Tuesday, January 7, 2014

ep1 Jurang

Pop Prenz
Episod 1
Jurang
Tersebut sebuah kisah seorang lelaki yang masa depannya tak menentu. Lelaki tersebut berpakaian kasual keluar dari sebuah rumah flat usang.
“Aku Ariz! 24 tahun!”
            Ariz berjalan ke arah jalan raya dalam cahaya terik matahari tengah hari. Dia mengenakan cermin mata hitam.
“1 Julai 2011, lepas setahun lebih aku kerja kat Sheraton, aku tak naik-naik pangkat! Dulu aku kerja Receptionist dengan basic RM521! Bila aku transfer ke Housekeeping setahun kemudian, diorang kata aku kena start dari bawah – basic RM300! Aku kena tipu!”
            Beberapa buah teksi melepasinya tetapi Ariz hanya menghiraukan mereka. Ada sebuah teksi yang membunyikan hon dan Ariz pula melebarkan kedua-dua belah tangannya.
“Apa kau nak, hah?”
            Teksi itu meneruskan perjalanannya. Ariz sangat bengang. Ariz menahan bas RapidKL U21.
“Dulu aku drive Honda Accord! Sekarang nak bayar teksi pun tak mampu – aku cuma boleh top up kad Rabbit ni je...”
            Setelah mesin menerima kad Ariz, dia pun masuk dan duduk di salah sebuah kerusi panjang menghadap tepi.
“Mak aku tak sabar-sabar nak beli TV LCD RM1,800! Aku takde duit nak bagi! Bapak aku pulak terlalu banyak duit sampai hari-hari shopping kat Valentino! Tu pun kontrak dia nak habis hujung tahun ni...”
Bas itu berhenti di hadapan stesen LRT Dang Wangi. Ariz pun turun bersama beberapa orang penumpang.
“Hidup dalam dunia kapitalis ni, bukan persaingan yang jadi masalah, tapi faktor ekonomi berat sebelah! Bentuk ekonomi sekarang ni mengkayakan orang yang terlebih mewah pastu memufliskan orang yang fakir miskin!”
Bengang, Ariz berjalan pantas menyeberangi jambatan di sebelah stesen itu. Dia sakit hati melihat orang yang berjalan berdekatan berpakaian formal ke sana ke mari manakala dia hanya kasual.
“And so I have these friends...”
Di dua buah tempat yang berbeza, dua orang insan hidup dalam kemasyhuran – seorang lelaki dan seorang perempuan.
“Hai semua! Saya, Efi...”
Di bawah payung gergasi, Efi sedang duduk di atas kerusi kayu sementara seorang artis pondan mengenakannya mekap dalam cuaca terik. Efi mempunyai fizikal yang unik – kaki yang panjang dan bilangan jari yang unik. Efi juga gemar menendang orang apabila dia naik angin dan hal itu bermakna bahawa Efi gemar naik angin.
“Hari ni saya start shooting reality TV series – Sempurna!”
Semua tertanya-tanya akan makna sebenar penggambaran itu. Sepatutnya siri televisyen realiti dirakam secara spontan dan bukannya bersedia dengan mekap dan pakaian mewah. Artis itu memakaikan Efi kasut platform merah jambu Jimmy Choo dan blaus Topshop tiga warna - hitam, putih dan merah jambu. Gaya yang dikenakan itu terkenal di Jepun sebagai Gothic.
“Efi memang kawan baik aku! Tapi aku memang tak dapat terima hakikat orang yang kerja taska sekelip mata je jadi selebriti terkenal! Tapi sebab dia overconfident – tak macam aku – dia sesuai jadi selebriti!”
Di sebuah tempat lain pula...
“Ah! – Mika...”
Kekok, Mika – tak seperti Efi – kurang selesa dihurung orang ramai. Ketaranya, Mika diminati kerana rupa kacaknya, badan tegapnya dan suara merdunya. Ketika itu, dia duduk sendirian di meja panjang memberikan tanda tangan pada album dan baju yang dikeluarkan oleh Mark & Spencer. Mika, seperti kebanyakan selebriti lelaki ketika majlis pelancaran, memakai sut formal Mark & Spencer berwarna hitam. Suasana gamat dengan peminat yang menjerit kerasukan.
“Aku benci promotion! Aku nak keluar...”
Melihat Mika melarikan diri daripada majlis itu, semua peminat mengejarnya sambil menjerit. Melihat sambutan hangat itu, para pemegang saham mendapat idea jahat – tangkap gambar Mika dalam pakaian Mark & Spencer dikejar oleh puluhan peminat yang memegang album dan poster albumnya untuk dijadikan pameran televisyen di semua outlet Mark & Spencer Asia. Terkenal serata Asia, Mika cuma akan menjadikan aktiviti melarikan diri daripada pelancaran sebagai marathon pelancaran yang menguntungkan banyak pihak.
Ketika bertukar uniform di loker...
“Ajaibnya, dua orang kawan baik aku tu jadi selebriti sekelip mata je! Aku mestilah nak tau kan apa rahsia diorang...”
Sambil bermain dengan beberapa orang anak kecil di taman taska, Efi sedang dirakam oleh krew.
Well, camni ceritanya... Aku  baru baik dengan Alfi balik hujung bulan lepas. Kitorang break up sebab aku tak ready lagi nak settle down! Hari yang Ariz dapat offer promotion ke Coordinator dengan basic kecik RM350 tu, ada producer ni datang CIMB mintak Alfi consult! Pastu producer tu ternampak gambar aku mandikan anak-anak Alfi kat screensaver Alfi kat office! Terus dia offer Alfi dengan aku.... Camtulah!”
Masih berlari laju sambil dikejar fanatik di sekitar KLCC, Mika sempat menjelaskan situasi.
“Aku tengah buat part time sales promoter kat M&S KLCC waktu owner dari Abu Dhabi datang! Aku tengah tolong dia bawak barang-barang letak kat kereta tiba-tiba ada orang nak rompak kitorang! Sebab aku ni TLDM, aku K.O-kan empat-empat perompak tu! Nak balas budi punya pasal, owner jadikan aku ikon M&S Asia... Merana lagi ada laa...”
Stres dengan kerja di pejabat, Ariz semakin geram apabila memikirkan nasibnya yang sangat berlawanan dengan dua orang yang paling penting dalam hidupnya itu.
“Mak Abah kaya, sedara mara kaya raya, sekarang best friend pulak kaya raya famous gila! Stres aku...”
Razak A, seorang Room Attendant, masuk syif petang hari itu. Mashitah, rakan Coordinator Ariz, membuka gosip hangat dengan Razak A mengenai isu harta pusaka.
“Kau laki, sebab tu dapat sikit!”
“Alah, sebab tu je ke?”
“Hei! RM10 juta duit Malaysia sikit ke?”
Yelah, kak! Aku bersyukur jelah...”
Tercuri dengar perbualan itu, Ariz tersentap. Stresnya makin bertambah. Dia tak dapat fokus pada kerjanya lagi.
“Razak A ni tahun lepas naik level jadi drag queen no.1 kat BB lepas Kak Reen bersara and berkahwin dengan perempuan! Clientele Reen semua dia kebas! Tahun lepas je dia tutup duit haram dia RM1 juta. Minggu lepas couple dengan billionaire Monaco, sekarang Nenek kat Singapore, owner Marina Bay Sands, meninggal bagi dia RM10 juta... Stres aku!”
Selama beberapa minggu Ariz menyepikan diri dalam tekanan. Telefon bimbit E72 diaktifkan dalam mod senyap supaya semua panggilan tak didengarinya. Dia tertekan setiap kali melihat paparan skrin tertera nama Efi ataupun Mika.
“Aku tak berani nak bagitau Mak Abah yang aku dah diturunkan pangkat dengan gaji buat selama-lamanya! Diorang dah sibuk nak TV LCD...”
Prihatin, Mika datang menyerbu rumah Ariz pagi itu. Ariz ternganga melihat Mika memakai pakaian jenama Zara dari atas ke bawah.
“Jom keluar!”
Di Cream & Fudge KLCC, mereka berdua makan aiskrim coklat. Ariz masih berdiam diri manakala Mika masih tertanya-tanya.
“Apa hal kau ni?”
“Stres...” jelas Ariz.
“Sebab?”
Sambil meletakkan sudunya, “Jurang...”
“Maksud?”
Best friend aku rich & famous under 25, aku demoted under 25, and Mak Abah nak TV LCD...”
Hilang sedikit selera, “Oh...”
“Apa aku nak buat, Mika? Apa aku tanya ni? Aku sepatutnya dah independent dah umur ni...”
“Riz, manusia pelan, Tuhan jalankan! Kau ada pelan?”
Mendengar perlian Mika, Ariz kini menyedari, sepanjang hidupnya dia tak mempunyai pelan.
“Aku baru sedar yang aku selama ni ikut je apa Tuhan bagi...”
So, kau sebenarnya takde apa nak complain...”
Mendengar kata-kata tak bertapis Mika, Ariz tersentap dalam cara yang positif.
“Hei, daripada kau sibuk dok berangan tu, baik kau pelan, pastu kau makan aiskrim mahal tu!” tegur Mika.
Mendengar Mika, Ariz tersedar sesuatu yang lebih dramatik.
“Aku pokailah! Camne aku nak bayar?”
“Aku belanja...”
Ariz tersentuh.
“Kau tak pernah bagi aku belanja kau, kau nak belanja aku pulak?”
Tulah gunanya ada best friend rich & famous under 25!” perli Mika.
Kemudian mereka berdua tergelak besar sambil diperhatikan orang sekeliling.
Suatu malam, ketika di dalam tren, Ariz dan Tito Public Attendant bertemu dengan Mas Linen.
FYI – Mas ni berhenti kerja lepas bercerai tahun lepas pastu couple dengan billionaire Itali. Diorang sepatutnya kahwin hujung tahun ni.”
Selepas mencium pipi Tito dan Ariz, mereka berkongsi cerita. Ariz sempat melihat pakaian wanita cantik itu. Berpasangkan beg Prada dan Jimmy Choo, Mas mengenakan spageti dan skirt mini berwarna hitam berjenama Versace.
“Bukan ke orang tu kata nak berhenti?” perli Mas kepada Ariz.
“Bukan ke orang tu nak kahwin?” usik Ariz.
“Akak ada masalah dengan laki ni...” jelas Mas.
“Tak merasalah aku billion dollar wedding?” perli Ariz.
“Tak, tapi Akak confirm dapat kontrak tu hujung tahun ni!” lagak Mas.
Great! Janda, takkan kahwin lagi tapi makin kaya... Aku – stres!”
Kebetulan pula tren itu tiba di Jelatek, ngam-ngam Ariz cuba untuk melarikan dirinya yang kecewa kemiskinan berdepan janda berhias itu.
“Aku beli spender Dolce tadi! Sekarang aku tertanya-tanya bape je balance aku...”
Ketika itu, Ariz sedang menahan teksi apabila dia menerima panggilan daripada Efi.
“Helo?”
Ariz hampir tak dapat mendengar suara Efi kerana suasananya kedengaran sebegitu riuh.
“Helo, aku buat parti Jumaat ni! Aku nak kau datang!”
What?!” terkejut Ariz mendengarnya.
Malam itu, Efi baru sahaja selesai merakamkan babak pengenalan yang disunting pada permulaan setiap episod. Krew penggambaran sedang bergembira makan lewat malam di taska dengan pengasuh-pengasuh lain lebih gembira melayan mereka.
“Parti yang Efi nak buat ni parti pelancaran drama realiti Sempurna! Aku tak tau aku patut pergi ke tak? Aku stres!”
Ariz memakai pakaian terbaiknya pagi itu untuk ke KLCC. Mak hanya diam, tetapi hanya untuk seketika.
“Kenapa asyik nak ke KLCC je ni?” bebel Mak.
Ariz diam dan hanya terus melangkah keluar.
“Sebenarnya KLCC buat aku rasa macam aku masih mampu lagi nak merasa hidup kaya! KLCC ada semua brand – baju ke makanan ke...”
Duit Ariz di CiMB KLCC semakin mengering tetapi Ariz tabahkan hatinya untuk berbelanja.
“Sekarang mega sale kat mana-mana! Mika mesti ada kat sini buat promosi...”
Ariz masuk ke Mark & Spender dan mendapati Ariz ke hulu ke hilir diikuti peminatnya. Mika mendatanginya. Ariz terpaksa senyum supaya Mika tak menyedari masalahnya.
“Tak awal ke keluar gi KLCC?” sapa Mika.
“Nak jumpa kawan...”
Katne?”
“Santini...”
Mika tiba-tiba geram.
“Jomlah...” usik Ariz.
“Kau tau sekarang buzy, kau lagi nak gi sana takde aku, kan?”
Seorang lelaki tegap mendatangi mereka berdua.
“Ooh, Riz! Ni, Pedro...” perkenal Mika.
“Hai!”
Seorang jejaka tampan yang sangat tegap berdiri di sebelah kawan Ariz yang kacak dan sasa. Ariz mula keliru dengan nalurinya.
“Hai...” gedik Ariz.
“Riz, kawan kau sampai kol bape?”
“Ah, sekaranglah! Bye...”
Ariz segera keluar dari situ.
“Kawan aku, Wirda, nak join aku breakfast kat KLCC. So aku pick Santini – outdoor dengan fountainview!”
“Ariz!!”
“Wirda...”
“Jom, aku dah reserve...”
Sweet!”
Mereka makan dua potong kek, sepinggan besar piza dan dua gelas jus segar.
“Tengok tempat ni! Amazing...” teruja Wirda.
“Aku tak tau nak kata apa! Sekeliling kitorang penuh dengan mat salleh! Kedai ni cikai je kat diorang!”
“Bil?”
Seorang lelaki kacak membawakan Ariz bil berjumlah RM80.15.
“Geramnya aku! Sekarang duit aku tinggal RM0.35!”
“Ariz?”
Ariz mendongak dan melihat Pedro datang ke restoran Itali itu bersama beberapa orang model perempuan.
“Mahalnya!” ujar Mika.
Ketika itu, Ariz yang selesai bersarapan di Santini, kembali ke Mark & Spencer untuk berjumpa Mika.
“Apa maksud kau? Semua kawan model kau makan sana!”
Kitorang makan free!”
“Maksud?”
Sponsored!”
Capitalism! Mengkayakan orang yang dah super kaya dan memufliskan orang fakir miskin!”
“Apa?”
“Tak! Takde apa-apa...”
Free tak esok?” tanya Mika.
Sok dengan Jumaat aku cuti straight!”
Great! Aku nak tukar syif dengan Pedro so kita boleh gi Transformers dengan C&F....”
Ariz sempat melihat dompetnya yang kekeringan itu. Biarpun dia sedar dia menuju kemuflisan jika dia bersetuju, Ariz tabahkan hatinya.
“Okey!”
“Aku benganglah dengan HR ni! Aku nak berhenti!”
Ketika itu Ariz bersama Mashitah di pejabat. Mashitah mendengar dengan teliti.
“Betul, kau patut cari kerja baru! Tapi,...”
“Tapi – aku benci dengar tapi keluar daripada mulut orang yang negatif pastu dia rasa orang keliling dia yang negatif!”
“...stay dulu! Cukupkan experience kat sini, biar senang kau naik kat tempat lain!”
Ariz menipiskan matanya kerana masih tak tertipu dengan kata-kata positif wanita tua itu.
“Sekurang-kurangnya biar akak lepas cuti sebulan akak bulan September ni!”
Ariz tersenyum sendirian. Dia tahu dia tepat.
“Pedro!” panggil Mika.
Ketika itu di Mark & Spencer, Pedro sedang berbincang dengan pasukan pengurusan. Pedro segera mendatangi Mika.
“Tukar syif esok?” tanya Mika.
“Esok? Sorry...”
Nape? Tapi, nape?” kecewa Mika.
Diorang nak aku jadi spokesperson esok! So aku kena syif pagi...”
What? Aku ingat aku spokesperson esok?” keliru Mika.
Mencelah, “Well, bukan ke awak tak suka publisiti?”
Mika dan Pedro memandang seorang wanita yang menghampiri mereka. Mika semakin keliru.
You need a manager, honey!” kata wanita itu.
Mika tercengang.
“Pedro, let’s go!” ajak wanita itu.
Kini Mika ditinggalkan di situ kekeliruan.
Ex engkau tu jadi manager Pedro?”
Ketika itu Mika dan Ariz berhubung melalui telefon. Ariz di pejabatnya dan Mika masih di Mark & Spencer.
“Sekarang kita kena reincheck Transformers Isnin nantilah...”
“Aku macam tak caya! Tak pernah ada orang reject kau sebelum ni...”
“Kau ingat Celcom girl?”
First ex kau tu?”
“Dia first reject aku...”
The first-first synthesis... So maksudnya cuma ex je ke yang boleh ex kau?” perli Ariz.
Obvious laa...”
“Maksudnya sekarang Pedro tu dah jadi supermodel laa?”
Yeah! Aku pulak Next Top Model...” sinis Mika.
Ariz tergelak besar.
“Biarpun sama-sama model, tak sangka ada gap antara top model dengan supermodel...” ujar Ariz.
“Bukan Gap, M&S...” sinis Mika.
“Serius ni... Aku ingatkan aku dengan kau je ada gap!”
What gap?” tanya Mika.
“Aku – miskin and tak berkerjaya, kau – kaya and berkerjaya! Aku tak tau nape kau kawan dengan aku...”
“Kau lupa agaknya...” ujar Mika.
“Apa?” keliru Ariz.
“Sebelum ni, kedudukan kau jauh lebih atas daripada aku dengan Efi!”
“Mika, sebelum ni pun, aku masih orang bawahan! Cuma basic aku lebih RM221 je... And aku kuat membazir! Aku tak pernah kaya, tak pernah kat atas!” jelas Ariz.
“Kau ni negatif! Aku dengan Efi baru je nak masuk level kau yang sekarang ni...” ujar Mika.
Kemudian Ariz terfikir sesuatu yang mendalam tentang kata-kata Mika.
Maybe Mika betul!”
Lega mendapat kata-kata semangat Mika, biarpun tak berduit, Ariz balik rumah berjalan kaki dengan hati tenang malam itu.
Khamis itu, hari cuti Ariz, mengganggu fikirannya sangat-sangat.
“Aku amik cuti dua hari sebab – esok parti Efi so hari ni aku kena carik baju!”
“Beli laa M&S!” ujar Mika.
Ketika itu mereka bertemu di depan pintu masuk Mark & Spencer. Rakan-rakan sekerja Mika mengintai mereka berdua.
“Aku tengah pokailah... Tapi kalau tak pokai pun aku nak Topman ataupun Zara!”
Mika menahan gelak mendengarnya.
“Jom KFC!” ajak Mika.
Di KFC KLCC yang senantiasa sesak, Ariz mendapati dirinya menerima layanan istimewa. Mereka berdua hanya duduk menanti makanan datang dan dihidang.
“Sejak dulu lagi, Mika ni VIP customer kat sini! KFC sini dah macam gayclub – penuh pondan yang gila kat Mika!”
Setelah lama berborak, Ariz sedar yang makanan masih belum tiba.
“Lambatnya hari ni KFC sampai! Laparlah...”
Mendengar rungutan Ariz, barulah Mika tersedar sesuatu – perhatian semua pondan tertumpu pada sesuatu selain daripada dirinya. Ariz dan Mika mendatangi kaunter. Mereka tercengang mendapati bekas teman wanita Mika yang kedua mempromosikan model yang dinaunginya – Pedro.
“Ada tak aku bagitau kau aku bengang dengan Pedro sebab tak nak tukar syif?” ujar Mika.
“Hei, saham kau dah jatuh!” perli Ariz.
“Sekarang kau takleh laa nak bezakan aku dengan kau lagi...” sinis Mika.
Ariz memandang Mika dengan rupa keliru.
“Aku dah rasa cukup teruk jadi low-class citizen, ni cara kau nak samakan level kita?” ujar Ariz.
Takpelah... Kalau modelling tak menjadi, aku still ada TLDM!”
Ariz balik ke rumah Nenek dengan baju barunya jenama Gap selepas diskaun 50%. Mak saudaranya, Bik Ema memberikan dua helai kain yang berlainan warna. Kain ela itu jauh lebih cantik daripada kain contoh.
Nak tempah baju raya lagi ke?”
“Bukan Bik punya, tapi makcik kau Bik Enda... Kain ni menantu dia, Nadia, beli kat Itali!”
“Itali? Untuk raya?” cemburu Ariz.
Pulang ke rumah tersekat dalam kesesakan jalanraya di depan Tasik Datuk Keramat, Ariz geram melihat perbezaan kuasa kewangan yang berlaku antara baju Gap dan kain Itali itu.
Hari Jumaat pun tiba dan Ariz pun bertolak ke parti Efi petang itu. Apabila Ariz tiba di hadapan taska itu, dia mendapati kediaman itu begitu sesak dan riuh. Terdapat beberapa orang ahli perniagaan ternama, artis, krew produksi dan jiran.
“Ramai gila orang! Tak tau ah aku nak masuk ke tak? Aku pakai Calvin Klein ni...”
Efi dan Alfi keluar menyambut tetamu dengan penuh gaya. Mereka berdua kelihatan romantik – dan kaya. Melihat kenaikan kelas sosial Efi yang mendadak itu, Ariz patah semangat tiba-tiba dan beredar dari situ.
“Tak datang? Why?” tanya Efi.
“Aku ada hal tiba-tiba...”
Waktu itu Ariz menjawab panggilan sambil makan ABC Spesial di Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam - sendirian. Setelah beberapa sudu, Ariz terasa aneh yang ABC itu tak lagi semanis dulu. Pada saat itu, Ariz teringat kenangan malam-malam kolejnya bersama budak Resak dan rakan sekelas makan ABC di situ. Ariz meletakkan sudu itu dan membayar minuman lalu segera beredar.

“Dulu aku topeducationally dalam kelas, purchasing power kat Resak, populariti kat MSU! Aku tak kisah kalau Mika dengan Efi atas daripada aku... Sebab Britney Spears pun pernah jatuh, and now she can Hold It Against Me!”

No comments:

Post a Comment