Pop Prenz
Episod 9
Populariti
“Sebagai
seorang yang tak popular, ada dua orang kawan yang super popular kat Asia ni
pun dah cukup nak mengeruhkan krisis populariti yang aku tengah nak deal ni...”
Seminggu sebelum Raya...
Ariz menerima banyak kuih-muih raya
daripada rakan-rakan hotel yang menjual. Ariz menyusun beliannya itu di atas
rak pejabatnya.
“Entah
apa gila aku tiba-tiba, aku invite budak-budak hotel datang open house aku.
Lebih teruk lagi, aku reactivate FB aku semata-mata nak invite budak-budak daripada
masa silam aku!”
Facebook Ariz dipenuhi komen dan
kritikan mengenai pengaktifan Facebook dan Rumah Terbukanya.
Dua minggu sebelum Raya...
“Apsal kau kata aku takde
dalam bilik 3117 tu?!!” teriak Zurina nyaring.
Ketika itu Zurina menyerang Ariz di pejabat
dengan Abdullah berada di tengah-tengah peperangan itu. Keadaan serius memaksa
Abdullah cabut lari.
“Apa masalah kau ni?” lawan
Ariz.
“Kau ni sama je dengan orang
lain! Cakap pusing-pusing!” jerit Zurina.
“Pusing apa kau ni?” keliru
Ariz.
“Semalam kau cakap aku tak
payah buat bilik! Hari ni nape kau suruh aku buat bilik?” jerit Zurina
berterusan.
“Siapa yang suruh? Aku takde!”
pertahan Ariz.
“Jangan nak menipu! Kau ada
tengok kamera yang aku tak buat kerja? Aku jumpa Abdul dalam lif! Aku masuk
sekali dengan dia!” geram Zurina.
“Kau nak aku buat apa?” perli
Ariz.
“Aku tau laa buat kerja! Kau
tak payah nak ajar-ajar aku! Dah belas-belas tahun aku kerja sini!” geram
Zurina.
“Kalau kau tau, kau buatlah!
Buat apa kau nak kecoh-kecoh sini?” perli Ariz.
“Kau ni dengan Sunan dengan
Assistant lain sama je! Bodoh!” caci Zurina.
“Hei! Yang bagi kau arahan tu
Sunan ke aku?” pertahan Ariz.
“Ah! Sama je!” bangkang
Zurina.
“Yang suruh kau masuk bilik tu
Pak Lah... Bukan aku! Kalau kau tak puas hati cakaplah dengan diorang, bukan
aku!” perli Ariz.
“Aku nak bagitau Meiling
terus!” ugut Zurina.
“Bagilah tau! Kau ingat aku
heran?” perli Ariz.
“Kau diam!” jerit Zurina.
“Kau diam!!” jerit Ariz pula.
“The
last time aku gaduh dengan orang yang lebih tua selain daripada mak abah aku,
cuma si gila suami isteri berjiran atas rumah aku tu. Kontroversi tu buat aku
popular sekejap...”
Lima tahun sebelum Raya...
Kejiranan blok B dan C hanya mampu
memerhatikan Ariz menentang perempuan tak waras yang mendiami rumah sewa no.20
itu.
“Tau-tau
lepas tu Redda accident, suami Mahani meninggal, Launderer baru gila kuasa,
Mashitah tak nak buat part time and aku?”
Tiga hari sebelum Raya...
“Aku
suspek denggi!”
Sebelum Ariz keluar daripada klinik
Adzham Setiawangsa, dia mengambil ubatnya di kaunter dan dipikat oleh seorang
lelaki yang memakai baju Melayu ungu. Lelaki yang mengenyitkan mata itu sedang
menunggu gilirannya sambil duduk menemani ibunya yang sakit berhampiran pintu
keluar. Tergamam Ariz sebentar.
“Dia pakai baju Melayu tapi
dia ngurat aku tengah-tengah nak Raya ni?”
Dua hari sebelum Raya...
“Tak!
Sebenarnya doktor tu silap! Lepas blood test, aku positif... demam campak! Aku
MC enam hari sepanjang raya. Plus, aku dapat satu hari off. Best dalam tak
best...”
Sehari sebelum Raya...
Efi membawa seluruh keluarganya
termasuk Alfi dan Kakak serta Adik beraya di selatan Thailand, kampung
halamannya. Kru produksi tak ketinggalan menyertai mereka beraya. Sebuah iklan
menunjukkan Efi melalui dramanya sedang menerima kerja baru di IJM, Petaling Jaya.
“Kena belanja aku makan balik
nanti!” perli Ariz.
“Biarpun
sedih terasa tanpa arwah Ayah beraya kat kampung, sekurang-kurangnya Efi
terubat hati dengan adanya Alfi dengan anak-anak...”
Ariz berkurung di dalam bilik Nenek
tatkala kanak-kanak berlari ke serata rumah besar itu.
“Lepas
insiden baju tertanggal tu, lepas bertadarus dengan pakcik kaya tu, Mika quit
M&S pastu ikut pakcik kaya tu buat projek Raya untuk KFC. Biarpun McD
control bulan Puasa, exposé Mika pasal pemprosesan daging tak halal McDonald
kat Thailand tolong KFC naik balik sejak Raya. Tak caya, tengok iklan waktu
hari Raya tapi jangan tengok Youtube kalau tak kuat semangat...”
Video Youtube itu menunjukkan seekor lembu
sedang dikisar hidup-hidup di dalam mesin gergasi.
“Nasib baik aku tak bawak
siapa-siapa makan McDonald’s kat sini...” ujar Efi melalui Skype.
Tersenyum mendengarnya, Ariz gembira
dapat kembali bekerja setelah seminggu dikuarantin di dalam bilik tidur Mak
sepanjang Hari Raya. Ariz juga gembira dapat bermaafan dengan rakan-rakannya
terutama yang lelaki. Ariz ternampak imbasan dia bersalaman dengan Chef itu di
Jom Makan. Apabila Ariz melepasi Jabatan Sumber Manusia, dia ternampak senarai
harijadi September.
“Klon
dengan KK besday bulan ni... Bukan aku nak sambut atau ucap macam kat Chef tu
Januari lepas, tapi aku ternampak ironinya dari segi horoskop. Selain budak
Januari atau Ogos sendiri, budak September pun senang ngam dengan aku.”
Sepanjang sebelas hingga enam tahun sebelum Raya...
Ariz teringat akan seorang lelaki
kacak dan bijak yang menjadi teman rapatnya setiap kali mereka sekelas.
“Nuar
– memang dia ni pretty boy! Perempuan yang dah kenal dia saja yang akan
ter-minat kat dia sebab dia ni boleh tahan charming... And dia akan jadi close
friend aku bila kitorang sekelas.”
Ariz membuka laci yang ketat dan berat
akibat dipenuhi buku yang termakan oleh lipas itu. Dia mengeluarkan sebuah
novel hubungan intim – Men Are From Mars, Women Are From Venus.
“Somehow,
buku ni ada banyak trick camne kita nak ngam dengan laki ataupun perempuan. And
aku akan baca sekali-sekala...”
Setahun lepas sewaktu Raya...
“Tahun
lepas cuma Chef tu lelaki yang salam raya dengan aku. Rindu aku kat dia. Tapi
tahun ni, dah cukup ramai gak yang ada bermaaf-maafan raya-raya ni! Mika, kau
patut bangga aku dah pandai kawan lelaki selain engkau...”
“Aku sekarang dah masuk TLDM
balik! Tak heran aku kalau kau ada orang lain...”
“Sedihnya! Dahlah Efi pulak
dapat kerja kat PJ tu... Aku nak buat Degree laa!” angan Ariz.
Sambil tergelak melalui telefon, Mika
berjalan bersama Rizi dan Daniel dalam uniform putih mereka ke arah markas.
Dua belas hari selepas Raya...
Ariz mengadakan rumah terbukanya.
Tidak ramai yang datang tetapi Ariz gembira kerana KK datang bersama bakal
isterinya.
“Tak sangka sampai!” suka
Ariz.
“Sorry laa.. Yang lain buzy!”
ujar KK.
“Takpe! Jom, masuk...” ujar
Ariz.
“Lepas
Chef tu, KK nilah member kitchen aku...”
“Babe, apa nama?” tanya Ariz
kepada bakal isteri KK.
“LL...”
“LL
ni cantik orangnya macam Sharifah Amani versi Kenchana Dewi. Aku lega yang KK
rasa cukup selesa dengan aku sampai boleh kenalkan aku dengan bakal isteri dia.
Diorang siap jemput aku Februari nanti. Terima kasih kat Chef tu – sebab dia
yang pertama tegur aku secara open barulah ada laki lain yang berani kawan
aku.”
Sementara KK dan LL makan, Ariz
menyapa dua orang kawannya di ruang tamu.
“Mika dengan Efi tu famous kat
German. Diorang tak datang ke?” tanya seorang Minah Salleh.
Minah Salleh itu ditemani oleh Fat
Lee, rakan Ariz sewaktu SPM.
“Tak! Diorang ada kerja...”
ujar Ariz.
“Ingat nak tangkap gambar
dengan mintak autograf...” ujar Jana.
“Fat
Lee, yang ikut Minah Salleh ni, dulu suka pakai baju T-shirt dua lapis merah
dengan hitam. Hari-hari, dia cuma terbalikkan je baju dia tu. Dia ingat aku tak
perasan. Tapi aku tak dapat nak bezakan yang topi dia pakai tu dengan bangkai.”
“Riz, kat sini ada Brand
Outlet Store tak?” tanya Fat Lee.
“Nape?” keliru Ariz.
“Saja...” selindung Fat Lee.
“Fat Lee, kau dah ada baju
baru? Dah tak pakai merah dengan hitam lagi ke? Topi busuk mana?” usik Ariz.
“Ni baju raya tahun lepas tau.
Jap lagi aku nak beli lagi kat JJ baru tu. Jana, temankan aku tau!”
“Okey...”
“Jana, belikan dia lebih
sikit...” perli Ariz.
Didatangi oleh Minah Salleh itu, Mak
dan Abah tergamam melihat Jana, rakan perempuan Ariz dari German yang berambut
emas dan fasih berbahasa Melayu.
“Makcik masak ke?” tanya Jana.
Seperti mendengar beruk bercakap dalam
Rise of the Planet of the Apes, hampir pengsan Mak dibuatnya. Abah yang panik
dan menyangka Mak kekurangan gula terus menyimbah muka Mak dengan air oren yang
dibancuhnya di dalam tong besar. Petang yang tak ramai itu menjadi kecoh oleh
insiden itu.
“Kalau
Mika ke Efi dapat datang open house aku, mesti ramai yang join! Diorang super
popular. Tapi best friend aku ni pun tak dapat datang...”
Lima malam sebelum Raya...
“Aku
ingatkan aku nak sedih tapi bila teringat yang kitorang tiga orang privately
buka puasa kat Stadium Shah Alam sempena harijadi Efi, aku sedar Tuhan ajar aku
satu benda paling penting dalam friendship kitorang.”
Biarpun terlepas pemandangan matahari
terbenam, Ariz, Mika dan Efi lebih gembira makan berkongsi dan berbahagi di
dalam gelap di kawasan tangga itu.
“Aku benci kau! Kau tau kan
aku tak suka kalau takde meja, takde sos refill!” ujar Mika.
“Jatuh laa class aku kalau
orang tau aku makan macam pengemis!” perli Efi.
Ariz hanya tersenyum lebar.
“Saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada dua orang kawan saya kerana sudi hadir malam ini berbuka puasa
bersama saya dalam gelap ni! Saya juga ingin mengucapkan Selamat Harijadi
kepada Efi – yeah!”
“Tak
mengapa kalau kita takde sama-sama waktu festivity ataupun celebration, biasa
je kalau tak jumpa atau tak contact hari-hari, sebab kita soulmate...”
Selesai makan tengah hari, Ariz masuk
ke Sleeping Bay. Terkejut dia apabila ternampak Kapten Adi sedang terbaring
kepenatan sambil melayari Facebook pada Blackberrynya. Adi memandang Ariz. Tak
terkata-kata, Ariz hanya tersengih lalu duduk di kerusi bersebelahan katil Adi.
Ariz bersandar pada dinding sambil memerhatikan Adi. Adi juga memandang Ariz.
Kedua-duanya tersenyum kemudian mereka berborak.
No comments:
Post a Comment