Tuesday, January 7, 2014

ep7 ketat lawan longgar

Pop Prenz
Episod 7
Ketat lwn Longgar
Pada suatu Subuh, selepas solat berjemaah bersama Alfi dan kru penggambaran, Efi tersedar sesuatu.
“Takde benda selain bertunang yang buat Efi lebih happy buat masa ni. Tapi ada benda yang buat Efi tak happy...”
            Efi terasa sakit pada jari manisnya. Dia cuba menanggalkan cincin permata itu. Walau bagaimanapun, cincin itu tak mahu meninggalkan jarinya.
“Nape, Fi?” tanya Alfi.
“Cincin ni ketat sangatlah!” geram Efi.
“Nanti kita tukar...” ujar Alfi.
            Di Tiffany’s & Co. KLCC, Efi dan Alfi sedang menanti cincin yang bersesuaian saiznya. Tiba-tiba mereka ditegur oleh seorang wanita kaya.
“Alfi...”
            Efi dan Alfi menoleh. Wanita kaya itu cantik dan tinggi dalam lingkungan 40-an.
“Buat apa sini?”
“Nak tukar cincin...” ujar Alfi.
“Nape dengan cincin?”
“Ketat...” ujar Efi.
“Cincin apa yang ketat tu?”
“Tunang...” ujar Alfi.
“Tunang? Maknya tak kata apa-apa pun...” pelik wanita itu.
“Mak tak tahu lagi.” Ujar Alfi.
            Bukan wanita itu sahaja yang terkejut, Efi rasa macam jantungnya hendak gugur bagaikan durian di dahan yang tinggi.
“Oh...”
“Awak tak bagitau Mak awak?” teriak Efi di rumah.
“Janganlah menjerit depan anak-anak...” larang Alfi.
“Okey! Tapi nape tak bagitau Mak awak?” keliru Efi.
“Awak pun tak bagitau Mak awak kan?” sinis Alfi.
“Tu lain...” ujar Efi.
“Sama je!” sinis Alfi.
“Tak yah tunanglah camni! Tak yah kahwin pun!” geram Efi.
            Ketika Efi merajuk dan cuba lari naik ke atas, Alfi sempat menahan tangan kirinya. Alfi menarik Efi lalu memeluknya dari depan. Malu, Efi bergelut untuk melepaskan diri. Kakak dan Adik tergelak melihat telatah ibu bapa mereka.
“Awak marah saya sebab kita tunang curi-curi tapi bila fikir balik, dulu saya ajak awak kahwin terang-terang pun awak tak nak...” ujar Alfi.
“Efi tak dapat nak debat apa-apa lagi dah! Satu, sebab Alfi tu betul. Dua, sebab layan gila kena peluk macam tu...”
“Kalau awak betul-betul nak buat officially, saya lagi suka! Sekarang jugak saya telefon umah saya dengan umah awak...” ujar Alfi.
“Ikut suka awaklah... Saya setuju aje.” Manja Efi.
            Dalam suatu acara pertunjukan fesyen, Mika sedang bersiap-siap di belakang tabir. Terdapat ramai lagi model lelaki kacak dan tegap berbaris di belakang Mika. Seorang mak andam sedang mengenakan wajah Mika bedak asas, seorang lagi menguruskan rambut dan seorang lagi mak andam sedang membetulkan pakaian yang disarung oleh Mika. Jelas ketara, Mika tak selesa dihimpit sebegitu.
“Ni kali pertama buat runway luar M&S, kan?” tanya seorang mak andam.
            Mika hanya mengangguk.
“Dengar kata awak refuse tayang badan ye?” usik mak andam itu.
            Mika terkejut yang mak andam itu tahu tetapi dia menjawabnya.
“Nervous tak?” tanya mak andam yang menguruskan rambut.
            Mika mengangguk lagi.
“Takpe, kitorang kan ada...” ujar mak andam itu.
            Mata Mika terus terbeliak kerana takut dengan mak andam itu. Penolong pengurus pentas mendatangi Mika. Dia kelihatan kelam-kabut.
“Mika, awak first to go! Cepat, berdiri kat starting line!” arah penolong itu.
            Penolong itu menggenggam otot keras tangan Mika lalu menariknya ke garisan permulaan. Mika bengang dilayan seperti kambing. Tiba-tiba Mika terasa sesuatu yang tak kena.
“Baju ni memang macam ni ke?” tanya Mika.
“Nape dengan baju ni?” pelik penolong.
            Baju kemeja krim lengan panjang dengan sentuhan gaya baju kelawar labuh itu begitu lembut dan juga begitu jarang sehingga badan Mika dapat dilihat dengan jelas. Mika mengenakan seluar khakis paras pinggul yang mendedahkan abdomen tegap, garis V dan pusatnya serta ia singkat atas buku lali dan berwarna putih.
“Macam nak tercabut je...” risau Mika.
“Takdelah! Okey je...” ujar penolong.
            Lagu Pitbull dan Marc Anthony yang bertajuk Rain Over Me mula berkumandang. Pengarah memberikan signal kepada penolongnya. Penolong mengangguk.
Sambil menolak Mika, “Cepat jalan!”
            Mika pun melangkah. Sebaik Mika muncul di pentas, para penonton diserang histeria. Bunyi tepukan gemuruh dan jeritan para wanita hampir menenggelamkan lagu rancak itu. Mika terus melangkah.
“Setiap orang ada first time experience untuk semua benda. Tapi Mika bukan jenis first timer...”
            Sebelum tiba di pertengahan pentas, baju yang Mika sarung itu tertanggal dan jatuh ke atas lantai pentas.
“Alamak!” gamam penolong.
Semua yang menonton tergamam. Malu yang teramat sangat, Mika sedikit pun tak panik atau melarikan diri. Sebaliknya, dia terus tersenyum dan terus melangkah. Para penonton bangun memberikan Mika tepukan gemuruh dan jeritan sokongan. Mika berjalan dengan bangga sehingga satu meter sebelum penghujung. Di hadapan ratusan kelipan cahaya putih kamera yang menangkap saat itu, Mika tahu dia telah berjaya.
“Ni first and last show aku buat kat luar M&S!” umum Ariz pada penolong.
Penolong itu malu sangat di hadapan kakitangannya. Keesokannya gambar kontroversi Mika terpampang pada muka surat depan The Star, Sin Chew Daily, Berita Harian dan Kosmo.
“Ini kawan aku ke?” keliru Rizi.
“Whoah! Seksinya!” terkejut Daniel.
Di markas TLDM, bukan mereka berdua sahaja yang membaca suratkhabar, malahan bos besar Mika sendiri.
“Cuti empat bulan semata-mata nak jadi supermodel?” perli bos.
Pada pertunjukan fesyen M&S sempena Tahun Baru, Mika sekali lagi menjadi model pertama yang berjalan. Kali ini, pakaiannya kekal pada badannya tetapi Mika membuat kejutan dengan melemparkan topi yang dipakainya apabila dia tiba di hujung pentas.
“Mak ai! Kawan aku ni seksinya!” ujar Ariz.
Pada suatu pagi buta, sambil membaca The Star, Ariz masuk ke Linen untuk mengambil uniformnya. Che Su merupakan petugas Linen pagi itu.
“Supermodel tu kawan kau? Betul ke?” perli Che Su.
“Best friend ya...” lagak Ariz.
“Handsome eh...” puji Che Su.
“Aku tak kawan dengan orang yang tak!” gurau Ariz.
Mereka tergelak besar. Setelah memberikan beberapa orang staf uniform mereka, Che Su masih belum menjumpai unform Ariz. Tiba-tiba satu wajah yang dikenali muncul di tirai.
“Kapten Adi...”
            Kapten yang kacak itu membuatkan Ariz rasa seperti halimunan. Ariz cuba memikirkan cara untuk berinteraksi dengan pemuda itu.
“Kak, ada yang kecik lagi tak? Yang ni besar sangatlah...” ujar Adi.
“Tak cukup ketat ke?”
            Che Su mengambil semula baju itu dan mencarikan Adi yang lebih kecil. Ariz masih tak menjumpai ayat yang sesuai dan Adi masih menghiraukan kewujudannya. Beberapa saat kemudian, Che Su mendatanginya dengan baju yang lebih kecil. Adi mengambilnya dan beredar.
“Daripada tadi aku kat sini, dia buat derk jer...”
            Geram dan hampa, Ariz berputus asa. Walau bagaimanapun, Adi muncul semula. Ariz merasakan peluang masih belum terlepas.
“Kak, ada lagi yang kecik daripada ni?” tanya Adi.
“Yang tu punya kecik pun longgar lagi ke?” keliru Che Su.
“Badan slim sangat...” celah Ariz tersengih.
Tulah, tak cukup makan...” ujar Adi malu-malu.
“Hah! Berjaya!”
            Ariz dengan Che Su tergelak besar.
Ke terlebih kerja?” usik Che Su.
            Ariz mengenakan uniform yang ekstra besar itu. Biarpun dia gemuk, baju itu jauh lebih longgar dan merimaskan dirinya. Ariz tetap berjalan dengan gembira. Walau bagaimanapun, muka Ariz kembali ketat sewaktu terserempak dengan Adi di Jom Makan. Biarpun berselisih, Adi tidak nampak kewujudan Ariz.
Dah jadi balik... Dia sombong balik!”
“Apa yang kau nak kat dia?” perli Mika.
            Ketika itu, mereka berdua sedang membazir duit di Zara KLCC. Ariz berada dalam kekeliruan untuk mencari penerangan kepada persoalan ringkas itu.
“Nak kawan! Nak kawan dengan orang yang baru kerja!” jelas Ariz.
“Betul bukan sebab lain?” usik Mika.
            Mika pelik melihat reaksi Ariz yang seperti di atas pentas teater itu.
“Betapa senangnya nak kawan dengan perempuan tapi susah sangat nak kawan dengan lelaki – biarpun aku lelaki...” ujar Ariz.
            Walaupun tak begitu logik, Mika masih mampu untuk memahami. Tiba-tiba Ariz berubah riak. Mika pelik melihat Ariz seperti kerasukan setelah melihat sesuatu.
“Ah, cantiknya kasut tu!” teriak Ariz.
            Semua orang di dalam Zara memerhatikan mereka berdua. Mika menutup mukanya kerana malu. Ariz memeluk sepasang kasut baldu coklat yang merupakan pasangan terakhir untuk siri itu.
“Kalau aku duduk lama lagi dalam Zara, buku cek aku boleh jadi cek tendang!” ujar Mika.
            Mereka berdua keluar dengan tangan dipenuhi beg plastik hitam Zara. Biarpun memegang resit ATM yang tertera baki RM50, Ariz tetap gembira.
“Aku happy sebab Mika temankan aku kosongkan ATM aku kat Zara... Kasut ni bermakna sangat!”
            Ketika di hotel, Ariz mendengar beberapa siri berita tak baik ketika melepak dengan kumpulan yang berlainan.
“Lepas Siti H dengan Khairil berhenti, sekarang Farah pulak!” ujar Fadil.
“Hari tu dia kata nak transfer Housekeeping...” aneh Ariz.
“Entah!” ujar Fadil.
“Kurang dah sorang awek nak lepak...” ujar Zaki.
            Ketika itu, Ariz dan geng kejuruteraan melepak di Staff Lounge. Kemudian, ketika dia beratur mengambil makanan bersama dengan geng operator di Jom Makan, Suzanne membuka cerita.
“Hanim dah berhenti! Dia sekarang kerja kat Istana Hotel...” ujar Suzanne.
“Oh!” ujar Ariz.
“Sebenarnya aku tak tahu aku sebenarnya happy ke sedih dengar dia berhenti. Tapi aku tak tanya pun kenapa... Maybe memang aku dah tak kisah dah agaknya.”
            Kisah terakhir hari itu didengari Ariz semasa bersiap untuk pulang di bilik loker. Di lorong sebelah Sara sedang bergosip bersama geng Bellman.
“Shakti dah berhenti!” ujar Sara.
“Takkanlah! Nape?” keliru Ariz bertambah.
“Main duit!” ujar Sara.
Nape sekarang baru kantoi?” keliru Ariz.
What do you mean?”
“Front Desk dah lama main duit. Vijay yang ganti Leeonis tu dah lama detect kes ni tapi diorang kan let go je. Nape sekarang diorang kantoikan pulak? Ada yang tak kena ni!” ujar Ariz.
“Sejak Union masuk, HR macam dah longgar sikit kalau kira gaji. Poin memang masyuk tapi Management makin agresif nak kenakan staf! Sekarang diorang dah tak kisah kalau staf itu favourite ke tak, semua akan dikorbankan kalau nak selamatkan jawatan sendiri!”
            Ariz semakin risau dengan situasi ketat-longgar ini. Dia segera berbincang dengan rakan-rakannya ketika berbuka.
“Akak dah lama dah Che Ku nak hantar cross-exposure ke Room tapi diorang buat fitnah kata Akak ke Room sebab Zaineyy kena tendang masuk Laundry.” Ujar Natrah.
“Zaineyy dikatakan kantoi tidur kat floor, kat Staff Lounge, datang lambat and gaduh dengan staf lain. So Ong Shao Wei, HR Regional, campak dia kat Laundry.”
Terkejut, “Hari tu kata takde apa-apa nak buat tapi nape campak-campak pulak ni?”
“Akak cakap kau terus-terang, adik Akak buat hal tu dia punya pasallah! Tapi kalau diorang nak main-main dengan Akak, diorang belum kenal siapa Natrah lagi!” ujar Natrah.
“Jangan tahan-tahan, kak! Kenakan je!” hasut Ariz.
Tergelak Natrah dengan telatah Ariz itu.
“Akak bukannya apa, Riz! Auntie Lim tu bodoh!”
“Mana pulak datang Auntie Lim ni?” keliru Ariz.
“Takdelah... Hari tu Akak inform Zura bilik 2524 tu bau babi! Zura kata nanti dia hantar blower dengan ironizer...” ujar Narah.
“Pastu? Apa kena mengena dengan Lim?” keliru Ariz.
“Si bodoh tu kenalah hantar benda tu! Pastu dia datang membebel-bebel kata Akak ni demand dengan mengada-ngada!” ujar Natrah.
“Dia tu kan tak pernahnya ada masa nak buat apa-apa...” sinis Ariz.
            Ariz dan Nordin bergosip di bilik loker.
My pren kat Bellman tu dah tak ngam dengan saya laa... Apa patut saya buat?” tanya Nordin.
Your pren tu memanglah jantan tipikal – kejap okey kejap period...” ujar Ariz.
“Nordin, macam biasa, minat kat terlalu banyak jantan kat Sheraton. Reen dengan aku dah lama suspect yang Nordin ni dah masuk tahap stalker...”
“Betul cakap awak...” ujar Nordin.
“Apa yang saya cakap?” keliru Ariz.
“Jangan terlalu layan sangat laki ni... Biar dia!” geram Nordin.
            Syamsul Kejuruteraan membuka pintu lokernya. Kedudukan lokernya dan loker Ariz hanya terpisah oleh sebatang tiang besar.
“Bang, petang ke?” sibuk Ariz.
Nordin bengang kerana Ariz menghiraukannya setelah datangnya jejaka kacak itu.
“Nampaknya macam tulah...” jawab Syamsul.
Syamsul mengenakan uniform merah terangnya itu. Nordin memerhatikan jejaka itu.
“Alah, dia tak nak tanggal ke baju dalam dia tu?!” geram Nordin.
Ariz tersengih melihat Nordin.
“Abang ada berapa orang anak?” sibuk Ariz lagi.
“Mana adalah!” ujar Syamsul malu.
“Oh, takde...!” suka Ariz.
Nordin ternganga melihat skil Ariz yang lancar itu. Syamsul pun berjalan pergi. Tatkala Ariz tersenyum bangga yang ada juga nasihatnya diterima pakai oleh Nordin, Nordin memulakan hidupnya dengan drastik.
“Cari jantan baru!” cita Nordin.
            Hampir pengsan Ariz mendengar alternatif Nordin itu. Di luar hotel, Ariz dan Reen yang sedang melepak tergelak besar.
“Nordin, tak berubah!” ujar Reen.
            Tiba-tiba seorang pelatih baru melepasi pandangan mereka.
“Pancing dah bergoyang...” ujar Reen.
“Mana?” cari Ariz.
Pelatih lelaki itu mempunyai rupa yang biasa dan berkulit hitam manis.
“Biasa je...” ujar Ariz.
“Tengok betul-betul...” nasihat Reen.
Kelebihan jejaka itu ialah dia mempunyai tubuh yang digilai semua wanita dan homoseksual – tegap dan berpunggung bulat. Tambahan pula dia sangat bergaya.
“Pak Lah selalu pesan, bulan puasa syaitan kena ikat tapi nafsu manusia tak!”
Biarpun Ariz tak rasa apa-apa tetapi Reen seperti merindui kehidupan silamnya. Kemudian ketika tiba di pintu Jom Makan, Ariz terserempak dengan Kapten Adi. Dia kelihatan segak dalam baju Melayu kelabu yang direka khas untuk bulan Ramadhan itu. Mereka berbalas senyuman.
“Kerja petang ke?” tanya Ariz.
“Taklah... Malamlah!” sinis Adi.
Ariz tersengih sebelum masuk ke dalam kafeteria. Di sebuah sesi penggambaran majalah Vogue versi Jepun, beraksi di depan sebuah kamera yang berkelipan, Mika menunjukkan bakat semulajadinya.
“Tak! Tak cukup ketat! Tukar baju lain!” arah jurugambar.
“Ah, okey!” setuju Mika.
Baju lengan panjang yang lembut dan mengikut bentuk badan itu mempamerkan bentuk otot Mika.
“Tak cukup bagus! Boleh tanggal tak baju tu?” tanya jurugambar.
Hampir tergamam dengan permintaan jurugambar itu, jauh sekali untuk Mika bersetuju bergambar separa bogel. Jadi Mika memutuskan untuk berjalan keluar dari set itu. Seluruh kru penggambaran terkejut.
“Nak gi mana tu?”
“Ketatlah! Longgarlah! Nak aku jual baju ke badan?” geram Mika.
Jurugambar tak terkata apa-apa. Mereka hanya mampu melihat Mika berjalan keluar sambil tersenyum.

“Sekarang, bukan setakat runway je Mika takkan buat luar M&S, photo shoot pun dia takkan buat luar M&S! Dari sini, Mika terpaksa putuskan sama ada lepas raya nanti dia nak balik ke TLDM ke atau terus modelling...”

No comments:

Post a Comment