Pop Prenz
Episod 3
Kesempatan Ialah Peluang
Setiap
kali Ariz keluar ke restoran mewah bersama Mika ataupun Efi, dia gembira dia
tidak perlu beratur panjang dan yang paling penting, lokasi terbaik.
“Nilah untungnya ada pop prenz! Makan kat Chilli’s
kat tepi tingkap... Plus, 50% diskaun!”
Sambil mengunyah burger, “Aku rasa
buat masa ni aku tak nak ada girlfriend...” ujar Mika.
Ariz
hampir tercekik.
“Jangan cakap kuat-kuat! Nanti ada gak yang bunuh diri sebab frust dengan statement kau tu!” perli
Ariz.
“Bukannya apa... Aku takde masa nak jatuh cinta – sibuk kerjalah!” jelas Mika.
Ariz
meletakkan set sudu dan garfunya di atas pinggan besar itu.
“Tapi kau ada dua orang perempuan yang
gila kat kau kat M&S...” ujar Ariz.
“Lagilah aku takde masa...” sinis Mika.
“Aku takde masa nak jatuh
cinta sebab sibuk carik kerja!
Lagipun jatuh cinta tu kerja
perempuan.” sinis Ariz.
“Habis tu, apa kerja lelaki?” tanya Mika.
Untuk
mengelakkan tersalah sebut, Ariz minum dulu.
“Kau betul ke tanya ni?” perli Ariz.
“Entahlah... Aku pun tak tau nape aku bukak cite ni!” ujar Mika.
“Siapa best friend kau sekarang kat
M&S?” tanya Ariz.
“Dulu Pedro, sekarang Harry...” ujar
Mika.
Ariz
tersembur minumannya. Mika terkejut. Ariz segera mengelap mulutnya dengan tisu.
“Kau tak terangsang ke kawan dengan dia tu?” pelik Ariz.
“Tak, langsung!” ujar Mika.
“Kau sure kau tak mati pucuk?” perli Ariz.
“Bodoh!” ujar Mika.
“Kalau aku lelaki, kawan pulak dengan dia, aku terangsang!” ujar
Ariz.
“Ariz, sekarang pun kau lelaki...” perli
Mika.
“Kau rasa bila kau nak jatuh cinta?” usik Ariz.
“Entahlah! Sekarang ni aku selesa gila dengan Harry sampai
aku tak fikir benda lain pun! Dia tu
best, funny! Aku sukalah!” ujar Mika.
“Then,
apa yang buat kau rasa kau takkan jatuh cinta esok?” sinis Ariz.
Mika
tertanya-tanya juga.
Satu sahaja yang membuatkan Ariz stres
apabila bersama dengan Efi – kamera video di sekeliling mereka membuat rakaman
spontan untuk disunting pada tengah malam nanti di Universal Studio Singapura.
“Aku ingatkan kita makan
berdua je?”
“Bayangkan jelah yang diorang ni
tak wujud...” ujar Efi.
“Aku malulah orang lain
pandang kita!” ujar Ariz.
“Lepas kita jadi popular
nanti, kau bukan malu, tapi kembang buntut lagi adalah!” perli Efi.
“Tapi aku susah nak mengumpat secara tak langsung...”
sinis Ariz.
Telefon bimbit Efi bergetar. Tertera
pada skrin nama Alfi.
“Alfi call... Kejap eh!” ujar
Efi.
“Jangan bagitau aku – dia jealous ke
kau makan dengan aku?” sinis Ariz.
“Nape, Al?” tanya Efi.
“Saya balik lambat tau! Anak-anak kita dengan siapa?” tanya
Alfi.
Ketika itu, Alfi sedang menyiapkan
pembentangannya yang berkaitan dengan MyDin.
“Ima dengan Erin jaga...”
jelas Efi.
“Lama lagi awak kat luar?” tanya Alfi.
“Lama...” jawab Efi.
“Nanti saya habis kerja, saya amik!” ujar Alfi.
“Nanti call jelah!” ujar Efi.
“Hah! Nape?” sibuk Ariz.
“Kau kena teman aku sampai
Alfi habis kerja!” arah Efi.
“What? Dia habis kol bape?
Sekarang pun dah kol 11 malam tau...” aneh Ariz.
“Kol 2 ke kol 3 pagi ke?” ujar Efi.
“Tak kena tangkap basah ke waktu tu?” sinis Ariz.
“Laa... Kita bukan berdua! Kru kita ni kan ada...” perli Efi.
Mereka tergelak besar. Pengarah
memaksa mereka mengulang babak itu berkali-kali.
“Aku bawak pendrive gi mana-mana! Dalam pendrive ni ada resumé!”
Ariz
membuat satu salinan dan menyelitkannya pada mukasurat terakhir buku log
pejabatnya. Apabila Mashitah datang kerja, Ariz memutuskan untuk berbincang.
“Kak, hari ni saya ada interviu!”
“Interviu apa?”
“Grand Millenium...”
Mashitah
tak berkata apa-apa.
“Kalau saya dapat kerja awal, saya
terpaksa batalkan janji saya kat
akak...”
“Janji?” aneh Mashitah.
“Akak kan habis kontrak bulan ni...
Cuti bulan Ogos! Kalau saya dapat awal, saya blah tau...”
“Nape?
Diorang tak layan ke gaji yang kau mintak tu?”
“Tak! Aku geram dengan HR!”
“Nape?”
“Tadi aku jumpa Pei Ching kat luar...”
Pagi
tadi, Ariz terserempak dengan Pei Ching yang sedang merokok selepas membeli air
sirap limau di Aisyah.
“How’s
your new job?” tanya Pei Ching.
“It’s
my old job...” ujar Ariz.
“Yah
– before it was temporary, now you’re permanent!” perli Pei Ching sambil
menekan rokoknya pada tong sampah.
Tergamam
Ariz mendengarnya.
“Pei Ching, kau
amiklah banyak mana pun kesempatan yang kau nak kat aku! Sebab ni akan jadi
peluang aku!”
“Bravo, Ariz! Bravo...” ujar Mashitah.
Ariz
terasa seperti bercakap dengan gadis muda yang terperangkap di dalam badan
seorang ibu saudara tua.
“Ariz! Mashitah! Kejar bilik, kejar!”
jerit Mei Ling sebaik masuk.
Kelam
kabut pejabat dibuat Mei Ling. Setelah selesai kerja, Ariz segera bertolak ke
Hotel Grand Millenium Bukit Bintang yang terletak betul-betul di sebelah
Pavillion. Ariz mengenakan pakaian formalnya – baju kemeja pic, seluar hitam,
tali pinggang kulit, kasut perang dan tali leher biru. Ariz panik lalu berlari
sebaik pintu trem terbuka.
“Aku dah terlambat ni! Nak ikat Hermes ni kat leher pun tiba-tiba macam nak terbunuh diri! Ada orang dalam
Monorail tadi kata shirt aku ni pink! Aku tak pakai pink, aku benci pink! Belt Kenneth Cole ni pulak terlalu pendek tak sampai nak pasang kat perut boroi pokai aku ni!
Loafers Bonia ni macam kuning taik! Aku
dah merepek dah...”
“Woi! Dah dapat ke?” tanya Mika
melalui telefon.
Mika
sedang minum petang di Luna Bar Traders Hotel KLCC bersama rakan-rakan
modelnya. Sementara kebanyakan mereka minum alkohol seperti champagne, scotch, martini dan bir, Mika
makan produk pastri dan minum coklat panas.
“Sabarlah! Aku belum masuk pun
lagi...” jawab Ariz.
“Good...”
Mencelah, “Mika, jangan kau berani wish aku!”
“Luck!
Kau jangan nak bajet terkenang kisah
lama laa... Kitorang nak main futsal malam ni!”
ujar Mika.
“Kurang asam! Meroyan aku teringat kat Chef Hotlist wish aku Good Luck
dulu... Dua team futsal yang semuanya
model? Kalau aku gi tengok, confirm aku sorang je penonton lelaki...”
“Kau nyanyilah Goyang Inul...”
“Oh, cukuplah dua orang kawan aku
popular! Aku tak pandai nak jadi
popular ni...” perli Ariz.
“Aku geram sebab Harry team merah, aku team kuning!” ujar Mika.
“Seksi tak dia?” usik Ariz.
Mika
memandang Harry. Jersi merah berkilat dan ketat, seluar yang sangat pendek,
paha putih gebu dan tak berbulu, Harry nampak seksi pada Mika. Mika memutuskan
untuk tak menjawab soalan Ariz itu.
“Hei, aku jadi goalkeeper!” ujar Mika.
“Mesti kau menyesal kau dah kurus...” perli Ariz.
“Nape pulak?” pelik Mika.
“Kalau dulu gemuk, bola tu tak muat
nak bolos!” perli Ariz.
Tergelak
besar Ariz ketika mengisi sehelai borang kosong di depan kerani Sumber Manusia.
Ariz memutuskan panggilan sebaik menerima isyarat masuk daripada Pengarah yang
hanya menjenguk melalui tingkap kaca pejabatnya.
“Panjangnya nama penuh ni! Nak
panggil apa?” tanya wanita itu.
“Ariz...”
“Ariz! Kenapa daripada FO awak amik Housekeeping and sekarang awak nak Sales?”
Ariz
mula membuat riak sedihnya. Wanita itu terkejut. Ariz memulakan drama mingguannya.
“Kisah sedih pasal
Pei Ching and Mei Ling menyempat kat aku, aku jadikan peluang nak dapatkan kerja kat tempat lain! Aku tak tau
laa trick aku ni berkesan ke tak tapi aku lega aku pernah masuk Softskills kat MSU dulu... Reverse-psychology
aku paling tinggi!”
Sementara
itu, Mika berborak dengan Harry di tepi kolam mandi. Tatiana berdiri bersama
Pedro di bar manakala Pukifa duduk dengan model-model lain di sofa panjang.
Mika perasan yang kedua-dua orang wanita itu sedang memerhatikan dirinya dengan
Harry.
“Aku rasa diorang jealous laa...” ujar Mika.
“Kat
aku? Takkanlah...” pelik Harry.
“Kau kan jambu...” perli Mika.
“Aku jambu ke weh?” tanya Harry.
“Kalau kau pakai bikini, aku pun nak tackle kau!” perli Mika lagi.
“Kau jangan cabar! Aku pakai sekarang gak...” gurau Harry.
“Aku tunggu!” gurau Mika.
Wanita itu begitu simpati dengan kisah
Ariz. Ariz dan wanita itu bersalaman. Ketika itulah Ariz tersedar sesuatu.
“Kasut Manolo Blahnik! Good taste...” puji Ariz.
Wanita
itu tersenyum. Kasut tingginya berwarna hitam dan diperbuat daripada kulit.
“Beli kat Manhattan...” ujar wanita itu.
Tersenyum,
Ariz berjalan kaki dalam pakaian mahalnya di bawah matahari jingga ke tren
KLCC.
“Dalam kes aku,
kesempatan ialah peluang! And aku dah dapat peluang aku...”
Malam
itu, selepas berjaya menahan sebarang bola dari pasukan berjersi merah daripada
bolos ke dalam gol jagaannya, Mika dan rakan-rakannya dari Mark & Spencer
sedang berehat separuh masa daripada permainan futsal di Sports Planet, Ampang.
Dalam jersi kuning, Mika sedang bergurau dengan Harry yang berjersi merah di
bangku panjang. Harry suka memegang puting Mika yang tajam itu. Malu dan geram,
Mika membalas. Walau bagaimanapun, apabila tangan Mika mendarat pada dada kanan
Harry, dia kejang. Harry menarik badannya dalam rasa penuh malu.
“Dalam kes Mika,
amik kesempatan kat dada Harry, dia dapat peluang untuk tau yang Harry
sebenarnya perempuan... – nama penuh sebenar Nurul Harryana! Tak pernah
terdetik pun dalam kepala Mika tu, muka yang jambu, kulitnya yang putih gebu
dengan saiz badan yang pendek and kecik tu, milik seorang perempuan.”
Mika
melihat tangannya yang telah meraba tadi itu kemudian memandang Harry terus ke
mata. Selepas itu, Mika berpura-pura masih tak mengetahui apa-apa dan mengubah
topik kejadian.
“Apsal
semua orang main beria-ria sangat ni?”
tanya Mika.
Juga berpura-pura seperti tiada
apa-apa yang berlaku, “Kau tak tau ke?”
pelik Harry.
“Tak...” ujar Mika.
“Team
yang menang akan dapat bonus, gol terbanyak dapat kontrak Autograf M&S
Fall-Winter Collection 2011...” jelas Harry.
“Patutlah diorang beria-ia nak aku
jadi goalkeeper...” ujar Mika.
Mika
benar-benar tak percaya yang rakan-rakannya sanggup merahsiakan hal seperti ini
daripadanya.
“Bila Mika sedar
yang kawan-kawan dia amik kesempatan kat dia camtu, Mika tak macam aku yang cepat melatah, Mika nampak situasi ni satu peluang untuk dia!”
Biarpun Mika cuma seorang penjaga gol
di ruang berjaring itu, Mika pernah menjadi ketua pasukan bola sepak di padang
besar sekolah menengahnya. Selepas berjaya menahan bola daripada bolos, Mika
menendang kuat bola itu sehingga masuk ke dalam jaring gol lawan. Jaringannya
dikira oleh pengadil dan yang paling penting, semua orang termasuk pemilik
cawangan KLCC melihat jaringan tunggal perlawanan malam itu. Biarpun tak
percaya skim penipuan mereka memakan diri, pasukan kuning tetap menyambut
kemenangan yang dibawa oleh Mika. Mika mendatangi Harry yang berdiri di tepi
kumpulan yang bersorakan. Mika dan Harry memandang satu sama lain. Kemudian
Mika memeluk Hary dan mengangkat tubuh kecil gadis keras itu. Harry mula-mula
terkejut tetapi kemudian tersenyum dan memeluk Mika di bahagian kepala.
“Malam
tu, kuning dan merah jadi oren, Mika
jatuh cinta and owner confirmed Mika
untuk kontrak RM1 juta untuk promosi hujung tahun nanti... Aku? Stres!”
Keesokannya, Jabatan Sumber Manusia Sheraton
memanggil Ariz.
“Ya, Ziha?”
“Berdiri sini...” arah Ziha dengan lembut.
Ariz
bersandar pada pintu berwarna putih milik pejabat lama Pei Ching.
“Okey...” setuju Ariz.
“Senyum...” arah Ziha lagi dengan nada
yang lebih lembut.
Seorang
gadis kacukan Inggeris yang begitu cantik menyuruhnya untuk senyum, Ariz tak
mampu untuk menolak. Ziha mengambil gambar Ariz menggunakan kamera Canon yang
terbaru. Satu percikan cahaya menyilaukan mata Ariz. Selesai mengambil dua kali
gambar Ariz, Ziha mengucapkan terima kasih.
“Nanti! Gambar ni untuk apa?” tanya Ariz.
“Poster...” manja Ziha.
“Poster apa?” aneh Ariz.
“Promotion...”
jelas Ziha manja.
“Promotion
apa?” pelik Ariz.
“Coordinator...”
jawab Ziha manja.
“Ah, Ziha! Saya tak sign promotion tu!” ujar Ariz.
“Tak?” aneh Ziha lembut.
Semakin
sukar untuk Ariz memberikan kepastian kepada gadis manja yang membuatkan
sesiapa sahaja berfikir dua kali.
“Tak!” tegas Ariz.
“Nape?”
kecewa Ziha manja.
Sambil memandang tempat lain, “Gaji kecik, kerja susah...”
“Oh! Nanti I check dengan Pei Ching...” ujar Ziha manja.
Sambil menghalang, “I dah cakap dengan dia semalam...”
“Takpe...”
tegah Ziha.
Mengalah, “Okey!” setuju Ariz.
Ariz pun
kembali ke pejabatnya kekeliruan. Ketika bertukar pakaian untuk pulang, Ariz
perasan seorang Chef yang mirip Chef Hotlist sedang mengenakan baju putihnya.
“Chef Klon!”
Chef itu tak berseluar biarpun dikelilingi ramai lelaki
di kiri dan kanannya. Ariz sedar yang Nordin tak berkelip mata melihat kemaluan
budak itu.
“Dah nampak, tak baik pulak kalau tak tegur...”
Ariz
mendatangi Chef Klon.
“Orang ni bukan dah berhenti ke?”
Chef
Klon memandangnya sambil tersengih sikit.
“Taklah...”
Ariz pun
beredar. Tiba di tangga, dia ditahan oleh Nordin.
“Nordin – dia
minat kat semua lelaki yang cute, handsome, macho, tough, sexy and hot
kat Sheraton ni – termasuklah
Chef Hotlist dengan Klon! Hotlist dah
berhenti, sekarang dia fokus kat Klon.
Dia selalu berangan nak bawak Klon gi makan dengan hantar balik...”
“Apa dia kata tadi?”
“Taklah...”
“Tu
je?”
“Tu
je... Aku tak tanya apa-apa sebab ramai sangat tadi!”
“Kau nampak apa aku nampak?”
“Kalau semua laki dalam loker kita camtu,
aku nak tukar kat fitting room Linen jelah...”
ujar Ariz.
Nordin
membuatkan riak sakit hatinya. Ariz tergelak saja.
“Besar, kan?” galak Nordin.
“Ada yang besar lagi...” ujar Ariz.
“Dia muda lagi ya... Ada masa lagi nak membesar...” sinis Nordin.
Sambil
menuruni anak tangga, mereka berdua tergelak besar.
“Sebab Klon okey
dengan aku, Nordin nak menyempat!
Tapi fikir-fikir balik, maybe ni
peluang aku nak dapatkan soulmate ketiga tu!”
Ariz dihubungi oleh Mei Ling. Ariz
menemui bosnya itu di pejabat.
“Camne
dengan HR?” tanya Mei Ling.
“Tak
amik!”
“Tapi saya still akan letak you kat Desk
sampai saya dapat replacement tau...”
“Okey...”
“Baik kau
dapatkan cepat sebelum aku dapat kerja lain...”
Mula-mula
Ariz bengang tetapi kemudian dia tersengih sambil berjalan ke arah LRT Dang
Wangi. Dia dihubungi oleh Sheraton.
“Kau lupa ke?” tanya Kate.
“Lupa apa?”
Ariz
mula mengimbas kembali tengah hari tadi.
“Shit! Aku dah janji nak keluar dengan
Nanthini dengan Suzanne gi Times Square!” lupa Ariz.
“Lain kalilah
aku ganti kat diorang! Sekarang aku takde mood...”
Ariz
dihubungi oleh Efi.
“Kau cuti tak esok?”
Ketika itu
Efi sedang menyiapkan anak-anak asuhannya. Pada jam 5, berduyun-duyun tibanya para
ibu bapa mengambil anak-anak pulang.
“Jumaatlah...” jawab Ariz.
Ariz
sedang menghidupkan enjin kereta di garaj tepi sungai rumah nenek.
“Tak shooting ke hari ni?”
perli Ariz.
“Tak! Hari ni dah habis...” jelas Efi.
“Camne
korang shoot ni? Takde masa tetap
ke? Sekejap pagi, petang, malam...”
pelik Ariz.
“Ada... Hari-hari ada! Jadual tu Assistant Director yang manage... Janji 50 jam seminggu!” jelas
Efi.
“Bukan ke lapan darab tujuh 56 jam
seminggu?” aneh Ariz.
“Lagi enam jam tu editing kat Universal Studios kat Singapore...” jelas Efi.
“Universal Studios? Aku kerja 5-star hotel dengan gaji 3-star restoran...” sinis Ariz.
“Aku rimas sebenarnya bila mana-mana
aku gi ada kamera! Orang pelik tengok
aku...” sinis Efi.
“Hei! Kalau takde kamera pun, orang still
nak tengok kau, okey! Aku ni hah takde...” geram Ariz.
“Bodoh! Hei... Aku ada interviu kat PJ laa esok! Aku takutlah...” jelas Efi.
“Kerja apa? Company apa?” minat Ariz.
“Clerk
kat IJM...”
“IJM? Bagus tu! Kau patut pergi!”
galak Ariz.
“Problem
– aku tak pandai jalan PJ!” jelas Efi.
“Nanti aku Google untuk kau! Dia tepi
Federal je – seberang Armada Hotel,
dekat umah Anne...” ujar Ariz.
“Hei! Aku baru gi interviu semalam...” ujar Ariz teruja.
“Ye
ke? Kerja apa?” teruja Efi.
“Hotel Grand Millenium! Aku rasa Wan
Emo kat situ, kan?”
“Entah...” ujar Efi.
“Sorry
aku tak dapat teman kau esok... Alfi takleh
ke?”
“Dia tak dapat cuti sebab esok dia ada
klien besar – MyDin...”
“MyDin klien besar dia?” terkejut
Ariz.
“MyDin dengan kerajaan joint-venture bukak Kedai Rakyat
1Malaysia...”
“Oh! Swasta dengan kerajaan – harap
dia dapatlah apa dia nak dapat tu!”
“Aku pun tak faham apa sebenarnya dia
buat dengan klien dia... Okeylah, Alfi dah
balik, aku nak keluar ni! Wish
me Good... Ah, aku rasa yang tu
kau takleh nak wish,kan...” sinis Efi.
Ariz
tersengih apabila memutuskan panggilan Efi. Malam itu, Alfi membawa Efi dan
anak-anak perempuannya serta keseluruhan kru penggambaran ke sebuah kedai
makanan laut di Tasik Shah Alam. Kamera mengelilingi meja mereka. Penataan
cahaya begitu sempurna dan batang mikrofon yang sepanjang galah itu menarik
perhatian anak-anak Alfi.
“Nape
tiba-tiba makan sini, Al?” tanya Efi.
“Nak
celebrate saya dapat komisyen besar bulan ni!” jelas Alfi.
“Oh...”
“Abah, kakak nak air...” ujar anak sulung Alfi.
“Nah, sayang!” ujar Alfi sambil
memegang gelas itu.
“Biarpun tumpang
happy lakinya makin kaya daripada
kawan baiknya mahupun dirinya sendiri, Efi still
terkilan esok dia pergi interviu sorang-sorang...”
Tiba-tiba
Alfi meletakkan sekeping sampul surat di hadapan Efi yang sedang mengunyah
potongan daging ikan layar stim itu. Efi tertanya-tanya akan isinya. Alfi
menggunakan bibirnya yang seksi untuk menyuruh Efi membuka sampul itu. Efi pun
membukanya. Ternganga, Efi sedang memegang dua keping tiket konsert.
“MTV World Stage?”
“Yup!
Diorang akan buat kat I-city 24 haribulan ni 6.30 petang! Kita gi dua je...” ujar Alfi.
“Betul ke ni?” aneh Efi.
“Ada Neon Trees, 30 Seconds To Mars,
Pop Shuvit dengan apa group Korea
entah...” ujar Alfi.
“Fabulous!”
teruja Efi.
“Well,
memandangkan esok saya tak dapat teman awak interviu, awak kena teman saya gi konsert!”
“Cis, pandai eh!” geram Efi.
“Dalam kes Efi,
ke-tidak-sempat-an Alfi nak hantar Efi interviu ialah peluang berkonsert untuk
mereka berdua tanpa sebarang kamera video realiti!”
No comments:
Post a Comment