Tuesday, January 7, 2014

ep10 prenz porever

Pop Prenz
Episod 10
Prenz Porever
“Aku tak tahu apa aku nak rasa? Sedih ke gembira?”
            Ariz mengangkat dua helai kertas dari mesin salinan. Zura merampasnya. Apabila dia membacanya, Ariz dapat melihat riak kecewa Zura.
“Bila aku cakap aku nak berhenti hotel ni, semua tak caya...”
            Sunan dan Paklah bersemuka dengan aku di dalam pejabat bos yang kini kosong tanpa Meiling yang sudah ke Macau.
“Ada yang tanya aku dapat kerja katne...”
            Ariz melekatkan setem pada sampul surat tawarannya. Kemudian sampul itu dimasukkan ke dalam peti merah Pejabat Pos.
“Padahal sebenarnya aku dah post aku punya Degree application kat MSU!”
            Ariz menyertai Yati dan Mashitah di dalam pejabat. Seperti biasa, Yati membersihkan bilik seawal jam tujuh pagi.
“Kak, bagi saya bilik awal sikit! Saya nak kena gi HR wat clearance tengah hari nanti!” ujar Ariz.
“Aku lagi suka kalau ada orang nak cover bilik aku!” ujar Mashitah.
“Baru-baru ni Mashitah bagitau aku, dia pun rasa macam nak berhenti. Dia add, dia contract je so boleh berhenti dua puluh empat jam kalau nak. Aku tertanya-tanya, decision aku nak quit hotel ni affect siapa-siapa ke?”
            Selesai menyiapkan tiga buah bilik pada jam tujuh lima puluh pagi, Yati dan Ariz kembali ke level 31.
“Kau tak yah turun briefing laa. Kau pack trolley kau! Apa kosong je macam tu!” geram Kak Yati.
            Seorang diri, Ariz mengemaskan trolinya buat kali terakhir. Tiba-tiba E72 berdering kuat.
“Sunan suruh kau turun briefing, Riz!” telefon Mashitah.
            Seperti masa bergerak sangat perlahan, Ariz seolah-olahnya masih jauh daripada pintu bilik mesyuarat itu.
“Bila aku masuk Briefing tu, semua tercengang – terkejut – tergamam – tengok aku!”
“Sampai hati kan nak berhenti tak bagitau?” geram Natasha.
“Ariz, please bid your farewell!” ujar Sunan.
“Nampak Mahani, Zabir dengan Syuhada kat baris depan, aku teringat semalam aku lunch dengan diorang. Mahani tanya aku, aku ni notis dua puluh empat jam ke.”
“It’s been a pleasure working in Housekeeping. It’s my best experience yet. This is the best department. But sadly I’ve to go...”
“Sebenarnya baru pagi ni semua orang officially tau yang aku last day. Ada yang tak puas hati – kenapa aku nak berhenti kalau deparment ni best...”
            Kali pertama, semua orang diam dan mendengar kata-kata seseorang yang tak berkuasa dalam ringkasan.
“Mary pernah cakap, first time dia tengok aku kena tendang masuk Housekeeping daripada Front Office, dia tau aku takkan lama.”
            Carol, Mary dan Lim bersalaman dan berpelukan dengan Ariz.
“Kata-kata Efi memang boleh pakai bila dia galakkan aku berkawan secara random, network instead of focus and intimate. Aku sedar betapa ramainya kawan-kawan yang ada rasa sedih aku tiba-tiba berhenti.”
            Malu, Ariz asyik mencubit Devi. Ariz tersenyum lebar melihat Devi yang bengang.
“Dulu aku rasa down sangat bila Chef tu bagitau aku dia nak blah. Sekarang bila aku buat benda yang sama, baru aku tau yang ramalan Mika tu tepat bila dia kata orang yang tinggalkan orang lain tak rasa sedih mana pun kalau nak banding orang yang tertinggal.”
            Terimbas kembali wajah-wajah sedih orang yang menerima berita pemergian itu dari bibir Ariz sendiri. Adi, KK, Zul, Abdul, Hicmad, Mak Iti dan yang lain-lain yang pada mulanya mempersoalkan keputusan itu tetapi mendoakan yang terbaik untuk Ariz akhirnya.
“Efi dah start shooting kerja baru dia kt IJM, Mika dah berkawad balik, sekarang aku pulak!”
            Apabila Ariz melangkah keluar dari premis itu, dia tak menoleh ke belakang langsung. Sebaliknya, Ariz berjalan laju ke hadapan sambil tersenyum. Tiba-tiba ada panggilan dari Siti G.
“Hei, berhenti tak bagitau pun, kan! Teruklah dia ni! Camni ke kawan?”
            Sambil terus berjalan, Ariz tergelak besar.

“Aku banyak tengok program realiti Korea yang lama-lama recently kat office. Aku tengok camne diorang pilih budak nak jadi Big Bang. Aku tengok camne yang tak layak disingkir pastu band diorang split jadi 2AM dengan 2PM. Yang best tu style diorang macam asrama penuh, train beramai-ramai serumah macam Girl’s Generation. Lepas aku complete degree ni, aku nak buat camtu – nanti Mika dengan Efi boleh jadi penasihat! Hahaha!”

No comments:

Post a Comment