Tuesday, January 7, 2014

ep4 kita yang lain

Pop Prenz
Episod 4
Kita Yang Lain
Suatu hari hujan yang lebat, Ariz dan Mak sedang melawat Nenek yang sakit di No.33, Lorong Keramat 19, Datuk Keramat.
“Manis sangat...” ujar Nenek sambil meletakkan bahulu yang sudah dimakan separuh itu.
“Dulu dia suka semua benda ekstra manis. Bila Nenek sakit, macam Mak gak, diorang jadi lain! Maksud aku, diorang ni ekstra garang daripada manusia biasa. So, bila diorang sakit, diorang jadi sangat suci...”
            Nenek hanya terbaring diam sepanjang petang dan hanya membiarkan orang di sekelilingnya layan diri. Tiba-tiba Abah menghubungi Ariz.
“Balik cepat! Abah takleh bawak basikal kalau lebat camni...” teriak Abah di rumah.
“Mak! Abah panggil balik!”
“Okey, jom!”
            Nenek seperti tak dapat menerima hakikat yang mereka berdua perlu balik.
“Eh, nanti! Hujan lebat! Petir! Duduk dulu...” arah Nenek.
            Ariz menghidupkan enjin kereta.
“Neneknya! Abahnya nak kerja takleh – hujan lebat!” jelas Mak.
“Alah, cepatnya! Nantilah...” sedih Nenek.
“Nenek! Balik dulu...” ucap Ariz.
            Ariz memandu pergi meninggalkan Nenek keseorangan di rumah. Nenek begitu sedih. Setibanya di rumahnya, Ariz mendapati sebuah van ambulans menghalang jalan. Ariz mengundurkan keretanya. Tiba-tiba dia terdengar bunyi hon dan keretanya bergegar. Ariz sedar yang dia telah melanggar sebuah teksi. Melihat kejadian itu, Abah dan Ariz mendepani pemandu itu di sebuah garaj awam berhampiran. Pemandu itu keluar dan mula memekak. Ketara, pintunya telah bengkok. Abah yang terlambat untuk kerja mula mengamuk.
“Abah ni selalunya rendah diri, sentiasa mengiyakan kata-kata orang lain dan baik dengan orang ramai! Tapi bila dia dah tersepit, Abah menggigit!”
“Alah! Bengkok sikit je pun nak kecoh ke?! Nah, RM50! Gi hantar teksi curik kau gi ketuk! Bukan teksi kau, kan?! Jangan nak banyak cakap! Kalau tak, aku panggil anak buah aku – orang besar dalam PDRM!” marah Abah.
            Ariz tercengang. Pemandu itu ketakutan.
“Riz! Cepat! Abah dah lambat dah ni! Ada-ada aje kau ni!” marah Abah.
            Ariz segera masuk ke dalam kereta Accord itu.
Sambil menjerut kolar baju putih pemandu itu, “Ingat!” ugut Abah.
            Kebasahan dan ketakutan, pemandu itu menggigil di dalam genggaman Abah.
“Lain kali bawak teksi sendiri kalau nak aku bayar lebih!”
            Setelah Abah masuk ke dalam kereta, Ariz memandu pergi. Pemandu itu menarik nafas dalam. Di Shah Alam, yang juga hujan lebat, Efi berlari mengikuti Alfi dari belakang. Mereka berhenti di hadapan sebuah rumah teres lot tepi yang kosong.
“Alfi! Hujan ni! Dah laa awak tak bawak payung!” marah Efi.
“Efi, jom masuk!” ajak Alfi.
Sambil mengikut Alfi, “Hei, nanti! Rumah siapa ni?” tanya Efi.
            Alfi menghidupkan lampu rumah. Efi terkejut melihat saiz ruang tamunya dan suasananya yang putih terang. Alfi memegang tangan kanan Efi.
Welcome home, sayang!” ucap Alfi.
            Terkejut, Efi ternganga dalam kegembiraan.
What? Kejap! Ada kamera tak ni?” sinis Efi sambil mencari-cari.
            Alfi tergelak kemudian memeluk Efi dari belakang.
Takde! Kita dua je... Ni rumah kita!”
“Alfi...” suka Efi.
Mereka berdua bermalam di situ secara berasingan. Selesai Isyak, Efi meninjau keseluruhan rumah barunya. Dengan perabot sedia ada di dalam setiap ruang, Efi memegang pipinya untuk memastikan dia tak bermimpi. Efi membuka pintu bilik utama untuk meninjau keadaan Alfi. Alfi yang baru selesai mandi hanya bertuala.
“Al!”
“Efi tak pernah tengok Alfi tanpa baju sebelum ni. Kebanyakan masa Alfi handsome pakai kemeja atau seksi dalam T-shirt. Tapi tanpa baju, Alfi memang hot!”
            Alfi terkejut yang Efi berada di depan pintu melihat tubuhnya. Efi tak tahan melihat satu garisan halus yang bermula dari pusat turun ke bawah abdomen Alfi. Alfi menutup dadanya dengan kedua-dua belah tangannya.
“Apa awak buat ni? Saya tak pakai bajulah!” panik Alfi.
            Efi pelik yang Alfi malu-malu.
“Efi pernah kenal Alfi yang sangat nakal waktu zaman sekolah dulu. Efi pernah kenal Alfi si suami and ayah yang mithali. Tapi Efi tak pernah jumpa Alfi yang pemalu ni!”
“Al, kita dua orang je dalam rumah ni!” ujar Efi.
“Itulah... Kita kan tak kahwin lagi! Tunggulah kat luar!” malu Alfi.
“Saya tak pernah tahu yang awak pemalu...” perli Efi.
“Sayang, tolonglah...” malu Alfi.
            Efi pun beredar. Selesai memakai baju, Alfi mendatangi Efi yang menantinya di ruang tamu.
“Cantik, kan rumah ni...?” bangga Alfi.
“Sangat! Saya macam tak percaya awak jumpa rumah kat area Platinum gak! Tak yah saya jalan jauh-jauh gi kerja...” ujar Efi.
“Tapi kalau awak dapat IJM, saya kenalah belikan awak kereta!” usik Alfi.
“Untungnya saya; tak kahwin lagi dengan awak dah dapat macam-macam!” teruja Efi.
“Jom, keluar makan!” ajak Alfi bangga.
            Efi dan Alfi makan di sebuah restoran berhampiran.
Nape awak malu saya nampak badan awak, Al? Dulu lepas sekolah kita gi mandi kat PD kan saya dah nampak badan awak...” ujar Efi tiba-tiba.
            Alfi berhenti makan untuk menjawab.
“Tak! Dulu awak nampak baju sekolah yang basah - tembus sikit je...” nafi Alfi.
“Ah! Betul gak, kan! Sebab saya tak pernah tahu awak ada bulu kat perut...” usik Efi.
            Alfi tersedak. Efi tergelak besar. Alfi malu apabila orang ramai melihat.
“Sepanjang Mika kerja kat M&S, semua orang dengki dengan success dia. Tapi sebab dengki diorang tak dapat nak ubah nasib Mika yang makin lama makin bertuah tu, diorang sekarang nak terhegeh-hegeh kat Mika.”
Ketaranya, Pedro asyik mengikut Mika ke mana-mana sahaja dia pergi. Pedro juga asyik mengeluarkan ayat-ayat simpati yang merimaskan Mika. Kemudian Pedro cuba membodek Mika dengan membantunya dalam membuat tugasan harian.
“Mika, jom kita pelan main bowling?” ajak Harry.
“Okey! Bila?” tanya Mika.
“Aku nak ikut!” celah Pedro.
“Menyibuklah kau ni! Aku nak cakap dengan Harry pun takde privacy! Gi cover aku sana!” marah Mika.
Sorry...” sedih Pedro.
            Biarpun keras luaran tomboi itu, dalaman lembut Harry rasa simpati melihat Pedro dilayan sebegitu oleh Mika. Harry kecewa dengan sikap Mika
“Selama ni saya ingatkan awak ni baik, tak sangka lepas over popular, awak lupa diri!” marah Harry.
            Mika terkeliru akan sebab Harry marah padanya. Mika yakin dia tak bersalah dalam hal ini. Harry beredar dari situ. Mika semakin bengang dengan Pedro.
“Apa yang aku dapat analisis kat sini ialah kau – Mika, model no.1 M&S – terancam sebab tomboyfriend kau tu back up ex-bff kau tu...” perli Ariz melalui telefon.
“Aku nak hang up ni...” sinis Mika.
“Hei, wait, wait, wait!” halang Ariz.
“Bengang ni!” ujar Mika.
“Sepanjang aku kenal kau, kau tak pernah layan pun perangai orang macam Pedro tu. Aku confuse laa...” ujar Ariz.
“Aku bukan gay, okey... Aku tak nak layan dia tapi dia sibuk gak nak cakap dengan aku! Gi laa cakap dengan Anthony tu hah! Pondan tu yelah suka sangat kat dia...” sinis Mika.
“Bodoh! Tu bukan maksud aku...” geram Ariz.
“Tak kisahlah apa pun maksud kau tu, aku bengang dengan dia, exclamation point!” ujar Mika.
“Lainlah kau sekarang...” aneh Ariz.
            Selepas memutuskan panggilan, Mika menumbuk pecah cermin bilik persalinan itu. Bunyi kaca pecah mengejutkan Efi dari tidurnya.
“Kakak! Adik!” teriak Efi.
            Efi tercari-cari anak-anak Alfi di ruang tamu di dalam gelap. Lampu terbuka. Efi memejam matanya yang terkejut dengan kelipan cahaya. Alfi berdiri di tangga.
“Sayang, nape ni? Mengigau ke?” risau Alfi.
“Jom balik amik anak-anak!” ajak Efi.
“Kan Ima dengan Erin jaga...” jelas Alfi.
“Saya takleh tidurlah kalau takde diorang...” gelisah Efi.
            Terkejut dengan sikap Efi itu, Alfi tersengih.
“Selama ni, Alfi kenal Efi yang gothic and ganas sahaja! Aku pun cuma kenal Efi yang overconfident je. Malam tu, Alfi kenal Efi, bakal ibu tiri, yang penyayang...”
            Malam itu, Ima, mendukung Kakak, manakala Erin, mendukung Adik, masuk ke rumah baru. Alfi pula mendukung Efi di belakang badannya, yang lena tertidur, sambil menarik beg baju beroda masuk ke dalam rumah itu. Mereka tidur beramai-ramai di bilik tidur utama. Malam itu juga, Ariz pulang dari kedai dan mendapati ada set keranda bersandar pada pagar rumah flatnya. Dia benar-benar takut melihatnya.
“Mak, tolong bukak pintu dapur! Ada keranda kat pagar kitalah!” takut Ariz.
            Setelah masuk ke dalam rumah, Mak pun menjelaskan keadaan.
“Ada budak perempuan 14 tahun ni, datang dari Perak, sakit kena ilmu hitam, macam arwah Iji kau...”
“Kalau ada orang yang konon-kononnya kenal aku, diorang akan kata aku ni pondan yang takde keinsafan! Tapi kalau ada orang yang kenal aku yang lain, diorang saja yang tau aku bukan pondan and kematianlah yang bagi aku keinsafan...”
            Malam itu, Ariz tidak boleh tidur mengenangkan nasib arwah dan juga dia takut hantu. Keesokannya, Efi terjaga dalam dakapan anak-anak Alfi. Efi keluar dan mendapati kru penggambaran yang keriuhan menjadi punca terganggunya tidurnya. Mereka datang untuk menangkap gambar Efi dan Alfi serta anak-anak di rumah baru mereka. Interviu turut dijalankan oleh beberapa wakil media cetak untuk mempromosikan pelancaran drama mereka nanti.
“Efi, drama realiti ni tentang you dengan Alfi, kan?” tanya Michelle daripada Melodi.
And anak-anak juga...” tambah Efi.
“Tapi korang tak kahwin lagi, kan? Ada orang kata, bukan aku tau, korang ni macam menggalakkan maksiat je...” tanya Michelle.
            Efi tergamam. Tak pernah terdetik pun yang sebuah drama realiti memerlukannya untuk benar-benar menjadi watak tersebut. Walau bagaimanapun, Michelle tak membenarkan memikirkan alasan.
“Alfi tu duda, kan? Bini dia mati lepas beranak yang baby tujuh bulan tu, kan? Ada orang kata, bukan akulah, you sebenarnya dah lama jadi girlfriend Alfi sejak sekolah lagi, kan? Biarpun Alfi dah kahwin dengan arwah tapi still korang ada affair, kan?” fitnah Michelle.
            Efi, keseorangan dihentam para wartawan, tidak berkata-kata langsung kerana tertekan.
“Tak kisahlah apa pun you nak jawab ke tak nak jawab ke, tapi orang semua yang tengok Melodi confuse kenapa dalam banyak-banyak perempuan kat Malaysia ni, production pilih you jadi tunggak utama? You bukannya cantik, tak padan dengan Alfi yang handsome and kaya tu! Orang semua nak tau betul ke production ni sebenarnya nak gunakan fizikal kau yang unik ni untuk bagi drama yang tak bermoral ni laku kat TV?” fitnah Michelle lagi.
            Efi menahan sebak. Dia ketakutan. Dia tercari-cari Alfi tetapi para wartawan menghalang pemandangannya. Dalam keadaan panik itu, Efi terbayangkan Ariz sebagai salah seorang wartawan yang memegang mikrofon.
“Kalau perempuan biasa, kalau artis biasa, diorang dah menangis dah waktu ni. Efi yang aku tak pernah kenal ialah Efi yang tengah panik ni and takde apa-apa nak lawan balik. Tapi bila Efi teringat kat aku yang dulu - lembik and selalu depend kat dia, Efi teringat diri dia yang Michelle tak kenal – Efi yang overconfident!”
            Bayangan Ariz menghulurkan mikrofon kepada Efi. Efi tersenyum setelah mendapat kekuatan.
“Michelle! Mulut you memang tak sekolah!” yakin Efi.
“Michelle jugak tak kenal Efi yang ni...”
            Di hadapan semua kamera video yang sedang merakam, Efi menendang kaki Michelle. Michelle menjerit kuat. Para wartawan lain merakam Michelle yang kesakitan. Alfi mencelah di antara wartawan untuk melihat kejadian. Alfi tergamam.
“Kalau Siti Muslihah boleh buat album triple platinum, I, Efi, jugak boleh ada drama yang meletup!” tegas Efi.
            Semua wartawan bertepuk tangan. Alfi berasa bangga dengan Efi. Michelle, tiada sesiapa yang ambil kisah akan kesakitan kaki dan hatinya.
“Tak lama lepas tu, Michelle, fail saman serangan kat Efi! Walau bagaimanapun, hampir seluruh rakyat Malaysia yang membaca atau melihat interviu Efi tu kat suratkhabar, Internet ataupun berita, berarak kat Sri Pentas supaya Michelle dibuang kerja sebab diskriminasi! Untuk mengelakkan Bersih 3.0, Michelle terpaksa tarik balik saman and Media Prima cancel pembelian hak kat production drama Sempurna tu. Drama Sempurna ditayangkan kat Astro serata Asia – repeat setiap hari dengan dramathon hujung minggu.”
            Tatkala memerhatikan kerja pengubahsuaian ruang tamu berlangsung, Efi bertukar pendapat dengan Eric, pereka dalaman terkenal. Kemudian Alfi yang mendokong kedua-dua orang anak perempuan mereka mendatangi Efi dan mencium dahinya. Mereka sekeluarga kelihatan begitu bahagia sekali dalam suntingan Universal Studio.
“Kebanyakan masa kita semua tak sedar, yang adanya, kita yang lain dalam diri kita, menanti masa untuk menonjol!”
            Pada suatu petang, Ariz makan malam bersama dua orang Room Attendant; Daus dan Abdul di Jom Makan.
“Aku dengar cerita pasal kau...” ujar Abdul.
            Ariz terkejut mendengarnya.
“Bila orang perempuan bergosip, kita tahu hampir 70% cerita tu tokok tambah. Tapi, bila orang lelaki yang bergosip, kita tahu cerita tentang kita tu, cerita tentang kita yang lain – yang kita tak pernah tahu.”
            Ariz meminjamkan telinganya. Daus juga menyertai perbincangan hangat itu.
“Betul ke kau nak berhenti?” tanya Abdul.
            Ariz tercengang.
Mengharapkan sesuatu yang hangat tentang dirinya, “Betullah...” ujar Ariz hampa.
“Kau ni awal sangat give up! Union dah masuk! Nanti kita akan fight untuk gaji kau! Ni function kita bawak Union tu masuk! Tapi kalau kau berhenti, maksudnya kau ikut apa diorang nak! Jadi bertahanlah dulu!” ceramah Abdul.
            Ariz kagum dengan pembentangan lelaki Sabahan lewat 40-an dengan wajah dari era 1970-an itu.
“Abdul yang aku kenal pendiam pastu cuma tau ikut arahan tapi yang depan aku ni aku tak pastilah. Tapi dia kenal aku yang aku tak kenal – Ariz yang give up!”
“Sayanglah! Elok-elok kita dah kawan, nak pisah pulak...” tambah Abdul kecewa.
            Ariz tersentuh mendengar kata-kata penutup Abdul. Daus masih berdiam diri.
“Kawan – tu Abdul yang aku kenal yang kenal aku...”
            Keluar dari tren petang itu, seorang lelaki muda warga Arab menyedari yang Ariz seperti menegurnya sedangkan mereka saling tak mengenali. Ariz sedang berangan dan bercakap sendirian.
Are you crazy?” aneh Arab itu.
            Ariz sangat malu kerana waktu itu terdapat beberapa orang lain yang keluar dari tren di LRT Jelatek itu.
“What?” teriak Ariz untuk memalukan Arab itu pula.
Of course aku tak nak admit yang aku ni gila! Arab tu tak kenal aku tapi kenal aku yang lain – yang enjoy berangan sorang-sorang...”
Suatu malam yang indah di Aeon AU3, berkumpullah buat kali pertamanya setelah beberapa lama tak bersua, Ariz dan Mika serta Efi. Terdapat ramai lagi artis dan model bersama dengan mereka dalam sebuah majlis tiga serangkai itu.
“Malam ni, Efi ada Sempurna 1st Episode Premiere Party kat JJ umah aku! Dulu AF9 launching sini so diorang perform malam ni! Yang bestnya tu, M&S sponsor wardrobe for party and drama tu so Mika datang as spokesperson untuk M&S Fall-Winter Collection’11 and dia nyanyi gak! Alang-alang, Astro, penyiar rasmi drama and party dua-dua pihak, anjurkan Majlis Sambutan Kedatangan Ramadhan. Aku – datang triple benefit ni atas jemputan glamour dua Pop Prenz aku ni!”
            Ariz bakal berkenalan dengan orang yang selama ini berada di sekeliling dua orang rakan baiknya itu.
“Riz, ni best friend aku kat Poli - Putra!” ujar Mika.
            Rakan baik Mika merupakan seorang lelaki tampan, berkulit perang, bergaya, kurus dan tinggi lampai.
“Siapa nak percaya? Diorang ni dah kawan daripada zaman gemuk lagi! Sekarang, dua-dua hot, sexy, slim, tough! Aku rasa macam aku ni burger berlemak kena himpit roti wholemeal...”
“Hai...”
“Hai!”
            Tak beberapa lama selepas itu, Ariz berkenalan dengan rakan-rakan produksi Efi.
“Kak Sheila, nilah kawan saya – Ariz!”
“Apa khabar, Ariz?” ucap Sheila.
            Ariz tersengih dan menganga seluas-luasnya. Kak Sheila pun beredar dari situ.
“Sheila Rusly rupanya penerbit drama ni? Hebatnya!” jakun Ariz.
Tau takpe...” lagak Efi.
            Kemudian Alfi datang membawa Efi dan Ariz ke arah kelompok orang ternama. Ariz mengenali mereka semua di kaca televisyen tetapi malam itu, orang ternama yang bakal mengenalinya.
“Artis dengan model, yang aku kenal – friendly...”
“Perlu ke kita berkenalan dengan orang biasa? Entah-entah dia ni cuma one of peminat kita je...”
            Ariz pedih mendengar kata-kata itu. Ketika itu, dia terpisah daripada dua orang kawan baiknya dalam kesesakan selebriti itu.
“...tapi malam tu aku kenal diorang yang lain – unfriendly!”
“Siapa dia ni? Anak datuk mana?”
            Ariz cuba untuk keluar tetapi dia seperti makin tenggelam dalam lubuk selebriti itu.
“Siapa bagi dia backstage pass?”
Biarpun dalam keramaian, Ariz terasa seperti keseorangan. Efi sedang menemani Kakak dan Adik bermain air pancut sementara Alfi melayan soalan para wartawan. Di suatu sudut lagi, Mika sedang berborak dengan rakan lamanya, Putra.
“Kurusnya kau, Tra? Dulu kita kat Poli bukan main debab lagi, kan? Kau nak jadi model M&S tak?” tanya Mika.
Sambil meraba dada Mika, “Model? Gila! Kau ni apsal muscular sangat ni?” usik Putra.
“Aku kan TLDM... Jomlah jadi model!” lagak Mika.
“Okey laa...” ujar Putra.
            Tiba-tiba Pedro datang menyertai mereka berbual. Mika ternyata tak senang dengan kehadiran Pedro. Mika menarik Pedro ke suatu sudut yang sunyi.
“Apa masalah kau ni?” geram Mika.
“Apa maksud kau?” aneh Pedro.
Nape kau suka menyibuk dalam hidup aku?” marah Mika.
            Lama juga Pedro terdiam. Malas hendak melayan, Mika cuba beredar. Walau bagaimanapun, Pedro belum bersedia untuk mengalah.
“Aku suka kau!” ujar Pedro.
            Terperanjat, Mika berhenti berjalan lalu menoleh ke arah Pedro.
“Bila kita ingat kita kenal orang tu, padahal kita tak tau apa-apa pun pasal orang tu, sebenarnya kita kenal orang tu yang lain! Sekarang Mika kenal Pedro yang sebenarnya!”
            Efi sedang mengeringkan tubuh badan anak-anak perempuan Alfi. Tiba-tiba Penolong Pengarah datang bersama pelabur-pelabur yang berpotensi. Penolong perempuan itu menunjukkan katalog perabot Ikea, Courts Mammoth dan IwannaGoHome. Efi terasa seperti malamnya terganggu dengan bisnes.
Sambil memakai baju tidur, “Discuss dengan Alfi! I buzy ni...” ujar Efi.
Furniture kan orang pompuan punya kerja...” ujar Penolong Pengarah.
            Geram dengan sikap degil Penolong Pengarah, Efi bersuara.
“Kalau kau nak aku decide sangat, aku decide! Ni semua sampah! Kalau nak bagi aku free, bagi aku yang baru-baru! Aku nak furniture Bottega Vennetta! Puas hati? Sekarang kau blah!” tinggi nada Efi.
            Penolong Pengarah benar-benar malu. Begitu juga para pelabur yang berpotensi.
“Malam tu, Efi kenal Assistant and investors yang lain – penakut and menurut kata!”
Sambil mendatangi Efi, “Efi! Aku nak baliklah!” ujar Ariz.
Terkejut, “Apsal?” tanya Efi.
“Aku nak balik, tu je...” tipu Ariz.
“Mika kata apa kau balik ni?” tanya Efi.
“Kau bagitau laa dia nanti...” ujar Ariz.
            Ariz pun beredar meninggalkan rakan-rakannya dalam parti yang dipenuhi orang yang kononnya berdarjat itu. Keesokannya di Jom Makan, Ariz nampak Kapten Adi makan di meja sebelahnya. Ariz menjadikan suratkhabar yang dibaca oleh kapten itu sebagai alasan untuk berinteraksi.
“Boleh pinjam?” tanya Ariz.
Dengan sopan, “Boleh...” ujar Adi.
            Ariz tersenyum sendirian membaca suratkhabar itu.
            Sekembalinya dia ke pejabat, Penolong Kanannya, Sunan membebel yang keadaan terlalu bersepah dengan kulit biji labu. Ketika itu, Penolong Awam, Pak Lah yang melayan bebelan wanita Siam itu.
“Pak Lah, who ate this, naa?”
Your staff...”
My staff, who naa?”
Me...” nakal Pak Lah.
Sunan berang lalu menoleh hanya untuk mendapati yang Pak Lah memecut laju keluar dari pejabat. Ariz tergelak kecil. Sunan mengalihkan pandangan mautnya pada Ariz. Malam itu, dia terserempak dengan Chef Klon di loker.
“Macam nak cepat sangat je?” ujar Klon.
“Naik LRT...” jelas Ariz.
            Ariz segera beredar. Setibanya di tapak stesen, rokok yang dihisap Ariz masih belum habis. Jadi Ariz melepak di jambatan untuk menghabiskannya. Kemudian Chef Klon menyeberangi jambatan itu sambil merokok.
“Bukan nak cepat ke tadi?” perli Klon.
“Tak! Ni tak habis gi...” jelas Ariz.
“Kau nak gi mana ni?” tanya Ariz.
“Naik baslah!” jawab Klon.
“Bukan kau ada motor ke?” tanya Ariz.
“Taklah!” jawab Klon.
            Kemudian Ariz menyertai Klon menanti kedatangan bas sambil merokok.
“Selalunya bila aku nak kawan orang, aku jadi aku yang lain! Tapi aku dah penat jadi aku yang lain. Aku nak orang kenal aku seadanya aku. Ajaibnya, sebenarnya ada je orang yang okey dengan aku yang seadanya...”
            Sibuk berbual dengan Ariz, Klon tak menyedari bas RapidKL U30 menghampiri mereka. Nasib baik dia tersedar dan terus menahan bas itu.
“Eh, okeylah!” ujar Klon.

Bye!” ucap Ariz.

No comments:

Post a Comment