perli Asmak Essence.
“Apa masalah
dia? Aku ada buat apa-apa ke?”
Keesokannya
Ariz masuk syif pagi kerana Zura cuti. Dia kelihatan terlalu mengantuk. Arill
pun masuk pejabat bersama Rohana. Ariz segera mengeluarkan tiga botol kaca air
mineral import.
“Amik kau punya air ni! Kak Yati letak
sini dah bape hari dah!” ujar Ariz.
“Simpanlah dulu. Kau ni nape? Period?”
perli Rohana.
“Aku ngantuk! Nak balik...” ujar Ariz
yang kemudian bangun.
“Handover?” tanya Arill sambil duduk.
“Ghanchi nak pencil box! Tu je...”
ujar Ariz.
“Mana nak amik?” tanya Arill.
“Tanya Tok Mat. Pastu bagitau Pak Lah
dengan Kuhan...” jelas Ariz.
Selesai bertukar
pakaian, Ariz keluar dari bilik loker. Dia terseremmpak dengan Adi yang baru
naik ke level itu.
“Tak awal ke balik?” perli Adi.
“Hah, tulah pasal!” malu Ariz.
“Stay laa dulu...” ajak Adi.
“Tak nak! Kerja elok-elok...” ujar
Ariz.
Kemudian
mereka beredar ke arah yang bertentangan.
“Sekarang aku
masih dalam proses membiasakan diri nak berkawan dengan lelaki yang takde
kaitan dengan aku sebab satu hari nanti aku tak nak kena label antisosial lagi
atau cuma ada kawan perempuan aje. So far, aku rasa aku berjaya!”
“Kalau kau kawan baik aku, top up
kredit aku, weh!” ujar Efi melalui Skype.
“Sorry, aku pokai!” ujar Ariz.
“Cis! Okeylah! Aku nak tidurkan
anak-anak aku dulu...” ujar Efi.
“Jangan lupa tidurkan laki kau
sekali...” usik Ariz.
“Takde maknanya!” geram Efi.
Kemudian
Efi memutuskan talian. Dia bangun dan bergerak ke bilik anak-anak perempuannya.
Dia melihat Alfi sedang menemani Kakak dan Adik tidur. Alfi memandang Efi.
“Jom tidur sekali!” usik Alfi.
“Gila! Baru tunang je ye... Tunggu
kahwin!” malu Efi.
Babak
malam itu menjadi topik hangat dalam semua forum agama dalam bulan Ramadhan
ini.
“Biarpun sudah bertunang, biarpun
sudah ada anak-anak tiri jadi teman, perbuatan ini masih kita kira maksiat
kerana yang dewasanya takde kaitan mahram.” Ujar Ustaz Ezy.
“Yang wanita sebenarnya bekerja
sebagai pengasuh untuk keluarga lelaki. Kebetulan pulak ada jodoh antara
mereka. Mereka bukan sebilik, malahan mereka ditemani seluruh kru penggambaran.
Jadi saya terpaksa kata yang saya tak setujulah dengan Ustaz.” Ujar Dr.
Mashitah.
“Tetapi perbuatan ini seperti
mempromosikan maksiat!” ujar Ustazah Bahyah.
“Dah alang-alang, kahwin jelah!” ujar
Dr. Fadhilah pula.
Terdapat juga komen awam yang
positif dan negatif dalam ruangan suratkhabar dan Facebook.
“Untuk clear keadaan,
Sheila Rusly yang kreatif dan inovatif itu dapat idea yang islamik!”
Produksi
mengaturkan sesi kursus perkahwinan untuk pasangan emas mereka. Setiap butiran
kursus itu disunting ke dalam semua episod yang ke udara sepanjang Ramadhan.
Sebagai tambahan, Sheila turut menyelitkan babak Alfi ke Masjid Biru setiap
malam untuk menunaikan solat Terawih dan Tadarus bersama golongan kuat agama
dan produksi Imam Muda. Terdapat juga montaj beberapa acara berbuka puasa
bersama anak-anak yatim yang dihoskan oleh Efi di serata Kuala Lumpur dan Shah
Alam.
“Satu hari
nanti, Efi akan jadi Oprah Winfrey Malaysia versi Islam...”
Di
sebuah atelier, badan Mika sedang diukur oleh Rizalman. Rizalman geram apabila
menyentuh tubuh sasa jejaka itu. Mika menjadi tak selesa tetapi hanya berdiam
diri.
“Untuk you, Mika, I akan buat baju
raya lelaki yang paling mahal, glam, tip top, vogue – kalah kebaya Cosry yang
Sheila Majid pakai tu!” lagak Rizalman.
Mika
hanya memaksa sebuah senyuman sambil bertahan diraba terus-terusan oleh pereka
fesyen itu.
“Berapa harga baju dia?” ujar seorang
VIP.
“Dato’ ni member
tadarus Mika. Dia yang baca macam anak-anak tu. Siapa nak sangka dia ni va va
voom kaya. Tuah Mika sebab ajar dia.”
“Dato’, you banyak sponsor runway I.
Untuk you, Dato’, free!” ujar Rizalman.
Mika
tergamam. Mika memandang Dato’. Dato’ hanya tersengih.
“Cepat! Dah Isyak dah ni!” arah Dato’.
Rizalman
pun menghantar mereka ke pintu keluar. Rizalman bersalaman dengan Dato’ sambil
mengucup tangan dan pipi Dato’. Rizalman kemudian tergedik-gedik apabila
berjabat dengan Mika. Di masjid, Mika tersenyum melihat pakcik yang
keanak-anakan itu bersungguh-sungguh belajar membaca Al-Quran. Dia teringat
rakan-rakan TLDM – Daniel dan Rizi serta yang lain. Kemudian dia berangan-angan.
“Satu hari
nanti, Mika terpaksa pilih kerjaya yang serius – model ke tentera?”
No comments:
Post a Comment